Assalamualaikum,
Ni aku dapat info dari member buat renungan bersama.
MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR!
KENALI SECARA
LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang
ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas
melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh
Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah
:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
Aku
melihat cahaya dari lidahnya..
Seandainya kamu melihat Baginda,
seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih
cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang
bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt
bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan
terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada
bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut
kening tebal, terpisah ditengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua
kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata
baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di
bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian
sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas
sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan
cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di
bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan
memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu
elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal
kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi
disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak
banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke
pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua
bahunya lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua
bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya
juga besar dan tersusun dgn cantik.
Tapak tangannya bagaikan
sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya
berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak
putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih
kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya
putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya
besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi
dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran
sederhana lagi
kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada
tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih
tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w
adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang
zaman.
Semulia-mulia insan di dunia...
untuk
mengingatkan kita...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang
yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi
Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam,"
kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia
kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya
pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah
ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah
lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu
hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan
pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun
menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut
bersama
menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti
di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua surga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi
itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya
masih penuh
kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"
Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku
kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah
berada di dalamnya," kata
Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit
sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali
yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan
muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu
Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah
yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang
tidak
tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini,
timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan
Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat
aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat
saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang
mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku,
umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran
itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa
Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya
Rasulullah kepada
kita.
Ps: Di pagi hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama pelbanyakan berselawat keatas Nabi Muhamad SAW. Al-fatihah buat semua para Rasul, para Nabi juga sekelian umat Islam yang telah meninggal dunia.