Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah impian aku nak jejak kan kaki di Mekah dan Madinah insya Allah termakbul akhirnya. Ni pun sedang menunggu hari nak menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga. Seronok sangat tak sabar dah nak pergi. Impian yang aku impikan selama ini.
Ingat tak soroton 2016 dan selamat datang 2017 yang aku tulis, impian teragung aku nak menunaikan ibadah haji dan umrah. Alhamdulillah walaupun belum dapat menunaikan ibadah haji tapi dapat menunaikan ibadah umrah pun dah banyak-banyak bersyukur Allah memperkenankan doa aku.
Minggu lepas kami dah hadir taklimat terakhir yang di buat di JB. Dan insha Allah perjalanan kami bermula pada 20hb Nov 2017 sehingga 1 hb Dis 2017.
Mendengar taklimat perjalanan dan segala isu masalah berbangkit yang timbul semasa di Mekah dan Madinah nanti.
Selalu tenguk dalam siaran langsung di TV Hijrah.... ...bila memandang kaabah...aku selalu berdoa semuga dapat jejakkan kaki ke Mekah dan Madinah. Aamiin
Perjalanan kami akan sampai di Madinah dahulu barulah ke Mekah. Apa pun doakan semuga Allah mempermudahkan perjalanan kami .
"Ya Allah Kau makbulkan hajat semua kawan-kawan yang membaca blog aku agar dapat berumrah dan dapat mengunjungi Mekah Mukaramah dan Madinah." Aamiin. "Semuga Allah mempermudahkan perjalanan kami." Aamin. "Doakan semuga kami memperolehi umrah yang mabrur dan segalanya dipermudahkan." Aamiin. Semuga semuanya berjalan lancar. Doakan untuk aku dan keluarga aku ya. Aku sayang semua pembaca blog aku. Semuga Allah makbulkan doa aku. Aamiin.