Friday, July 30, 2010

Tayar keter pancit lagi yang ke 4 kali

    Pagi rabu semasa nak pergi kerja tayar kereta aku pancit lagi. aduhai.... Sebelum tu aku dah isi minyak. Sekali tenguk tayar belakang belah kiri macam lembek je. Jadi aku pun pam le tayar tu. Sekali masa keluar ke highway MR2 dah bunyi kelepek kelepek. Hah sudah tayar mana pulak pancit ni. Sejak dah 3 kali pancit ni memang sensitif sikit telinga ni dengan bunyi2 yg abnormal. Aku pun bagi signal untuk ke tepi. Rupanya tayar yang aku pam tadi.   Hah sudah napa pulak ni. Nak jadi citer pulak talipon habis time walaupun duitnya banyak lagi dlm tu. Hah sudah macam mana ni. Jadi dari pukul 7.00 pagi tu sampai le dekat pukul 8 lebeh aku dok dalam keter. Dah le kat tepi highway yang kenderaan semuanya berdesup-desup lari. Nak call pomen terpaksa le tunggu pagi tapi talipon tak boleh pakai. Aduhaiiii buntu kepala aku. Terpaksa le berdoa semuga ada orang yang simpati tapi sampai ke pukul 8 dak ada orang nak berhenti sebab memang tempat aku park tu memang bahaya.

  Aku pun jenguk le dan kebetulan sebelah tu kat bawah tu kawasan hospital ceras pantai dan kedai berhampiran aku nampak ada kedai tayar. Nampak gaya aku kena tinggal kete dan pergi ke bawah kedai yang berhampiran le gamaknya. Tapi kedai biasa buka pukul 9 atau pukul 10. Huhuhu kena tunggu le nampaknya. dah masa tu hujan gerimis nasib baik dah berhenti. Jadi cuaca mendung je.

 Pukul 9 aku pun tawakal je tinggal kan kete kat situ dan berjalan kaki ke bawah. Kedai yang aku nampak dari atas tu belum buka manakala ada satu kedai lagi aku tanya dia tak nak tenguk sebab dia tak buat lagi baiki keluar dari kedainya. Huh apa la kedai tu. Aku dah rasa nak nangis. Macam mana ni. Ada satu kedai cina tu aku minta tolong seorang pekerjanya tolong tukarkan tayar. Dia kata tak pandai. Nasib baik kedai yang aku nampak dari atas tu yang rupanya buka pukul 10 nak tolong aku. Tokehnya suruh pekerjanya menyusuri tepi jalan tolong tukarkan tayar dan bawa ke kedainya. Aduhaiiii nasib baik.

  Rupanya sportrim aku bengkok dan tayar pun terkeluarle. Tu yang jadi pancit tu. Huh terpaksa le makan masa nak ketuk. Jadi aku pun tinggal kan kat kedai dan pergi opis pakai tayar spare. Tayar spare aku ni kecil sikit dari tayar kereta jadi bunyi pun lain sikit bila berjalan. Sempat aku beli topup dan call jun. Ingatkan nak El sekali jun kata lambat sikit pun tak pa sebab takde orang pun. Semuanya pergi meeting dan ada yg kursus jadi aku terus ke opis le. Janji dengan tokeh kedai tu kalau tak dapat petang ni mungkin pagi atau petang esok aku datang semula. Alahaiiiiii tayar oh tayar

Pesta bunga-bungaan di Putrajaya

 Fulamak dah 2 minggu floria di putrajaya habis aku baru nak edit citer. huhuhu napa le M tahap gaban ni....aduhaiiiii. Ok tak pelah walau dah berjaman pesta floria tu habis aku nak juga story mory lah.

  Hari jumaat sedang sibuk keje julie call. "Anjang, mak dan mak long nak datang malam ni.Dia orang nak pegi pesta bunga kat putrajya tu sambil tu besok nak bawa napi pergi jumpa doktor pakar kat seremban" kata julie.... hah bior betul. Laaaa napa kak ijah tak cakap pun. Aku pun tanya kak jal. Dan memang betul lah malahan Kak ijah dtg dgn Abang win. Bawa 1 keter. Ni mesti le agenda nak tenguk bunga ni.

  Bila balik rumah aku cakap dgn kak ambah, kak ijah dan kak jal nak datang. Sekali kak ambah kata dia memang nak pergi rumah julie dan menunggu helmi yang balik outstation dari lumut. Aku punya planning pulak nak balik muar dgn kak oyek besoknya tapi balik ptg sebab kak oyek keja half day. Tapi paginya aku dah cadang nak pegi pesta bunga tu sebelum balik muar. Sekali malamnya terpaksa tukar planing sebab kak ijah ajak pergi putrajaya malam tu juga dan tidur rumah julie. Akhirnya terpaksa le tukar plan. Bersiap pergi putrajaya malamnya dan tidur rumah julie dan besoknya balik muar.

  Aku dan kak ambah pun terus le ke putrajaya. Waduh terujanya aku tenguk bunga-bungaa yang merimbun dan merata berwarna-warni dengan cahaya lampu lagi. Tapi bila sampai kat kedai bunga akak-akak aku dah terpaku tak bergerak kat kedai bunga orkid. yang kelakor tu abang ipar aku pun ikut sama teruja dgn bininya beli orkid. hehehehe oooo akak-akak ku kalau dah jumpa orkid huh memang le tak berganjak kaki. Mana taknya bila kami dah berjumpa di gerai orkid aku dah berpusing semua gerai jualan dgn kak ambah, tapi bila balik semula kedai yg asal kak ijah dan kak jal tak bergerak lagi. Aduhaiiiiii memang hantu orkid sungguh le akak aku ni.

 Balik rumah julie pukul 11. Dlm perjalanan terus hujan lebat. Nasib baik dah balik puchong kalau tak sangkut le kat kedai tu sebab hujan selebat-lebatnya dalam perjalanan ke puchong. Bila dah berjumpa adik-beradik apa lagi le ngok ngek bercerita. Tenguk2 jam dah nak kul 2 pagi. hehehehe Lepas tu planning lagi besok pagi nak pergi lagi. hehehehe tak puas tenguk bunga orkid.

 Paginya selepas sarapan dekat pukul 10 le kami semua berboyong2 pergi lagi ke floria putrajaya tu. Kali ni siang hari jadi nampak lagi le cantik. Ada satu gerai tu penuh semuanya dgn orkid. fuh cantik siot. Akak aku apa lagi le terpacak le lagi kat gerai orkid. Kak ijah siap nuntut ilmu lagi dgn tokeh bunga tu macam mana nak dapat orkid sentiasa berbunga. ya lah kalau beli yang dah berbunga mahal tapi bila beli yang kecil memang murah tapi masalahnya nak tunggu berbunga sikit punya lama dah dan kadang kala tak nampak bunga pun. Aku cukup suka tenguk bunga semua tu berkembang tapi nak membelanya memang le tak pandai.

 Dia org asyik je kat gerai bunga manakala aku pergi keliling kat area lanskap. Tak banyak lanskap yang menarik hati lagi pun susunan antara satu sama lain jauh dan berbelit2 tak macam masa kat LAMAN di tasik perdana dulu. Susunan nya bersusun sederet jadi kita pun nak tenguk senang je. Oleh kerana cuaca dah panas aku pun tak lama tenguk manakala akak-akak aku dah tak larat nak balik dah. Kita orang pergi makan kat taman warisan dan seterusnya pergi ke rumah kak ambah pula sebab kak ijah belum sampai lagi rumah kak ambah setelah di pagar batu kelilingnya.

 Janji dengan kak oyek nak balik muar, jadi suruh bang rusli terus hantar kat rumah kak ambahle. Manakala appoitment napi kat seremban di tunda lain hari sebab doktor pakar tu ada hal, jadi selepas ke rumah kak ambah depa semua balik johor le.
















   Tema bagi tahun ni ialah bunga sepit udang. nama saintifiknya aku lupa. hehehe tapi ada bunga sepit udang yang terbesar tau dan pokoknya macam pokok pisang emas. Hah tu dia. Tapi kalau banyak memang cantik. Banyak lagi gambar bunga yang aku ambil dah tepek kat FB. Tenguk bunga ni boleh buat terapi mata apa lagi kalau saujana mata memandang. Huh cantik sungguh melihat bunga berkembang. Kakak-kakak aku dah planning tahun depan nak datang lagi malahan nak ajak kak nong pulak. masa ni terlupa nak ajak. Jadi tahun depan nak datang lagi. Apa lagi ianya akan menajdi agenda tahunan di putrajaya. Yehhhhh  

Monday, July 12, 2010

Kalimah allah disebalik kasut crocs


Kasut crocs yang femes la ni.


Ni pula logo dia yang menunjukan buaya sedang bertenggek.hehehe

Tapi cuba tenguk di sebalik logo dia yang tersembunyi kalimah allah. 


Jadi apa yang perlu kita buat? 

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.


b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.

c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.

d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).

e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.

f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.

g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.



Makluman ini aku dapat dari kawan, tak sangka pulak logonya melambangkan kalimah allah. Dia orang ni ada je benda nak merosakkan aqidah umat islam.