Thursday, March 31, 2022

Prosedur Pengembara yang baru tiba bermula 1 April 2022

 


Assalamualaikum,

Prosedur bagi pengembara pada hari ketibaan bermula 1 April 2022. Sempadan dah buka kan jadi ini adalah prosedur kemasukan yang pihak KKM keluarkan. Bila tenguk macam ni emmm rasa teruja je nak pi obersea. Buku merah pun dah tamat tempuh. Kena buat baru ni. Rindu nak jalan-jalan lagi. Apa pun jangan bergenbira sangat ya tetap ikut SOP....chewah....asyik-asyik SOP....terbiasa lah pulak. Apapun kita tetap kena jaga diri.




Sumber : KKM

Bermula 1 April 2022, perkara di atas akan dimansuhkan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia.


Sumber: FB KKM

Ok kawan-kawan...sempadan dah buka marilah kita berjemaah pi jenjalan. Tapi yang pasti SOP tetap di patuhi ye. Semuga kalian semua di lindungi Allah dari di jangkiti kuman Covid 19. Aamiin

Fasa Peralihan endemik - Fasa 7

 



Assalamualaikum,


Langkah 7- Membawa pesakit COVID-19 ke CAC atau ke Hospital menggunakan kenderaan sendiri.


Sekiranya anda perlu membawa pesakit COVID-19 untuk mendapatkan rawatan, JANGAN KHUATIR.

✅ Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan ketika membawa pesakit COVID-19 apabila anda menggunakan kenderaan sendiri.

😷 INGAT, PASTIKAN JARAK SEJAUH MUNGKIN DENGAN PESAKIT.

Pemandu dinasihatkan mandi dan bersihkan diri apabila pulang. 

sumber: FB KKM

Pengembaraan melalui sempadan darat Malaysia - Singapura

 


Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, dibenarkan merentas sempadan darat Malaysia dan Singapura bermula 1 April 2022.

Assalamualaikum,

wah malam tadi bermulanya pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura. Nampak tular video ramai orang malaysia berjalan kaki sepanjang Tambak Johor nak balik ke Malaysia setelah 2 tahun tersangkut di Singapura tak dapat balik Malaysia. Tentu gembira semua warga Malaysia dapat bertemu sanak saudara. Begitulah kan mencari rezeki yang halal di tanah seberang. Begitu getirnya warga Johor demi mencari rezeki. Apa pun semuga semuanya Allah permudahkan.

hah apa lagi dah buka sempadan kan. Jom pi Singapura.


Buat perantau selamat kembali ya.

Tuesday, March 29, 2022

Petua melawan covid 19

 

                                      Gabungan buah-buahan yang telah di kisar halus.

Assalamualaikum,

Masa aku kena covid 19 dulu aku amalkan minum air chengkih. Pagi-pagi google tekak dengan air suam campur dengan garam. Lepas tu minum air chengkih suam-suam. Dapat buah limau yang Meria hantar ke rumah dengan sebakul buah-buahan lain emmm sedapnya. Apa lagi kalau dapat limau yang manis.   

Ni aku dapat petua dari seseorang yang pernah kena covid 19 juga di facebook. Cuba lah 


Sepanjang kuarantin, saya amalkan juice ni. Tak Tahu nak bagi nama apa. Bagi nama (Jus kobid pergi jua), aci kot? Sebab lepas minum, - ve Terus.

🤭 Tapi semua dengan IzinNya ya. Cuba la.
6 jenis buah buahan. 2bji setiap jenis.
a. orange
b. Lemon
c. Nenas
d. Kunyit
e. Halia
f. Epal merah

Tambahan = Madu campur 1sudu besar setiap gelas waktu nak minum.
Credit : Hazieq Azie


Selain daripada di atas punya petua ada juga orang lain bagi petua macam di bawah ni.


limau kasturi

Chengkih

Limau sunkist ni kalau manis emmm memang sedap. Bagus jadikan amalan beli buah limau dan makan limau setiap hari.



Di sini sy ingin berkongsi apa yg kami amalkan sepanjang kuarantin... Harap dpt membantu yg lain...
1) limau kasturi d mkn dgn kicap
= dapat kembalikan deria rasa sehari 3 kali
2) lemon = minum tiap hari
3) sunkist orange = mkn n kulitnya dpicit d hidung untuk deria bau
4) bunga cengkih = masuk kan ke dlm basin dlm 10/ 20 biji dgn air panas utk tangas muka... Sedut dihidung hembus kuar Dr mulut.... Dpt melegakan pernafasan...

5) panadol = kalau demam
6) vitamin c
7) tidur meniarap/ prone kalau sesak nafas
8) Rebus halia kampung +lemon untuk di
minum
9) minum Air suam yg banyak jgn minum sejuk
Kredit : Iman Nur Qasseh Josephine


Ni 2 petua yang aku dapat kat Facebook. Mungkin anda semua boleh mencuba.

Friday, March 25, 2022

Fasa Peralihan Endemik - Fasa 6 a dan b

 


Assalamualaikum,


Langkah 6a– Penjagaan Diri Semasa Isolasi COVID-19
Kes kategori 1 (tidak bergejala) dan 2a (bergejala ringan) boleh menjalani isolasi di rumah. Patuhi tatacara isolasi untuk mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pemantauan akan di buat secara maya oleh pihak kesihatan susulan laporan ujian anda ke dalam MySejahtera.
📱Anda diperlukan melaporkan status kesihatan ke dalam MySejahtera dua (2) kali sehari.
⚠️ INGAT, DAPATKAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA GEJALA BERTAMBAH TERUK.




Langkah 6b– Kenali tanda amaran COVID-19

Semasa menjalani isolasi di rumah, pastikan anda peka kepada tanda-tanda amaran COVID-19.
👉 Dikongsikan tanda-tanda tanda-tanda amaran COVID-19.
Adalah digalakkan untuk mempunyai oxymeter di rumah untuk mengukur paras oksigen di dalam darah. Paras kandungan oksigen normal adalah 95% dan ke atas.
🏥 Sekiranya terdapat tanda-tanda amaran ini, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau hospital yang berhampiran. Hubungi 999 atau boleh hantar pesakit menggunakan kenderaan sendiri sekiranya kecemasan.

Sumber : FB KKM

Isu Tiada Sijil vaksinansi bagi warga emas dan penerima vaksin sinovac



Sumber : FB KKM

Assalamualaikum,

 Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada "Lengkap Vaksinasi" ke "Tidak Lengkap Vaksinasi" di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.


Laporkan kepada interaktif helpdesk melalui Pilihan K sekiranya sijil digital vaksinasi anda masih tidak terpapar di MySejahtera anda.




Dianggarkan 2.37 juta rakyat Malaysia akan kehilangan status vaksin lengkap menjelang 31 Mac 2022.
Jangan kehilangan status vaksin lengkap anda - dapatkan dos penggalak anda sekarang.
Dikongsikan cara-cara untuk membuat tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. Sekiranya anda tidak mahu menunggu, anda juga boleh mendapatkan vaksinasi secara walk-in di PPV yang terpilih berdekatan anda. Anda boleh semak senarai PPV yang menawarkan perhidmatan walk-in di laman sesawang (https://vaksincovid.protecthealth.com.my).







Tuesday, March 22, 2022

Fasa Peralihan ke Endemik - Langkah 5 dan 6

 

Assalamualaikum,

Apa pun yang berlaku pada hari ini jomlah kita cuba kurangkan risiko dari di jangkiti kuman Covid 19. Dengar-dengar dah ada varian baru lah pulak... hah sudah. Copek benor lah kuman tu bermutasi. Nama apa hah nanti ada le tu KKM war-warkan.  Laju benor dia menjalinkan hubungan bahkan ahli vaksin pun belum sempat nak ikhtiarkan varian Omicron di hapuskan dah ada varian baru. Ya Allah kau lindungilah kami umat Islam di seluruh dunia dari kuman tersebut. Aamiin.


Langkah 5 – Sentiasa lakukan penilaian risiko kendiri.

Semasa fasa peralihan ke Endemik kelak, akan berlaku peningkatan mobilisasi dan aktiviti perhimpunan.
Justeru, dalam merancang aktiviti seharian, elemen penilaian risiko perlu diamalkan dan dititikberatkan
🔈Dikongsikan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian risiko serta tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko.
💪Lakukan penilaian risiko dan amalkan tindakan bagi pengurangan risiko untuk keselamatan bersama.





Langkah 6 – Amalkan TRIIS
Semua individu perlu bertanggungjawab untuk melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala. Ujian kendiri juga digalakkan sekiranya mengesyaki telah dijangkiti virus COVID-19 atau sebagai saringan sebagai langkah berjaga-jaga.
✔️ Kit ujian kendiri mudah didapati di kedai-kedai dan di farmasi.
✔️ Pastikan ianya diluluskan oleh MDA.
✔️ Lakukan ujian mengikut tatacara kit ujian tersebut.
✔️ Keputusan ujian samaada positif atau negatif perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.
✔️ Sekiranya positif, isolasi diri serta merta secara bertanggungjawab sehingga tarikh yang dinyatakan pada HSO yang akan diberikan melalui MySejahtera dan ikuti tatacara TRIIS.
✔️ Semua kontak dalam masa tiga hari sebelum gejala/ujian perlu dilaporkan ke dalam MySejahtera.


Sumber: FB KKM

Fasa Peralihan ke Endemik - Langkah 3 dan 4



Assalamualaikum,

Terdapat beberapa langkah yang pihak KKM war-warkan bila start fasa ke Endemik pada 1hb April ni. Apa pun dan berapa banyak cara pun kalau diri kita sendiri tak ikut SOP yang KKM bagi emm tak guna juga. Jadi sebaik-baiknya jaga diri dan jaga keluarga. Tingkatkan imun badan selain daripada mengikut SOP pencegahan. Semuga virus tersebut terhindar dari di jangkiti.  


 Langkah 3 – Pakai pelitup muka dengan betul. Kami semua dan anda. Tanggungjawab bersama.

😷 Pelitup muka merupakan alat perlindungan diri (PPE) yang penting untuk mencegah penyebaran virus COVID-19.
😷 Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan semasa fasa Peralihan ke Endemik.
✅Pastikan memakai pelitup muka dengan betul melitupi hidung dan mulut.
❗Pelitup muka yang longgar atau pemakaian yang tidak betul membolehkan titisan cecair dari hidung dan mulut keluar dan menjangkiti orang lain.
❗Kita juga mungkin tersedut partikel virus COVID-19 yang terapung di udara.






Langkah 4- Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19
Seiring dengan fasa 'Peralihan ke Endemik', kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat.
Pengambilan vaksin COVID-19 dan dos penggalak:
✔️ Mampu merangsang sistem imuniti membentuk perlindungan optima bagi melawan jangkitan virus COVID-19.
✔️ Melindungi pesakit COVID-19 dari gejala teruk dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
Gaya hidup serta minda yang sihat juga penting dalam:
✔️ Membantu memantapkan sistem imuniti tubuh
✔️ Mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti Hipertensi dan Diabetes serta mengelakkan obesiti yang merupakan faktor risiko utama gejala teruk dan kematian akibat COVID-19.
👍 Jom ambil vaksin dan dos penggalak bagi mereka yang layak serta budayakan gaya hidup sihat.

Sumber: FB KKM

Walau bagaimana kita fight untuk nyahkan virus tersebut tapi nampak gayanya emm macam tak hilang-hilang dari muka bumi ini jadi rasanya terpaksa lah kita kena hadap juga cuma kena ikhtiar untuk diri sendiri dan keluarga kita dengan lebih ketat supaya terhindar. Tapi tu lah kadang dah tepis dah ikut SOP eh nak kena juga. emm kena redho lah. Ada staff aku baru ni dah kena jangkit 2 kali....hah camno tu. Ni tengah qurantine lagi. Yang pertama awal bulan 1 hari tu yang kluster chicken chop (istilah aku sebab bengkel di mimos masa tu) dan semalam dapat tahu positif lagi. Aduhaiiii

Ya Allah kau hindarilah kami dan keluarga kami sari di jangkiti kuman Virus Covid 19 ini. Kau keluarkan lah kami dari kesulitan dan ancaman yang sedang mengancam kami. AAmiin. MUdahan KAu rezekikan lah kami dapat menyambut Hari Raya Aidil FItri bersama keluarga kami pada tahun ini. AAmiin.


Friday, March 18, 2022

Jom Derma Darah di Auditorium Kompleks E Putrajaya


 

Assalamualaikum

Apa khabar semua. Di harap semuanya sihat-sihat belaka.

Ni aku nak promote le buat warga Putrajaya. Oleh kerana tabung darah di Pusat Darah Negara sedang menghadapi kekurangan stok jadi macam-macam kempen telah di jalankan. Apa lagi menjelang bulan Ramadan kadang memang stok semakin menipis. Walaupun boleh menderma pada bulan ramadan tapi ianya tidak serancak pada bulan biasa.

Hah salah satu ni macam di atas lah. Dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi Kaunseling Bahagian Khidmat Pengurusan telah berkerjasama dengan Pusat Darah Negara dengan menganjurkan kempen menderma dara eh darah. 

Sesiapa yang berminat boleh lah datang ke Auditorium Kompleks E di Parcel E. Auditorium tu berdepan dengan bangunan Utama KKM Blok E7. Mana lah tahu tiba-tiba YB Menteri pun menjenguk kempen tersebut.  Selama 2 hari iaitu Isnin dan Selasa depan.

Oleh kerana aku ni mengumpulkan data berkenaan blood transfusi kiranya aku bagaikan vampire yang sedang mencari darah eh....menyedut darah   eh....hehehehe cam pontianak sundel bolong je kehausan darah

Ok jangan lupa meh le datang...darah anda amat berharga buat orang lain yang betul-betul memerlukan. Malahan 1 beg darah boleh menyelamatkan 3 nyawa. Hah cam penyelamat je sesiapa yang menderma darah dia. Salute tau banyak-banyak pada sesiapa yang suka menderma darah dia. 



Thursday, March 17, 2022

Perbezaan maksud Endemik, Epidemik dan Pandemik

 


Assalamualaikum,

Semuga semua warga blog sentiasa dalam perlindungan Allah SWT hendakNYa. AAmiin

Aku sebenornya pun kurang faham maksud endemik, epidemik dan pandemik ni. Sejak Virus covid 19 ni datang menyerang hah keluar lah ayat-ayat tersebut. Jadi marilah kita fahami apa sebenornya makna tersebut.



Apakah maksud endemik, epidemik dan pandemik


Kehidupan kita tidak boleh lari daripada kehadiran virus dan mikroorganisma lain di persekitaran kita.
Istilah endemik, epidemik dan pandemik adalah antara istilah penting dalam bidang kesihatan awam bagi menggambarkan keseriusan kadar penyebaran sesuatu penyakit, terutamanya penyakit berjangkit.

✅ Pemahaman istilah ini adalah penting dalam menentukan strategi pencegahan dan kawalan yang perlu diambil serta penglibatan komuniti dalam memastikan strategi yang diambil itu berkesan.

👉 Dikongsikan maksud istilah-istilah tersebut serta contoh-contoh penyakitnya di Malaysia dan di peringkat global untuk persediaan kita menuju fasa peralihan ke endemik bagi COVID-19.


sumber: facebook KKM

Fasa Peralihan ke Endemik - Langkah 1 dan 2

 


Assalamualaikum,

Fasa peralihan ke endemik akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan mobiliti masyarakat. Dengan peningkatan mobiliti, risiko jangkitan COVID-19 juga akan meningkat terutamanya bagi kumpulan individu dengan komorbiditi, warga emas dan juga kanak-kanak yang belum divaksinasi.
Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri, bermula 1 April nanti, sempadan negara akan dibuka, kedai-kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga lewat malam dan saf solat jemaah juga sudah tidak ada lagi penjarakan.
Bagi memastikan kesemua aktiviti ini dapat disertai dan dilakukan dengan selamat, pastikan anda telah menerima vaksinasi dos penggalak bagi yang layak dan pastikan juga anak-anak anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.


FASA PERALIHAN KE ENDEMIK

Langkah 1 - Fahami tentang COVID-19
Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.
Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
👉 Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
👉Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
👉 Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.
Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.
💪Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19❗




Langkah 2 – Terus amalkan langkah pencegahan
Virus COVID-19 boleh tersebar apabila aerosol atau titisan yang mengandungi virus disedut atau mencemari mata, hidung atau mulut individu yang merupakan kontak rapat.
Penularan juga boleh berlaku apabila individu menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh virus dan seterusnya menyentuh mata, hidung atau mulut.
👉 Dikongsikan langkah kesihatan awam mudah yang perlu terus diamalkan semasa fasa Peralihan ke Endemik. Ia mampu mengurangkan risiko penularan virus COVID-19.
😷 Jalankan tanggungjawab kita, teruskan amalan ini bagi mencegah jangkitan COVID-19.


sumber: FB KKM

Nampak gayanya kita kena hadapi dan hidup dengan virus tersebut. Apa pun jaga diri semua. Semuga kuman virus covid 19 ini nyah dari muka bumi ini. Dan semuga kita dapat jalani kehidupan seperti dahulu tanpa kuman virus covid 19. Nyah lah kuman covid dari mukabumi ini buat selama-lamanya. AAmiin