Tuesday, January 29, 2013

Layan cerita lawak lah ya


Assalamualaikum,

Wah lama tak mencoret dengan kerja menambun lagi huh ponin hari-hari dok tenung pc ni sambil keyin data sampai rasa dah muak dan nak muntah melihat angka. huhuhu tapi tu lah rezeki kita jadi bersyukurlah ya. Kalau kita rasa susah ada lagi orang lagi susah dari kita jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Oleh kerana sedang tension tahap gaban dengan data je kita layan cerita lawak ya. Ni aku copy dan paste dalam forum dalam kementerian.


Ok layan je lah ya.

Cerita lawak 1

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."



Cerita lawak 2

Kisah di kawasan perkuburan 

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. 


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. 

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. 

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje". 

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??" 

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"




Cerita lawak 3


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah 




hahahahahahahaha lawak lawak kalau ramai saksi macam kes ke 3 tu huh mahu biul peguam melayannya.

Monday, January 21, 2013

Dugaan menjelang tahun 2013







Assalamualaikum,
  Wah dah hampir sebulan bulan Januari hampir melabuhkan tirainya tapi aku belum sekali pun mencoret rasa di sini. Sejak peristiwa aku di hina, hati aku hampir saja merundum perasaan dan jiwa menghadapi setiap hari yang mendatang. Apa lagi ianya kena sehari sebelum 1 Januari  2013 membuka tirai, aku terus tak ada semangat nak mencoret di sini. Sedih yang teramat sedih aku bila mengenang perkataan yang keluarnya dari mulut seseorang yang boleh di kira seorang yang profesional kerjanya. Huh nasib memang tak menyebelahi aku pada hari tersebut. Memang kira hari malang aku pada hari tersebut. Bad day lah katakan.

  Selama aku berkerja yang dah kira berpuluh tahun berkhidmat ni malahan dah pelbagai tempat aku jejaki tapi tak pernah seumur hidup aku orang mengeluarkan perkataan itu untuk menghina aku. Apa besar sangat ke kesalahan ku sehingga di hina begitu. Kalau nak marah pun patut-patut lah jangan sampai menghina orang lain. Engkau dan aku sama je di sisi Allah SWT iaitu hamba Allah. Jika kau menghina aku sama seperti kau menghina ciptaan Tuhan juga sebab kita sama di sisi Allah yang membezakannya hanya amal ibadah masing-masing sahaja. Masa kena hina tu sedih lah juga setelah di marah bertalu-talu. Kalau marah tu aku terima lah sebab memang kesalahan ku tapi aku ada sebab musabab kenapa tidak mengikut arahan mu tapi jangan lah sampai menghina aku. Mentang-mentang lah kau ada kuasa, kau rasa kau boleh menghina orang lain sesuka hati kau sahaja hanya kerana marah. Jangan lupa Allah yang lebih berkuasa bukannya engkau. Kau rasa kau yang menentukan rezeki orang lain ke hanya kerana kau berkuasa tapi jangan lupa Allah yang memberi rezeki kepada umatNYA.

 "Ya Allah kau berilah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. Perkuatkan hati dan perkukuhkan jiwaku supaya aku tabah menghadapi dugaan ini. SesungguhNya hanya Engkau yang mengetahui segala-gala Nya. Semuga suatu hari nanti orang tersebut insaf dan tidak sesuka hatinya menganiaya  dan menghina lagi orang lain. Amin"

  Masa dalam bilik meeting tu setelah di hina memang rasa nak menangis tapi air mata aku tak keluar cuma aku rasa sedih je dan masih terdengar -dengar perkataan yang dia sebut itu. Selepas habis meeting aku cerita  dengan member aku yang aku kena marah dan aku sebutlah perkataan tersebut yang telah terkeluar dari mulut orang tu. Tak tergamak aku nak tulis disini perkataan tersebut. Tapi kata member aku macam perkataan tu ulu sangat dan tersangat teruknya. Aku senyum sinis je mendengar kata kawan aku. Lepas tu masa tengahari dia datang kat meja aku semasa aku sedang berbual dengan kawan. Dia tegur aku dan tanya " Marah?" Aku jawab "tak!" "Habis tu suka lah?" Aku jawab pun tak juga! Kawan aku sengeh je bila mendengar jawapan aku. Dah hina orang begitu sekali baru nak tegur. Huh kirim salam lah ya. Hati yang dah terguris ni akan tetap ingat sampai bila-bila perkataan itu.   

 Seharian tu aku rasa perasaan aku seolah-olah terhimpit dengan sesuatu bebanan yang aku tak boleh huraikan apa dia setelah aku menerima penghinaan tersebut. Sehinggalah aku dah balik rumah dan semasa selesai solat magrib dan semasa aku berdoa, airmata aku mencurah-curah  mengalir sampaikan aku tersedu-sedan. Aku mengadu pada Dia dan hanya Dia sahaja yang dapat meringankan bebanan perasaan aku yang terhimpit sejak siang hari. Apa pun aku maafkan orang tersebut yang telah menghina aku walaupun hati aku pedih menerima penghinaannya itu. Semuga Allah jua yang maha mengetahui segala-galanya. Semuga Allah melindungi aku daripada manusia-manusia yang bongkak, dengan kuasa yang dia ada, yang rasa dia boleh menentukan rezeki dan kehidupan orang lain. Semuga suatu hari nanti dia insaf dan tahu bahawa kuasa yang dia ada sebenarnya hanya sementara dan kalau Allah nak tarik bila-bila masa sahaja dia boleh hilang semua kuasa yang dia ada. Insaf lah dan janganlah nak aniaya orang lain lagi. Cukup-cukup sudah.