Tuesday, December 17, 2019

KL - Padang Besar - Taiping - KL Hari 3


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sampai juga rumah wani. Selalu asyik di pelawa datang taiping, boleh makan ketam lembut tapi tak sampai-sampai juga. Akhirnya jejalan ke padang besar dapat singgah rumahnya.

Setelah tidur kepenatan semalamnya,  pagi ni bangun semua rasa fresh. Sambil sembang dalam bilik sambil membelek bahan lontaran semalamnya. hehehehe. Belek beg lah belek sabun lah belek apa lagi. hahahahaha... Biasak le orang perempuan dah beli lepas tu dok membelek. Sambil tu tayang kat akak-akak. 

Selepas sarapan kami meninjau keliling rumah wani. Masa semalam sampai dah nampak ada pokok rambutan dah masak. Nampak juga rumah orang rambutannya masak. Rupanya kat taiping musim rambutan dan durian. Tapi duriannya tak banyak. 

Tuesday, December 10, 2019

KL - Padang Besar - Taiping - KL Hari ke 2

                                                Posing dulu sebelum shopping.


Alhamdulillah. Dapat tidur lena malam tu. Malahan Encik Firdaus ada datang menjengah melihat dan bertanya khabar samada ok ke tak ok.

Pagi tu bangun dan siap berkemas. Pagi ni pi shoppping dan check out pukul 2 petangnya. Sebab akan naik ETS pi Taiping pukul 3 lebih. Semalam aku tanya En nazrey Arked buka pukul berapa. Katanya pukul 10 ke 11 pagi. Tapi akak-akak aku dah tak sabar. Selesai sarapan dan bersiap cantik, kak limah dah suruh panggil En Nazrey. Masa tu pukul 9.30 pagi.   Tapi sebelum tu kita posing dulu depan Green Inn.

Thursday, November 28, 2019

KL-Padang Besar-Taiping-KL Hari 1

                      Wajah-wajah happy naik ETS bersama adik beradik.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah percutian pi Padang besar lepas tu pi Taiping dengan YB-YB berjaya di realisasikan. Ala YB (Yang bersara) tu semua Kakak-kakak dan abang ipar yang dah pencen pi padang besar kononnya nak naik ETS lepas tu jenguk anak dan cucu di Taiping.

Masa aku JJCM muar kan sibuk beli tiket ETS sebab Kak nong dah tanya jadi ke pi padang besar. Masalahnya aku yang tak pandai beli tiket online. Hah jenuh le semalaman tu Rin ngajor aku camno nak beli tiket. Nampak sangat orang lama yang berkarat nak belajar teknologi terkini.

Akhirnya pada 22hb November sehingga 25hb November kami pun bermusafir sambil online dalam group whatsup family almaklumle anak-anak Kak limah risau kat maknya yang jarang berjalan tapi sebab dengan adik beradik mereka izinkan. Lagi pun aku tenguk Kak limah seronok pulak berjalan dengan adik beradik dari selatan nun pi utara.

Mereka berempat naik dari stesyen ETS Pulau Sebang, Tampin manakala aku menunggu di Bandar Tasik Selatan. Akhirnya bertemu juga bila ETS sampai stesyen BTS. 



 Alhamdulillah cuaca terang je bila memasuki negeri Jelapang Padi.  Sawah bendang ada yang dah mula di tanam padi.


       Akhirnya sampai stesyen arau dan stesyen terakhir adalah Padang besar.  sampai dalam pukul 4.19 petang.


       Yeh akhirnya samapi Padang Besar.  Sampai je kat stesyen aku pun talipon Sue kakitangan Resort Teratai Puteh. Dulu masa pergi dengan geng UB aku ambil contact numbernya apabila teringin ke padang besar boleh contact dia untuk booking Resort. Sekali sue kata dia dah berhenti tapi dia tolong panggilkan grab car untuk aku.  Oleh kerana ber5 jadi grab car terpaksa buat 2 kali pusingan lah.

Bila sampai di resort aku pun terus ke kaunter Resort sebab dah booking 2 bilik. Sekali adik kat kaunter tu kata kat Resort tak ada air. Lah camno ni. Haru sungguh. Air tangki ada tapi dah habis digunakan oleh pengunjung resort. Masalahnya air hanya ada besok pagi jam 11. Aduhaiiiii pening aku. Minta tolong cadangkan resort yang ada berhampiran blur pula adik kat kaunter tu. 

Nasib baik Pemandu Grab car sampai je aku pun terfikir nak minta tolong dia supaya dapat cadangkan resort mana yang kosong dan ada air. Nasib baik en Nazrey ni banyak contact dengan  resort yang ada di padang besar.   Dia yang call en Firdaus dan confirm resort tu ada air. Alhamdulillah. Lega aku. Yalah kan bawa warga emas ni pening kalau takde air. Nak mandi lah nak solat lah. Nasib baik di temukan dengan pemandu grab car yang banyak membantu.

En Nazrey call member grab car yang lain sebab kami terpaksa guna 2 kenderaan menuju tempat yang sama sebab pemandu yang lagi satu pun tak familiar dengan resort Firdaus yang baru.

Akhirnya sampai lah kami ke Green Inn. Hah sesuai le dengan namanya. Dari atas sampai bawah warna hijau. Dari jauh dah nampak. Tapi resort ni masuk ke dalam sikit dan rumahnya bersempadan dengan Thailand. Nampak tembok di hujung rumahnya.

Masa kami sampai adalah adik Firdaus yang bagi kunci. Kami minta bilik bawah sebab senang tak payah panjat tangga.  Sebelum tu sempat lah ambil no talipon En Nazrey untuk agenda shopping di padang besar dan untuk ke stesen ETS Padang Besar.


Bilik hujung tu bilik Kaknong dan Abang berahim. Tak siap kemas lagi jadi lepak dulu kat luar.


                                                        Bilik air dia kemas dan cantik.


                  Ni bilik kami ber tiga. Kawasan dia luas juga.


                    Kak Limah dan Kak Jal posing buat tatapan anak dan cucu....hehehehe

Oleh kerana dah pukul 5 lebih kami buat keputusan untuk shopping pada ke esokkannya. Lagi pun ETS pukul 3 petang jadi banyak masa untuk shopping. Petang ni dah dapat bilik dah solat apa lagi bentang kertas surat khabar. Apa lagi lah piknik dalam bilik.


         Bangunan dia ada 3 tingkat. Yang atas sekali 1 bilik dan luas untuk famili yang ramai.  Tapi scary juga sebab tangga dia takde pemegang tepinya.


      Oleh kerana susah nak keluar sebab tiada transport dan lagi makanan dari melaka pun banyak sonang citer berkelah je. Kak nong bawa nasi himpit dan rendang daging. Ada karipap juga. Aku bawa buah-buahan yang dah potong tabur dengan kulit limau. Hah nampak tu siap dengan jug warna merah kaknong bawa.  Kita orang pun makan petang campur malam dengan gembiranya. hehehehe
Jangan tak tahu famili aku kalau berjalan beg makanan siap 1 bekas. Aku terlupa nak ambil gambar beg makanan kaknong. Penuh satu beg. Rendang dan nasi himpit wajib kalau abang ipar aku ada sama. Sebab dia suka pedas.  Layan dengan air teh panas emmm alhamdulillah. konyang gitu. hehehe


Fasiliti dia bagus, ada peti sejuk, ada tv, ada cerek, ada 2 cawan. Dapat air mineral 2 botol. 


Ada tempat lepak bersebelahan dengan pintu masuk


       Yang warna kuning tu rumah tuan rumah juga kaunter pelanggan. Hah pokok hujung tu dah sempadan thailand. Pi hatyai le kita ye kalau dah seberang sempadan tu.



Petang tu kita orang santai-santai depan resort. Angin bertiup nyaman. Jambu sesekali jatuh di tiup angin.


     Hah ni contact number encik Firdaus. Katanya ada banyak resort dia miliki. Bapanya ada tanah banyak dan rumah sewa. Balik kampung usahakan bisness keluarga malahan adik lelaki dia haziq pun belajar ambil tourism supaya nanti dapat kembangkan bisness keluarga. Mak orang siam.


      Suka aku tenguk Kak limah rasa gembira berjalan dengan adik beradiknya. Setelah Aruah Bang Selamat meninggal, ni lah kali pertama Kak limah jalan jauh bersama kami adik-adiknya.


 Jambu air banyak atas pokok tapi belum masak sangat. Kalau ada pencecah sedap juga ni. Tuan rumah bagi izin makan. hehehehe



           Masa ni kami sembang-sembang dengan haziq yang uruskan bilik semasa kami sampai. Peramah orangnya. Baik budi bahasanya. Sedang belajar lagi kat U mana aku dah lupa hehehe.




 Syok kan santai di petang hari di padang besar. Memang santai sungguh petang tu.  Esok kami akan check out dan menuju ke taiping pula. Taiping aku datang. yeh



Monday, November 18, 2019

JJCM Muar - Hari ke 2



Assalamualaikum,


Semalam enjoy sangat makan. Hari ni kita enjoy lagi cari makanan sedap di muo. Malamnya hujan jadi cuaca pagi nyaman je. Aku dah maklumkan pagi kita akan cari sarapan kat luar jadi kena keluar awal.  Sekarangkan masuk subuh awal jadi pukul 7 dah terang.  Pukul 7.30 pagi kita orang pun keluar cari sarapan.

Thursday, November 14, 2019

JJCM Muar - Hari 1



Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua. Alhamdulillah dapat buat trip percutian 2H1M di muar aka Jalan-jalan cari makan.  Tahun ni banyak juga acara JJCM.  JJCM Kuala Kangsar, JJCM melaka dan baru ni JJCM Muo. Agenda JJCM muo ni lebih kepada nak bawa kawan, jalan-jalan sekitar muar. Ikutkan muar ni home town aku tapi selalunya, kalau balik kampung terus je balik Bakri yang terletak 6 batu daripada bando muo. Jadi memang dah lama juga tak meraoun bando muo....hah ko dah keluar slang muo aku......hehehehe.   

Thursday, October 24, 2019

Kenduri kahwin penulis khairyn




Assalamualaikum,

wah lama sudah tak mencoret....emmm rasa kaku pulak nya...acelehe.....macam le aku rajin bebenor mencoret kata di alam maya ni. hehehe.

Ok lah oleh kerana dah nak habis bulan dan kita dah nak penghujung tahun 2019 dan dah nak cuti sekolah aku cerita pasal jemputan perkahwinan yang aku terima. Dalam tahun ni ada lah banyak sikit jemputan dari kawan-kawan. Maklumlah anak-anak dah meningkat dewasa dan seiring dengan kehidupan, ada yang menerima ahli baru dan akan datang menambah ahli baru. Apa pun syukur dan bahagia melihat kawan dan kenalan yang aku kenal mengapai kehidupan bahagia. Aamiin. 

Majlis ni sebenarnya bulan Julai yang lalu, dan kebetulan masa aku balik kampung sebab kak Jal nak buat majlis kesyukuran nak menunaikan ibadah haji. hah tenguk tu.....kak Jal dah pergi dan dah balik pun dan dah selesai ibadah haji dia, aku baru nak up cerita......alahaiiiiiii. nampak sungguh cerita dah basi aku nak cerita. emmm apa pun aku nak up juga cerita. hehehehe. 

Alkisahnya tersebutlah kisah eh apa ni.....cerita antah berantah mana lah pulak aku mencecer ni.

Ok ni sebenarnya majlis perkahwinan penulis Jemari Seni iaitu Penulis Khairyn Othman



Novel Khairyn yang ada dan aku suka baca. Novel Dame Zoete Sarah ni best. Macam tenguk cerita triller kes pengedar dadah antarabangsa, di sangkakan pengedar dan di hambat merata dunia oleh sang polis interpol. Novel khairyn best sebab bukan macam novel siri adaptasi sekarang yang melambak-lambak ceritanya dan stereotype jalan ceritanya. Oleh kerana dah melambak sangat novel di adaptasi jadi cerita tv.....aku suka layan kdrama dari drama akasia pukul 7 petang. hehehehe jalan cerita lebih kurang je dan dah dapat agak endingnya macamana.  Asyik sweet melankolia lah apa lah. eh dah membebel lah plak.

Majlis berlangsung di Melaka, jadi dalam perjalanan balik ke Tangkak singgah lah ke air keruh Melaka. Sampai je dah tengahari memang sesuai lah untuk makan tengahari.


Sampai-sampai je rumah pengantin, tenguk pengantin dah makan berdamai pun.  Alhamdulillah. Tenguk pengantin berseri-seri bila di makeup....memang tak kenal pada mulanya.


    Tenguk tu romantik sungguh pengantin lelaki sampaikan khairyn pun malu-malu ala dibuatnya.

                                 Pengantin bahagia menjamu selera. Manis tenguk khairyn macam ni.


                                                        Selfie dengan pengantin.


                                       Layan nasi minyak khairyn.....sedap nasi minyaknya.


      Lepas makan aku jenguk ke dalam rumah dan tenguk pelamin di luar area anjung rumah.
Cantik dan simple hiasannya.



     Sebelum balik bergambar kenangan dengan mak pengantin, Dapat doorgift satu bekas bahulu, satu bekas kuih mufin pisang....sedap. Ni special punya doorgift sebab kenalan khairyn.

Semuga pengantin aman bahagia hingga jannah. Aamiin 

Tuesday, August 27, 2019

Doa buat Kashmir



Assalamualaikum,

Apa khabar semua sahabat di luar sana. Semuga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita seharian. Aamiin.

Sekarang kashmir sedang bergolak. Kesian kan sebab rata-ratanya orang Islam. Geram pula dengan India sebab mengheret umat Islam Kashmir dalam kancah peperangan. Kalaulah dulu-dulu kashmir pilih Pakistan kan senang. Takde lah India nak tuntut kawasan tersebut.

Wednesday, August 21, 2019

Sambutan harijadi geng bulan Julai


                                      Cookies yang kaknoor bawa untuk kami

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan lagi usia dan diberi macam-macam rezeki pada aku.  Rezeki bukan kira pada harta, wang ringgit sahaja ya tapi di kurniakan kawan-kawan yang baik serta kesihatan yang baik juga merupakan rezeki ya. Alhamdulillah mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri ku supaya dapat sujud dan menambahkan amalan buat di sana nanti. Aamiin.

Bulan 7 yang lalu kita orang celebrate lah birthday bulan 7. Rupanya ada 2 lagi geng baik aku dalam group whasap JJCM yang lahir bulan Julai. Oleh kerana dah lama tak makan-makan dan sessi membawang dan kebetulan pula Rin tak balik kampung, jadi cadangan di buat perjumpaan di Ayer 8 . Mula-mula cadangan hari Ahad sebab hari sabtu ada orang tak free. Sekali mohon tukar hari Sabtu pula sebab aktiviti hari Sabtu bersama cucu dah cancel. Tapi ada geng lain pula hari Sabtu sessi bersama cucu. Tapi akhirnya terpaksa pinda sebab majoriti nak hari sabtu. Aktiviti bersama cucu di tunda kepada hari ahad. hehehe Orang dah ada cucu lah katakan.

Friday, July 26, 2019

Rombongan menghantar Jemaah haji 2019

Kak Jal bersama cucu brunei yang baru 3 bulan tapi pipi dah melayut-layut gitu dengan Kak Nora.  

Assalamualaikum,

Amboiiiii raya Aidil fitri dah berlalu malahan dah nak dekat hari Raya Aidil Adha....baru nak up cerita. huhuhu. Ya ampun tuan tanah kedawung selepas cuti raya yang panjang hah hadap le kerja yang menimbun dengan idea pun tandus dan gersang tu yang lama menyepikan diri. Sekarang nak cerita pasal jemaah haji lah pulak. Tak pe nanti selit juga lah n3 raya. hehe nak juga letak tu. 

Alhamdulillah tahun ni 2 orang kakak aku mendapat jemputan dari Allah untuk menunaikan ibadah rukun Islam ke 5.  Kak Jal memang dah dapat surat sebelum puasa manakala Kak nora pula last minit dapat panggilan dari Tabung Haji  2 minggu sebelum kak Jal berlepas.  Tu pun mereka suami isteri ja yang dapat manakala anis anaknya bila mohon rayuan tidak dapat. Tu pun Kak nora dah risau nak tinggalkan satu-satunya anaknya.   

Wednesday, May 29, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019




Assalamualaikum,

    Pejam celik pejam celik....sekejap je dah nak raya. Ramadan pun tak puas lagi , dah nak Syawal.  Bagaimana kalian semua menyambut Ramadan tahun ni. Alhamdulillah syukur dapat bertemu Ramadan. Semuga Allah panjangkan lagi usia bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Amiin 



Semuga Allah kurniakan kita rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik, agar kita dapat menjalani ibadah dan kehidupan dengan lebih berkat dan di rahmati Allah sepanjang hayat. Aamiin.



Bersempena nak menyambut hari raya ini saya dengan penuh takzim, memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terguris rasa dan hati sepanjang saya mencoret didalam blog ini juga dengan  kehidupan yang telah berlalu. Amboiiiii ayat syahdu sungguh naaaa..... hehehehe rasa lemah longlai lah pulak guna ayat syahdu mahdu tangkap leleh ni.hehehehe padahal kita ni brutal....tapi dalam hati penuh taman bunga. Tak caya....hah setepek gambar



 Apa pun selamat hari raya buat kalian semua. I luv You 12345678910. Tanpa kalian semua, sunyi dan sepi lah rumah aku ni. Apa pun terima kasih ye selalu jenguk teratak aku yang selalu hambar dan tawar rebeh ni. Opss puasa. hehehehe Apa pun terima kasih sejuta lemon.


                                    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, May 28, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 Bhg 7 (Osulloc Green Tea Farm & Cafe dan Innisfree House)



 Assalamualaikum,

Tempat last pada hari ke 4 ialah singgah Osulloc Green tea Cafe dengan Innisfree House. Masa ni handphone aku dah kiok. Nasib baik ada kamera. Ok jom jom. 



 Masuk je dalam Osulloc Cafe ni banyak je deko menghiasai cafe sebelum sampai cafe. Hah tenguk macam ni. Agaknya cara orang memproses tea dulu-dulu kut. Benda merah tu dah macam ET je aku nampak. hehehe

Wednesday, May 22, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 Bhg 6 (Yongmeori Coast)




Assalamualaikum,

  Dah kenyang lunch jom sambung lagi tempat lain. Kali ni pergi tepi pantai lagi. Jeju ni tepi pantai dia memang banyak je tarikannya. Macam-macam bentuk mukabuminya yang kita dapat jumpa dan tenguk. Kali ni ke Yongmeori Coast pula. Di tempat parking dia yang luas sebelum masuk ke tepi laut ada theme park. Tapi kita orang lalu je lah.


          Ada merry go around. Tapi tak tahu lah pulak kenapa masa ni dia tak berjalan. Ke tak ada budak-budak nak naik...emmm padahal ramai je yang datang menziarah. hehehehe


Thursday, May 16, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 4 bhg 5 (Lunch)



Assalamualaikum,

Selamat berpuasa semua. Sekejap ja dah 12 Ramadan.  Aduhaiiiii sekejap sungguh masa berlalu. Bulan puasa ni bila aku bukak pc dan pandang data je ngantuk, pandang nombor je ngantuk....adey ayoyo ama apa. camni camno data nak tally. Aduhaiiiii mata macam di gam-gam je. Tapi bila buat kerja lain eh segar bugar lah pulak....huhuhuhu bila lah nak tally data dan final kan Annual report ni. huhuhuhu kita update entry dulu lah.

Ok lah Tenguk dulu kebun limau ya. Seronok tenguk limau bergayut-gayut sebelum kita pi makan opsss puasa. hehehe

Dah puas menerokai ladang limau perut pun rasa lapar.  Kami sampai di sebuah kedai makan yang berbukit sikit. Parking sebelah kereta biru ni...cantik beb. Mata aku pun jadi biru...hehehe

Friday, April 26, 2019

Kashmir aku datang...misi mencari bunga Tulip



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya dapat jejak kaki kat kashmir.  Perjalanan yang sangat hapening sekali. Tapi buat masa ni tak dapat nak cerita banyak sebab tuntutan tugas. Jadi ni aku up sedikit ya. Selesaikan dulu Jeju punya cerita baru up cerita Kashmir.

Jadi layan lah dulu ya sikit gambar yang ada. Apa pun misi mencari bunga tulip  berjaya juga akhirnya.



Bersama group di kebun bunga


1 group naik bot seberang Tasik Dal ke jeti. Dah macam pekerja PATI ja baru datang carik kerja. hehehehe


      Di kebun bunga Tulip. Bunga tulip pelbagai jenis saujana mata memandang. Semua seronok.. tu bunga ni bunga.....rambang mata.....semua meroyan tenguk bunga. hehehehehe


                                                    Tak habis lagi bunga tulip.



Pertama kali naik kuda. Nama kuda  ialah King....sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Dah lah kereta lalu lalang sepanjang perjalanan....asyik pon pon pon...tapi King cool je....jenuh lah tarik tali ke tepi...bila kereta takde dia ke tengah. Tapi seronok. hehehehehe


      Selain bunga tulip perjalanan di saji dengan lautan tanaman Mustard semasa perjalanan ke  Gulmarg.


Naik shikara....seriau sebab air separas je dengan bot. Bila bangun je dia oleng-oleng.....huhuhu takut terjebur je dalam tasik. Dah le asyik kena himpit je dengan penjual....aku yang ngeri je bila kena himpit kiri kanan. 


Terpegun mendengar cerita Mr Singh mengenai kisah cinta ShaH Jahan dengan Mumtaz di kebun bunga di Taj Mahal, Agra.


Ok tu je....insya Allah aku cerita full lain kali. Minta maaf minta ampun....tuan tanah busy. hehehehe macam le dia sorang busy. Sebenornya aku yang tak sabar nak letak bunga tulip banyak-banyak tapi tu lah tak dan. Kojo tak siap boss asyik kejo aku je. huhuhuhu