Wednesday, July 29, 2015

Hari Raya Pertama 2015



Assalamualaikum,

Dah seminggu hari raya baru nak update cerita... hehehehe biasakle aku ni kan suka cerita hujung-hujung kadang sampai bertahun-tahun baru sambung cerita. hahahaa

Ok lah hari raya pertama pagi-pagi rasa sedih lah juga. Ya lah kan masuk ni dah 2 tahun sambut raya tanpa aruah mak. Apa pun kehidupan kena diteruskan. Masa tahun lepas aku sedih juga sebab pertama kali raya tanpa aruah mak.  Tapi akak aku yang sulong kata tak pa walaupun kami dah tiada orang tua Raya pertama tetap balik kampung Bakri berkumpul beramai-ramai dan malamnya buat tahlil adik beradik. Dan tahun ni pun macam tu juga cuma semuanya datang waktu petang. Jadi pagi aku pun jenguk Kak lela bawak mangkuk tepen. Keluarga Kak lela suka kalau selain dari ketupat ada ketupat pulut. Selalu aku jadi tukang ikat Ketupat Pulut jadi pandai lah pulak membuatnya. Jadi setiap kali raya selain dari masak ketupat buatlah juga Ketupat Pulut. Tapi sebelum nak buat aku dera adik aku Faizol suruh mesinkan kelapa sebab 2 tahun lepas mesin kelapa jari aku yang masuk mesin, nasib baik tak tanggal jari. hehehehe jadi fobia nak mesin kelapa so adik akulah jadi mangsa sebab keluarga mertua dia yang suka makan ketupat pulut tu.



Bila dah berkumpul ramai-ramai Kak nong dan Ajid bagi cadangan kutip duit raya seorang RM 10 dan juga kutip duit untuk projek aktiviti bersama. Tabung Jutawan raya ni kiranya dibuat macam cabutan no bertuah lah. kalau tahun ni dah dapat kena lah tunggu sampai semua dah dapat. Jumlahnya bergantung kepada siapa yang balik Raya pertama. Apa lagi semua pun setuju. Daripada nama untuk seorang tiba-tiba ada yang rasa lama sangat nak tunggu nama naik jadi di tambah lagi 1 nama. 

Hah tenguk tu Jutawan segera Hari raya tau.

Ada 3 tabung 1 tabung duit Jutawan, 1 tabung untuk aktiviti bersama yang akan diadakan akan datang manakala 1 tabung nama yang dah keluar duit untuk cabutan bertuah. 

Bila masuk waktu Magrib je kita orang solat berjemaah beramai-ramai. Selesai je terus buat tahlil untuk keluarga yang telah meninggal dunia. Selesai tahlil dan solat Isyak barulah aktiviti seterusnya ialah beri duit raya.


Semua anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara dibahagikan kepada 1 kumpulan iaitu barisan lelaki dan barisan perempuan.
Tenguk tu panjang barisannya.


Yang kat depan tu barisan mak bapa makcik pakcik yang nak beri duit raya. Semuanya berkumpul sebarisan di hadapan.

Sebelum tu Ajid anak buah aku yang mengetuai acara. Sebelum sessi bermula, menyuruh semuanya mengucapkan terima kasih, minta maaf diatas salah dan silap.


Lepas tu satu demi satu bersalam dan cium tangan sebelum dapat duit raya. 
Yang nak bagi duit raya pun ramai . Mudah juga kan buat macam ni jadi semuanya dapat. Yang penting ianya mengeratkan silaturahim kami sekeluarga daripada anak saudara, mak saudara, cucu saudara.

Lepas tu cabutan no bertuah tabung Jutawan hari raya. Ni abang ipar aku yang sulong tukang cabut no bertuah. Akhirnya yang dapat ialah anak saudara aku Hisham dan abang aku. Suka lah mereka dapat duit raya. Semua pun senang hati dan gembira. Sebelum masing-masing balik ke rumah acara main mercun dan bunga api lah pulak.


 
Alhamdulillah sambutan raya hari pertama begitu meriah sekali. Syukur Ya Allah atas limpah kurnia Mu. 
    



Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya dan juga mengenang Tragedi MH17 setahun berlalu



Assalamualaikum,

Hari ini umat Islam di Malaysia telah menyambut 1 syawal setelah lebih 29 hari berpuasa. Sedihnya hati meninggalkan Ramadan semuga ada umur yang panjang untuk berjumpa di tahun hadapan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf zahir dan batin diatas segala kesalahan. Ampun dan maaf juga ku pohon dari kalian semua.

Dan tarikh hari ini juga merupakan hari kelahiran ku. Alhamdulillah syukur diatas limpah kurnia Mu Allah yang melanjutkan lagi usia ku menikmati rahmat dan kurniaan Mu yang tidak terhingga. Syukur selalu atas limpah kurnia Mu yang tidak terhingga. Semua Allah memberikan ku kesihatan yang baik dan kehidupan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Aameen.

Dan tarikh ini juga pada tahun yang lepas satu tragedi yang menyayat hati telah berlaku kepada pesawat MAS MH 17.  Bila cerita tentang MH 17 ni,  airmata aku begitu murah sekali. Nak cerita tentang tragedi tersebut dari mula lagi tapi aku tak leh tahan mutiara airmata mesti bergenang. Dan pada hari  22hb Ogos 2014 pula merupakan Hari berkabung bagi rakyat malaysia, bagi memberi penghormatan kepada mayat mangsa yang dapat dikenalpasti identitinya dan dikebumikan di Malaysia. Ianya adalah penghormatan khas kepulangan 20 keranda yang di bawa pulang dan ini merupakan kumpulan pertama yang dapat di kenalpasti dan mendapat kelulusan oleh pihak Belanda untuk dibawa pulang.   


Seramai 298 mangsa dan rakyat malaysia merupakan 43 orang termasuk anak kapal. Yang terkesan sekali sekeluarga dari Serawak yang juga merupakan saudara kawan aku kat Serawak yang sepatutnya pulang terus ke malaysia setelah berkhidmat di sana. Balik untuk menyambut hari raya namun Qadha dan Qadar Allah yang menentukan segalanya. 


Mengimbau kenangan semasa kejadian ianya berlaku, semasa tu kan bulan ramadan dan pada malam tu setelah penat menjalani ibadah puasa, aku relaks sekejap setelah menjawab message di Fb yang ucapkan selamat ulang tahun sambil tu menunggu nak tenguk solat terawikh dari Mekah di TV9 dan oleh kerana lama lagi tengukle tv3 dulu lepas tu eh terlelap lah pulak..  Sedar-sedar dari tidur tenguk  tv eh macam dejavu pulak sebab Datuk Kapten Nik Huzlan dengan pembaca tv 3 Izwan Azir keluar di screen tv. Eh ni pasal MH 370 ke apa maklumle mamai lagi terbangun dari tidur ke aku yang ngigau tapi bila nampak tulisan dibawah screen Ya Allah kapalterbang MAS pula di tembak. Pesawat yang juga membawa rakyat  Malaysia yang nak balik Malaysia untuk menyambut Hari raya bersama keluarga tapi ah terlalu sedih bila mengenangkannya.  

Apa pun sekarang tarikh 17 Julai 2014 akan tersemat sebagai tarikh tragedi yang tidak akan dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia...   terutamanya buat ahli keluarga yang terlibat... walau bagaimana pun sedih juga buat MH 370 yang sampai sekarang tidak tahu lagi khabar berita.... MH 17 sekurangnya ada kubur dan tanda untuk di kunjungi tapi MH 370... masih lagi dalam pencarian.

Al fatihah buat warga Islam MH 17 dan semuga Allah memberi petunjuk apa sebenarnya yang terjadi pada MH 370. Dan semuga rakyat Malaysia terhindar dari segala bencana dan juga tragedi di masa akan datang. Semuga Allah melindungi semua rakyat Malaysia tidak kira dimana mereka berada. Aameen.


Sunday, July 5, 2015

Musim Durian sana sini

gambar ehsan google

Assalamualaikum,
Ada sesiapa tak suka durian angkat tangan? huh rugi tau tak suka durian hehehe sebab dia adalah raja segala buah di malaysia ni. Kalau kata tak kenal durian huh memang tak patut le bebenornya weiii

Sekarang ni memang tengah musim durian. di mana-mana je aku nampak di tepi jalan orang menjual apa lagi di bulan puasa ni jadi nampak macam takde pembeli tapi cuba berjalan time waktu malam... wuh meriah beb kedai durian. Macam pesta. 

Aku memang suka makan durian tapi sebab mengenangkan my akak tak suka jadi huhu tahan je lah selera bila nampak. Akak aku tak suka dengan baunya yang kuat buat pening kepala. Tapi kalau aku tak tahan juga nak makan durian hah serbu gerai tepi jalan tu makan kat situ je seberapa boleh ko nak melantak. hehehe ala berapa biji je yang boleh hadap. Paling kurang pun 2 biji dah cukup. Tapi bulan puasa ni idakle siang-siang hari ko nak pi serbu gerai.... tak posa ko apo. hehehe

Aku mula mengenali dan menyukai durian ni semasa bekerja di Segamat. Masa tu lah mula pandai makan tempoyak. Tempoyak kak Piah jiran sebelah rumah sewa aku emmm memang mantap lah... boleh layan nasi bertambah-tambah. Kak piah orang rumah encik Adam ni pun sebenarnya pandai masak.

Alkisahnya Segamat merupakan tempat durian yang paling sedap di Johor. Kenapa aku kata macam tu. Sebab orang segamat lah kata... heehe kalau tak, takan lah menjalar je kereta plet Singapore sikit punya banyak kat tepi jalan bila time musim buah Durian tiba. Terutamanya kat Buluh Kasap tu hah.

Ok berbalik kepada pengalaman aku dolu-dolu lah yang aku nak stori mori ni. Dulu masa aku kerja kat Segamat kita orang dok menyewa di Jalan Temenggung. Kat situ ramai staff Hospital dok menyewa dan membeli rumah. emmm alamat rumah aku dah lupa lah. Satu rumah semuanya staff Hospital kecuali seorang je kerja Bank. Sebelah rumah sewa kita orang ni duduklah encik Adam  dan famili dia. Encik Adam ni pun kerja hospital juga. Masa aku baru start kerja di hospital, aku lah ganti tempat dia sebelum dia ditukarkan ke Unit Pesakit Luar. Kat pejabat Rekod akulah satu-satunya perempuan di apit dengan 3 lelaki iaitu Bos aku Encik Yusof dan atentan 2 orang iaitu Appu dan Pak Rosli. Pak Rosli ni ada kebun buah-buahan juga. Dia lah yang perkenalkan durian kucing tidur kat aku.

Ok berbalik pada encik Adam, dia ni rajin meniaga. Jadi bila musim Durian dia jadi peraih buah durian lah. Mana yang tak habis apa lagi lah hantar rumah sebelah iaitu rumah kita oranglah. hehehe Best dapat makan durian free. Baik hati encik Adam. Kalau nak beli banyak bolehlah terus pergi rumah dia. Jadi masa tu memang puas hatilah makan buah durian. Selain daripada itu Kak piah pula rajin buat tempoyak. Masa ni lah aku beli sebotol nak rasa. Lepas tu berbotol-botol. hahaha Wah aku makan bertambah-tambah... apa lagi kalau tumbukkan cili dan tambah pada tempoyak. Fuh memang sodap.

Kadang tempoyak tu Kak piah buat pais ikan. Nanti bila balik tengahari semasa lepak ,dia panggil lah anak dara sebelah ajak makan. Seronok tinggal berjiran dengan Encik Adam dan kak piah yang tak kedekut dengan rezeki. Jadi bila dah selalu dapat makan durian sedap yang lemak berkrim, bila balik muar... kadang aruah mak dan aruah bapak ada beli... masa tu bila makan wah tak selemak durian di segamat. Chewah bukan main aku membeda-bedakan durian segamat dengan durian muar. Pada tekak akulah durian Segamat lagi rasa lemak dari durian muar. Tu yang seronoknya berjiran dengan peraih Durian. hehehe Sekarang ni takde tempoyak pun aku boleh lagi buat isi durian tu tumbuk dengan lada basah merah. Terus je jadi sambal tempoyak aku. Layan dengan nasi panas-panas.... walah beb. Hingga menjilat jari lagi. hehee

Lepas tu pula satu hari tu Pak Rosli bawa beberapa biji buah. Kata dia Durian kucing tidur. Masa tu petang dan tak ramai orang nak berurusan dengan pejabat rekod. Ada pula satu Atendan Pak Joe... datang hantar BHT ward. Sambil menunggu ianya siap, dia pun join sama makan Buah durian tersebut. Durian Kucing tidur ni tak banyak ulas, malahan ada yang 1 ulas 1 pangsa. Tapi isinya memang penuh dan biji dia macam kepet je ataupun kecik. Jadi isinya memang mantap lah. Aku rasa seulas. Pak joe rasa seulas. Lepas tu entah siapa lagi yang ada masa tu aku dah lupa. Ya Allah memang sedap. Makan seulas rasa macam tekak tu penuh dengan rasa durian. Dan terus rasa kenyang dek kerana rasanya yang begitu lemak. Jadi bila dah rasa kenyang memang takdelah menambah lagi. Lepas tu teruskan buat kerja sambil menyimbang. Yang Pak Joe pula aku tenguk sambil dia duduk tu eh lama-lama dia terlelap lah pulak. Aku pun bila dah kenyang tenguk Pak Joe terlelap aku pun rasa macam nak join sama je. Pak Rusli bila tenguk Pak Joe dah lelap, lepas tu tenguk aku pun macam mata dah nak katup je apalagi gelak kan kita orang. Hah baru tau penangan Durian Kucing Tidur. Aku tak pasti lah sama ada durian tu ada lagi atau tidak sebab sekarang lebih femes dengan Durian Musang king.

Lepas tu aku pernah lah kenal dengan seseorang... emm Dia kerja askar kat serawak. Masa tu dia cuti nak kahwin tiba-tiba tak jadi kahwin sebab perempuan tu berubah hati, jadi oleh kerana cuti panjang dah approved sementara nak habiskan waktu, dia suruh sepupunya kenalkan seseorang dengan dia. Kebetulan lah pulak sepupunya tu Nurse kat ward Kak uda (opismate aku) berkenan kat aku jadi dia kenalkan lah aku dengan K(bukan nama sebenar). Mula-mula tu sembang dulu dalam talipon. Kenal-kenalan dululah katanya. Lepas tu ajak dating... tu dia.... dia bawa aku pi Melaka ko. Hish teruknya aku. Mula-mula tu takut juga tapi sebab cuti dia dah nak habis jadi dia nak gunakan masa tersebut mengenali aku sebelum dia balik Serawak. Kita orang dating 1 hari tau. Dari pagi keluar pukul 10 dari segamat terus pergi melaka, sempat singgah rumah akak aku kat melaka, lepas tu singgah rumah akak aku kat tangkak. Dasyatnya aku bila teringat kisah itu. Singgah rumah akak aku sebab nak memperkenalkan kat akak aku. hehehe sebenornya untuk pengesahan lulus ke tidak. hahahahaha Dan akhirnya sebelum balik rumah sewa dia bawa ke rumah mak bapa dia. Huwaa aku dah geletar tangan dan kaki tau masa tu. Singgah sekejap lepas minum dan bersembang dengan mak dia, dia hantar balik. Sekali sampai rumah sewa, dia keluarkan 1 guni buah durian untuk aku hasil kebun buah-buahan keluarga dia. Eh bila masa lah pulak dia ngangkut dalam bonet kereta dia. Patutlah kereta bau durian je. Dah dapat makan kat rumah, dapat oleh-oleh bawa balik lagi. Bestnya. Apa lagi aku ajak lah Kak uda dan kak Mar makan. Kak uda tak habis-habis mengusik aku wah... baguslah dating dengan orang ada kebun buah-buahan ni. Kalau jadi  dengan dia gerentilah dapat makan durian selalu. Aku sengeh je... bila asyik kena usik. Bila habis cuti dia di Semenanjung, dia pun balik serawak. Entah macamana hubungan kami tak berpanjangan. Orang kata tak ada jodoh. Dia akhirnya kahwin dengan orang sana yang merupakan adik staff dia di Kem. Apa lagi hubungan jarak jauh kan. Apa pun semuga dia berbahagia hendaknya. Bila tenguk durian aku teringat kat dia sebab dapat satu guni besor ko durian. Memang beberapa hari tu kita orang melantak durian yang dia beri. Apa pun itu memori lama aku zaman dolu-dolu.

Masa tahun 2013 aku pernah buat pemantauan ke Hospital Bentong dengan Hospital Raub. Dan kebetulan masa tu musim Durian. Apa lagi selesai je urusan di hospital sebelum balik KL ajaklah driver singgah kat gerai buah Durian kat Raub. Ada lah pulak Durian Musang King. Fuh mahal harganya tapi dek kerana teringin kita orang beli sebiji untuk rasa. emm memang sedap dan lemak berkrim. Aku tak reti nak ulas kreterianya macamana. Aku bukannya pandai bab food tester bagai ni. Ikut layan tekak aku jelah. Kalau sedap lemak dan berkrim hah sodap le tu. hehehe        

Lepas tu ada sekali tu tahun bila aku dah lupa, aku ada bengkel kat Air Keroh dan kebetulan pula Bahagian Patologi buat bengkel kat A farmosa dan menjemput kami datang. Jadi aku, Doktor Ali serta Matron Zaitun pergilah ke A Farmosa hadiri bengkel patologi tu. Selesai ja semasa nak balik ke Tol Simpang 4, lalu lah kebun buah durian. Kebetulan masa tu musim Durian apa lagilah... aku  tanya Doktor Ali taknak singgah ke? Almaklum aku tumpang kereta dia. hah apa lagi Doktor kata ok ...wah seronoknya..., kita orang makan sampai kenyang, aku belanja. Lepas tu tak cukup lagi Doktor beli lagi beberapa biji untuk anak-anak dia. Jadi semerbak kereta Doktor Ali bau durian sampai ke air Keroh.   
     
Kalau dapat buah merimbun sampai bawah macam ni fuh syioknya. jangan jatuh di timpa buah udah le

Ada sekali tu aku dan kak uda telah di pelawa oleh kawan kak uda pergi ke kebun buah-buahan dia.  Kebun dia  jauh masuk estet, jalan menghala ke Muadzam Shah. Bestnya bila dengar buah  durian gugur. Siap ada pondok dan boleh memasak lagi kat pondok tu. Selain daripada durian ada mangis dan rambutan. Kak zizah siap masakkan kita orang lauk ayam masak tempoyak. Layan dalam kebun buah emmm memang sedap je lah. Durian fresh dari ladang ko. Orang kata buat tempoyak ni sebenarnya bukannya dari lebihan buah durian tetapi isi buah durian yang baik barulah dapat tempoyak yang baik dan sedap. Sejak jadi warga Segamat, aku pun terer makan tempoyak. Bila balik muar bawa tempoyak Kak Piah layan makan nasi, cuma aku sorang je yang ngadap orang lain tak reti.... hah rugi-rugi tak pandai makan tempoyak.   sodap wa cakap beb.... opss posa... hehehe itu lah memori aku bersama durian hehehe