Friday, August 26, 2022

Majlis Perpisahan Yatt dan Staff yang sambung belajar

 


Assalamualaikum,

Aduhaiiii sedih sekali ni sebab geng belakang akan kehilangan seorang lagi geng yang akan berpindah balik ke kampungnya. huhuhu 

Alkisahnya lepas aku naik kerja selepas kurantine dapat khabar Yatt dapat surat pertukaran balik Kelantan. Dan kali ni pertukaran besar-besaran Pembantu Tadbir dan pengambilan Pembantu Tadbir baru.  Rupanya dia mohon tukar balik kampung sebelum pindah ke PIK. Jadi bila katanya pertukaran ini secara besar-besaran jadi bukan mudah untuk menolak. Maklumle nak pindah masuk ke Kelantan emm memang le makan tahun sebab memang berjela senarai yang menunggu. Jadi Yatt pun terima lah perpindahan tersebut tapi kami geng belakang lah yang terkesan sebab hilang seorang kawan baik. 

Wednesday, August 24, 2022

Happy birthday 2 me

 


Assalamualaikum,

Dah masuk bulan Ogos baru nak citer....aiyakkkkk busy le bebenor padahal malas nak update....aje gitu...alasan yang itu juga....habih tu lagu mana nak aku habak....hah lagu untuk nabila....eh

Sebenornya birthday aku hari Ahad, jadi hari Isninnya aku order dengan Matron Siew le nasi lemak sedap yang selalu kami order....lepas tu aku order kuih dengan rozie. Buat makan-makan sikit. Saje je nak belanja kawan. 

Sunday, August 21, 2022

Kena Covid lagi huhuhu

 


Assalamualaikum,

Aduhaiiiii, aku ingatkan dah boster tak kena hinggap lagi oleh virus covid almaklumle dah geng sana sini hehehehe tapi emm kena juga.

Patutnya aku nak cuti 2 minggu lepas dengan kakak-kakak aku kat muo tapi lain yang jadi. 
Dulu dah pernah kena tahun lepas masa covid sedang menganas.  Terus terkedu bila kata positif covid-19
Kali ni kena lagi. Tapi yang aku tak paham dapat dari mana tah emm mungkin kat jualan Hari Jumaat kut sebab Jumaat tu ok je takde pun simptom apa-apa yang timbul. 

Thursday, August 4, 2022

With love - teringat zaman chatting dolu2




 Assalamualaikum,


Sapa pernah tenguk citer Jepun ni. Rasanya dalam tahun 1998 gitu. Tak ingat tv mana.  Dolu femes dengan citer Jepun sebelum winter Sonata datang menyerang. Masa tu zaman baru nak ada internet . Masa tu baru nak berjinak-jinak guna internet. Siap ada mirc.... ping masuk .....bunyi semacam je....hehehe terkonang semasa dolu pulak aku. Bercinta dalam talian berchating je pun boleh jatuh cinta....hahahaha .apa lagi kalau dapat berkenalan dengan orang belah sana yang guna ayat-ayat jiwang karat. Boleh cair baca.....hahahahaha kalau terkenang buat aku senyum sendiri. hehehehe Tapi ada kawan aku bertemu jodoh melalui chatting ni. Alhamdulillah dah anak 3 dah. 

Ok berbalik citer ni best sebab dia bercinta dalam talian. Komposer tu tersalah hantar lagu dia melalui email dan terberkenalan lah.  Lepas tu terjatuh cinta lah walaupun tak kenal. Padahal sebenarnya mereka dah kenal tapi sebab nama samaran dalam email tak tahu pun perempuan  tu orang yang sama dalam email tersebut. Aku suka lagu with love ni walaupun sepatah haram aku tak faham. Suka muzik dia yang sweet muet gitu. 

Hero dia ialah pelakon Takenouchi Yutaka. Ada lagi satu aku suka pelakon Jepun ni Takuya Kimura. Hah lagi satu yang femes Takashi Sorimachi....Dia femes dalam GTO great teacher Onizuka. Bila tenguk kat wikipedia pelakon Takashi ni kahwin dengan heroin  dalam GTO tu. 

Dulu-dulu rasa macam pelakon Jepun hensem sangat. Tapi masa tu belum tenguk citer Korea. Sekali terjebak winter sonata huh terus nak pi korea. Tapi nak pi jepun juga sebab tempat dia cantik....mudahan wishlist aku ni tercapai juga satu masa nanti.

Ada satu lagi drama Jepun tapi aku tak ingat nama dia. Yang aku ingat ada satu peramugari ni comel dan cute tapi kelam-kabut sikit sebab baru bekerja sebagai peramugari. Dia tersuka kat pengajar dia seorang peramugara ke pilot tak hengat. Aku cuma ingat yang perempuan tu nama dia chiaki...emm ye ke. Selain dari citer Oshin yang aku suka tu hah citer ni aku suka sebab lepas tu aku berangan nak naik kapal terbang jumpa peramugari yang cantik dan pilot atau pramugara yang ganteng. huhuhu hish hish tiber termiang pulak aku. hehehehe Gedik dalam blog je ye.hehehe

eh tiber pulak mengimbau citer Jepun.