Friday, June 26, 2020

PKPP - Kita jadi Frontliners



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Alhamdulillah sekarang kita sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .  Dan sekarang setelah frontliners yang menjaga kita sepanjang tempuh PKP dan kini tiba masanya kita pula yang menjadi Frontliners.  Setelah masuk fasa yang ke 4 masing-masing terpaksa mengamalkan kehidupan dengan norma baru. Walau bagaimana pun terima kasih juga pada semua rakyat Malaysia yang bersama-sama Kerajaan Malaysia dan pihak  KKM berjuang menentang virus tersebut.


TERIMA KASIH
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana mengamalkan kebiasaan baru (new norms).
Terima kasih juga kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesakit Covid19” ujar YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 , pada hari ke-100 tempoh PKP.
Genap 100 hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sejak ianya mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lepas.
Kini pada 25 Jun 2020, selepas 100 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-70 dunia, berbanding pada tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi ketika mula-mula Dr Adham Baba mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 10 Mac lalu. Turun 52 anak tangga.
Sumber KKM FB


Apa pun sebagai warga KKM aku turut berbangga dengan kerjasama semua kita dapat menurunkan kes sehingga 1 digit. Sekarang target kita adalah zero kes selama  28 hari supaya dapat di isytiharkan sebagai zone hijau. Agak-agak kita boleh tak mencapai target tersebut. Apa pun MALAYSIA BOLEH. 


Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan
yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
• S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
• O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
• P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.



Malaysia telah tersenarai sebagai salah sebuah negara “winning” country beating covid-19 bersama sama Australia, New Zealand, Ireland, Thailand (47 negara )

Kegiatan ekonomi telah dimulakan, aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan, anak anak telah kembali ke sekolah dan rumah ibadat juga telah dibuka.
Sementara itu, negara Indonesia, Filipina, Singapura, India, saudi, US, UK (69 negara) masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian.
.
Hargai kejayaan ini. Jaga jarak sosial. Jangan sia siakan usaha frontliners. Terima kasih juga pada pertahanan negara yang mengawal sempadan dari dibolosi pendatang.

Sumber Public Health Malaysia


Kalau tenguk pada graf ni kita dah dapat tenguk kes baru semakin sikit demi sedikit dan yang telah discharge pun dah banyak yang sembuh dan keluar daripada hospital.  Semuga seterusnya kosong kes baru dan akhirnya Malaysia di istiharkan bebas daripada virus Covid 19. Mudahan Allah makbulkan doa kita. Aamiin.


Sumber CPRC KKM

Apa pun kita jaga diri kita , kita jaga keluarga kita,  kita jaga negara kita. Syabas rakyat Malaysia. 

Wednesday, June 24, 2020

Throwback Hari raya tahun 2019


Assalamualaikum,

Hari Isnin hari tu baru ja last syawal kan dan pada tahun ini,  raya memang tidak seperti sebelumnya kerana tidak dapat balik kampung rentas negeri.  Jadi aku nak up le gambar raya tahun lepas. Sebenornya dah save dalam draft kunun-kununnya nak bercerita lah keindahan beraya di kampung seperti tahun -tahun sebelumnya tapi emmm tahu le tuan rumah ni kadang angin menulis ke laut semuanya. Jadi jangan terkejut le kalau cerita tu banyak yang dolu2 tak siap update. hehehe

Tu yang  belek-belek draft yang belum di siapkan eh ada lah gambar raya tahun lepas,  jadi hah ni aku baru nak celoteh. hehehehe