Sunday, April 27, 2014

Alhamdulillah rezeki Tahun 2014




Assalamualaikum,
  Alhamdulillah rezeki Allah beri syukur sangat. Walaupun tak dapat hadiah mingguan at least balik lah modal aku buat perabih duit beli nescafe ni. huhuhu gigih sungguh ek sebab tarikan hadiah mingguan tu yang tak boleh tahan. RM36,000 beb setiap minggu, siapa nak bagi. Boleh aku buat bayar hutang yang tak habis tu dengan pi jenjalan. hahahaha

Ceritanya minggu lepas dapat lah surat berdaftar. Oleh kerana tiada orang di rumah terpaksalah ambil di tempat serahan Surat berdaftar kat ampang nun. Dalam hati tertanya-tanya surat apa le. Jadi balik kerja 4.30 petang tenguk time tutup dia 5.30 huh apa lagi dok merempit le dari Putrajaya. Nasib baik petang tu tak hujan bila sampai area Ampang dah kul 5 petang. Zup zap zup zap lagi 15 minit nak tutup kaunter sampai depan pintu tempat serahan tu. Oleh kerana parking terhad terus je balik le. Sambil berhenti di lampu isyarat tangan dah mengagau sampul surat. Bila koyak je wah dapat check. Siapa bagi ni... Sekali bila belek surat yahoooo yabedabedu... aku ingat tak berjaya. Bayangkan minggu pertama jenuh shopping nescafe 3 in 1 untuk nak dapat pek luarnya. Ada dalam 30 surat kut aku hantar pada minggu pertama sebab target nak banyak dalam minggu tu. Selepas tu minggu kedua aku dah tak larat dah nak cari kat pasaraya harga Nescafe 3 in 1 yang murah. Terus serender dah aku sambil berdoa kalau ada rezeki adalah. Kalau tak emmm bukan rezeki lah tu. Sehinggalah dapat surat. 



Tak puas hati pergilah web site dia tenguk resultnya. Haah nama aku naik. Syukur alhamdulillah. Tak dapat yang seminggu dapat harian pun jadilah. Alhamdulillah semuga ada lagi rezeki dalam peraduan yang lain. Amin amin amin.

Thursday, April 24, 2014

Jom berkubang di kolam air panas, Jasin


Assalamualaikum,

Amboiiii ayat tak boleh belah punya. Kalau berkubang dalam kolam air panas huhu boleh jadi daging salai beb. hehehehe. Ok Ingat lagi tak N3 aku pasal musim bunga di Muar tempuh hari. Hah kalau nak tahu kiranya 1 hari tu penuh aktiviti sampai malam. hahahaha Kebetulankan dapat balik kampung. Gunakanlah dengan sepenuhnya masa yang ada bersama sanak saudara. Cewah nasihat baik punya. hehehehe. Yalah pada aku acara bersama adik beradik lah masa yang sangat kami suka dan hargai. Bukannya selalu dapat berkumpul adik beradik. Tul kan.

 Ok tak nak celoteh panjang, aku nak cerita pasal Air panas Jasin yang berada di pekan Bemban, Melaka. Ada sesiapa dah pernah masuk dalam kolam air panas? Angkat tangan. opsss tak nampaklah tangan hangpa semua. Kalau dah pernah tentu dapat rasai perbezaannya. Best tak? Sesekali dapat berendam kaki dan badan dalam kolam air panas ni.... emmmm camne nak cakap ek... tak reti nak ceritakan macamana tapi memang wa cakap best tau. hahahaha. Mula-mula tu memang le tak tahan panas  tapi dia ada peringkat-peringkat kepanasan air. Macam aku yang banyak angin ni emm memang bagus untuk kesihatan diri.
Kolam kat sini ada beberapa jenis tahap kepanasannya. Lagi ke dalam hah nun di hujung tu lagi panas beb. Kalau berendam tu bayang le ala-ala kat jepun gitu. Boleh dak? hahahaha perasan sungguh kat jepun. Celek2 mata laaaaa kat melaka rupanya.
Yang ini ala sipi-sipi je panas... buat yang tak penah tu boleh le mencuba mula-mula

Rendam 30 minit.... ikut kesesuaian masing-masing lah ya. Agak-agak nak lama hah rendam lelama.. Tapi memang berpeluh-peluh tu... bagus untuk buang toksik dalam badan melalui perpeluhan
   


  Tadi dah masuk dalam 38 sehingga 42 celciuskan. Hah lepas tu yang ni pula. Ala lupa nak ambil gambar kolamnya. Oleh kerana tempat sinsitif aka-aka seksa jiwa raga, takde le aku nak ambil pose baik punya tengah berendam hahahaha Tapi nasib baik masa ni tak ramai orang kalau tak jenuh berebut tempat nak berendam.... Mungkin sebab bukan cuti sekolah. Berebut dengan aso-aso dan orang lain beb. Tapi kali ni anak beranak Wak Dolah yang conquer kolam rendaman ala badak berendam hahahaha. Jadi takde le pose2 dalam kolam lah ye. Seksa nak tenguk. kekeke

Yang kat dalam ni ala.... tak panas pun. Kolam dia luas tau kalau pandai berenang leh berenang dalam ni

Jenis -jenis ikut kata Jepun.... hait emm maksud yu tu air kut hahahaha agak aku le. 


 Yang ni jenis kacang je... chewah berlagak. Ni mula-mula buat try test kepanasan je dahulu. Ni rendaman lama masih ok lagi ni.

      Hah ni Red Zone.... wah danger zone... panas tahap gaban nun di hujung tu. Kolam air tu disediakan gayung untuk jirus kepala. Kalau tak biasa emmm boleh cenoneng juga le. Apa lagi kalau ada darah tinggi ke apa ke penyakit tertentu. Kena kenalpasti dulu keadaan badan samada sesuai atau tidak nak mandi air panas ni. Kalau tak biasa memang pening kepala lah.

                                             Mak aiiiii sikit punya lama dohhhh

  Kawasan-kawasan yang terkenal dengan kolam air panas. Bawah dia ada kolam untuk berendam. Kita orang pakat ramai-ramai rendam kat sini. Aku apa lagi lah mula lah erk ark erk ark sampai satu masa huarkkkk angin sebongkang keluar ko. Fuyooooo banyak angin sungguh dalam badan. Apasal ek. Nak kata panas baran laa ni dah kurang sikit, dolu selalu tapi takde le angin memanjang. Yang aku tak paham tu orang lain yang berurut aku pulak yang kuar angin. Kalau tolong picitkan kawan pun macam tu juga erk ark erk ark sampai termuntah2 baru rasa lega. Kalau tak huh memang tak selesa. Aku suka je kalau nak picitkan kawan-kawan  tapi kawan yang tak selesa sebab tenguk aku yang terseksa.... hahahahaha  

    Kalau rendam kaki beberapa minit kaki jadi warna kemerahan, hah maksudnya kesihatan baik lah. Kalau tak, adalah penyakit-penyakit yang tersembunyi. Tapi kalau ada darah tinggi memang kena slow-slow. Ini pengalaman akak-akak aku yang tak pernah pergi berendam kaki dalam kolam air panas ni. Kena siapkan juga air mineral untuk membuang toksid2 dalam badan. Minit-minit yang pertama akak aku yang sulong, nampak alam sekeliling berpusing-pusing. Jadi kena rehat dulu. Ada satu aso ni sekejap rendam, sekejap keluar, sekejap rendam, sekejap keluar... entah berapa kali tah. Sebab masa kami sampai dia dah sampai awal. Lepas tu kami beramai-ramai masuk dalam kolam sampai air melimpah..... hahahahahahaha kenapa air melimpah huhuhuhu faham-faham sendiri lah ye. Sebelum ni kami pernah pergi ke Labis. Tapi sebab masa tu tak tahu pun kat Bemban ada kolam air panas ni. Dah lah jauh lepas tu bila balik selepas mandi si tukang driver boleh ngantuk tahap gaban tau. Hah bahaya tu. Jadi dapat pergi 2 kali je. Maksudnya selepas mandi tu kena rehat banyak. Tapi bagi aku lah bagus mandi air panas ni kalau boleh sebulan sekali. Sebab selepas mandi tu rasa badan sedap je. Sebab ia juga boleh melancarkan peredaran darah. Malahan pengeluaran toksid juga terdapat. Kena banyak minum air mineral semasa aktiviti berendam ni. Jadi apa kata sesekali kasi rendam itu kaki.... haiyak

 Ni memang panas tahap gaban. Yang kat sini tak boleh berendam kaki di suruh jirus kepala. Untuk apa tak tau pulak fadilatnya. Mungkin bagi peredaran darah dalam kepala kut.... tak biasa memang poning pusing 7 keliling. Jadi kena slow-slow tak leh laju-laju. erkkk ke aku salah bagi info. Sebab ada orang tu laju2 je jirus kepala dengan air dalam kolah ni. Sebab dia kata kalau lambat-lambat terasa kepanasannya. Kalau cepat-cepat tak terasa sangat.... lorrr ye ke cam tu. 

 Ni yang sebelah kolam yang suruh jirus je. Tenguk tu 65 darjah celsius ko... wah ni memang panas ni. Kita orang jenguk je tak berani nak cuba. Dulu ada sekali tapi sekejap je lepas tu pergi yang tempat kolam yang melimpah dek kerana anak dugong masuk berendam. kekekekekeke 

 Selepas siap semua hari pun dah petang. Sampai rumah sempat lah solat magrib yang dah penghujung. Tunggu solat isyak.... lepas tu eh eh dah terbongkang semua. hahahahaha penangan mandi air panas memang semua cepat nak tidur. Nyenyak sekali malam itu. Aduhaiiiii penangan air panas jasin. Kata akak aku yang kat melaka ada satu lagi tempat kat Gadek dekat Alor gajah. Sampai ke malam tempat tu di buka. Huhuhu jauh tu jadi takde lah nak ke sana. Jadilah yang kat Bemban tu je.

Thursday, April 10, 2014

Setahun pemergian Aruah Mak

                                                          Aruah Bapa dan Aruah Mak


Assalamualaikum,

 Diam tak diam hari ini 10 April 2014 genap setahun pemergian Aruah Mak. Aruah Bapa pula 20hb Julai 1995.  Walaupun dah lama, aku tetap ingat kenangan bersama mereka berdua. Kerana mereka berdua aku lahir ke dunia. Al Fatihah buat kedua orang tua ku.

 Kalau dulu masa Aruah bapa masih ada, ingat lagi makanan kesukaannya Sup Ayam bersama mee bercecahkan dengan tahu dan sambal kicap. Aruah mak pula bila masak sambal tumis cili api dilayan dengan ubi rebus. Ya Allah sedapnya air tangan Aruah mak. Kenangan buat kuih raya semasa zaman kecil-kecil dulu tetap tersemat dalam ingatan. Kesedapan air tangan mak sehingga kini tiada galang gantinya.

 Mak, orang rindu. Sunyi  rumah kat Bakri sejak pemergian Mak. Hilang seri di rumah sejak mak dah tak ada. Terdengar-dengar perbualan mak tentang kisah tanah di belakang tu yang masih tak selesai lagi sehingga sekarang. Kalau aruah mak masih ada segala susur galur cerita tersebut boleh dijadikan bukti. Anak-anak mak bukannya tak ingat tapi tidak memahami keadaannya yang sebenar. Mak orang rindu masakan mak. Orang rindu cerita-cerita mak. Orang memang teramat rindu kat Mak.

 Ya Allah Kau ampunilah Kedua Ibu Bapa ku. Masukanlah mereka bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga roh mereka tenang di sana. Masukkan mereka dalam syurga dan dijauhikan mereka dari neraka. Al Fatihah.

Sunday, April 6, 2014

Musim Bunga Di Muar




Assalamualaikum,

 Hari Sabtu baru-baru ni balik lah kampung. Ini disebabkan telah mendapat jemputan kenduri kahwin Sepupu di Sg Abong, Muar. Jadi petang Jumaat setelah meredah hujan dengan lebatnya di Putrajaya, alhamdulillah di ampang hujan pun reda jadi plan nak balik Muar berjalan lancar. Selesai semua kami meneruskan perjalanan dalam pukul 6 petang. Nasib baik tak jem sangat dan aliran traffik berjalan lancar sehingga ke Tangkak. Berhenti sebentar di RnR Jejantas Air Keroh untuk solat dan beli makan. Oleh kerana cuaca yang sejuk apa lagi lah cepat je rasa lapar. Sampai di Tangkak hampir nak pukul 9 malam. Ala tak dapat tenguk episod akhir The Great Doktor kat 8TV. hahahaha sempat lagi tu.

 Hari Sabtu, kami pun menuju ke Muar. Kiranya ni merupakan perkahwinan cucu pertama Mak Saudara aku dan anak ke2 Kak zaidah. Sepanjang perjalanan sebelum sampai Muar wah..... bestnya melihat bunga ala-ala sakura berkembang. Tapi sebab Kak Jal bawa laju tak sempat nak snap gambar. Singgah ambil Kak Limah dan terus menuju ke Sg Abong. Lepas kenduri ni kami akan ke Melaka pula sebab Kak Nong buat kenduri kesyukuran sempena nak menunaikan Umrah pada hari Isnin.


Sampai rumah Kak limah wah bunga kertas dia berkembang mekar di Porch kereta. Cantik pulak.


   Ni pula perjalanan melalui Jambatan Sultan Ismail sebab nak singgah ke pasar Muar nak beli paste Mee Bandong Mak Pon dan Paste Soto Peserai. Paste Mee Bandong Mak Pon ni sedap tau. Memang alris bila musim perayaan. Sebab senang naks ediakan dan mudah serta sedap. Tak percaya? Kalau singgah di Muar pergilah cari di Pasar Muar. Berhampiran dengan gerai Buah-buahan. Yang aku nampak ada paste asam pedas, paste Rendang dan juga paste Ikan Bakar. Tapi kami lebeh suka paste Mee Bandong lagi umpp. Ala lupa nak snap gambar dia. Tak pa lain kali kita cerita ya.


  Ni semasa berhenti di lampu isyarat sebelum sampai ke JPJ. Seronok sungguh tenguk bunga berkembang di kiri dan kanan jalan.


 Sekali bila nak sampai tempat rumah pengantin sebelum belok wah banyaknya bunga berkembang. Ada parking lot dan sederetan bunga sedang berkembang. Apa lagilah semua jadi seronok. Rupanya rumah pengantin tak jauh dari deretan bunga yang kami nampak semasa masuk. Terjumpa pula adik aku yang kat Batu Pahat pun baru sampai. Jadi kami beriringan makan nasi pengantin.

Masing-masing sedap je layan nasi beriani. Memang datang nak makan kan. hehehee 

  Sempat lagi skodeng pokok bunga orang. hahahaha... nampak cantik je gugusannya.

  Selesai je makan bila balik apa lagi lah posing time di bawah pohon bunga yang sedang mekar. Ala -ala Cherry blossom lah pulak. Tak payah pi jepun ke seoul ke, kat malaysia pun ada.



Ni akak-akak dan adik lelaki aku serta anaknya. Orang rumah tak ikut sebab kena kerja.

Adik aku Faizol dan anak-anaknya, 3 jejaka hensem




Ni pula berlatar belakangkan bunga warna puteh.

Hamparan bunga bertebaran di bawah. Rasa nak lepak  bawah tapi sebab kotor tak jadilah. Kalau atas rumput entah2 dah lama aku landing posing diatas helaian bunga-bungaan yang dah berguguran. hahahahaha 

Rupanya ramai juga yang berhenti kat tempat parking tu ambil gambar. Hah tenguk tu ada keluarga cina turut sama seperti kami berposing ala-ala musim bunga gitu.

  Rupanya kali ini memang serentak bunga ala-ala sakura or cherry blossom ni berkembang. Selalunya pernah nampak pokok ni berkembang tapi kali ni macam serentak 1 malaysia ianya berkembang. Selepas selesai di Sg Abong, kami menuju ke Melaka. Wah sepanjang jalan bunga mekar dengan meriahnya. Malahan semasa balik ke KL hari Ahad semalam, sepanjang jalan di lebuh raya KL Seremban, memang semuanya merimbun. Malahan kat Putrajaya juga. Malahan ada yang jenis macam juntaian pula berwarna kuning.  Subhanallah kuasa Allah yang menjadikan bunga tersebut serentak berkembang. Member aku yang pergi korea baru-baru ni, nampak lah dia letak gambar dia berlatar belakangkan Cherry blosom di seoul kat FB. Kat Jepun pun katanya bunga sakura sedang berkembang. Ada member aku tepek gambar di Alor Star lagilah penuh bunga-bunga diatas tanah. Apa pun semua jadi seronok melihat fenomena bunga berkembang ala-ala cherry blossom gitu. Setelah musim panas melanda bulan lepas, musim bunga pula berkembang. Apa pun bersyukur diatas segala kurniaan Allah kerana dapat melihat pemandangan indah tersebut. Ingat kena pergi luar negeri aje ke nak nikmati suasana tersebut.... sekarang kat malaysia pun ado ya.