Thursday, April 1, 2021

20 tempat menarik di Muar dan Tangkak

 𝟐𝟎 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐌𝐮𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟏


Tempat menarik di Muar memang tidak sebanyak dan sebagus di Selangor, Sarawak ataupun Kuala Lumpur. Akan tetapi Muar juga menyajikan beberapa tempat berlibur yang seronok serta sayang jika dilewatkan ketika berkunjung ke Muar.
Berikut ini kami sajikan beberapa tempat percutian menarik di Muar yang bisa anda kunjungi ketika berada di Muar Malaysia. Enjoy!

Rupa-rupanya banyak juga tempat femes kat muo ya. Apa lagi sekarang macam-macam tarikan yang di wujudkan di Tanjung Emas. Malahan di seberang sungai Tanjung Agas pun dah siap rekrasi berhampiran dengan masjid ke 2. Kalau pergi malam lagi happenning. Aku je yang ketinggalan erl.


1. Street art muar

Street art muar ni banyak tempat. Di balik lorong belakang di belakang kedai-kedai bangunan lama di hias cantik dengan lukisan street art yang pelbagai corak. Masa aku bawa kawan-kawan hari tu kami pergi tempat area uptown untuk pekena cendul. Kalau nak carik lagi street art ni rasanya kena jelajah seluruh jalan di bandor muo tu lah.



2. Tanjung ketapang ( Tempat untuk tgk Sunset)

Lama tak pergi Tanjung Ketapang. Tanjung ketapang ni sebelah Tanjung Emas. Memang tempat lepak orang-orang muo petang-petang. Kalau dulu nak tenguk monyet memang pi tanjung ketapang banyak monyet bergayutan. Tapi lah ni tak yah pi tanjung Ketapang kat rumah kampung pun banyak. Habis buah mangga kat rumah Mak kena kidnap si monyet anak beranak. Kira sedekah je lah kat cik Nyet. Bapak Nyet garang dia standby je berhampiran bila anak-anak dia gotong royong membaham buah mangga. halau-halau eh buat dek je. Agaknya kat hutan tu dah habis makanan agaknya tu yang sampai keluar ke pekan.


3. DataranTanjung Emas
Ni masa aku bawa kawan-kawan lepak kat bandor muo




4. Muar Rivers Cruise

Dah lama ada tapi belum naik lagi. Nanti lah kalau ke tanjung boleh lah mencuba cruise ni. Orang luar dah naik orang kampung juga tak dan nak naik.


5. Bukit Mor (Tempat terbaik utk lihat Sunrise)
Tahu bukit mor tapi tak pernahnya sampai naik ke atas bukit dia. Entah mana lah jalan masuk nak ke bukit mor tu. Kena riki lagi ni.



6. Gunung Ledang, Tangkak


Ni tenguk gunung ledang dari sawah ring. Dulu kalau pergi gersik memang lalu sawah ring ni. Kalau nasib baik dapat tenguk padi menguning kalau tak tenguk gunung ledang yang tersergam indah.


7. Air Terjun Sagil, Tangkak

Air terjun ni sebenarnya di kaki gunung ledang. Tempat femes orang muo pi mandi air terjun. Masa kerja kat Segamat dulu pernah le naik bas lepas tu jalan kaki masuk ke dalam hanya kerana nak mandi air terjun. Petang balik segamat semula setelah puas piknik dan mandi-manda kat air terjun. Air dia sejuk. Kalau baru lepas hujan lagi lah air dia menderu-deru lajunya. Tapi hati-hati lah ya mandi kat situ sebab puteri gunung Ledang sentiasa menjaga kawasannya daripada melakukan perbuatan maksiat.


8. Pantai Leka

Pantai Leka ni terletak di Parit Jawa. Pernah pergi ke parit jawa masa carik asam pedas tapi tak terfikir pun nak ke pantai Leka padahal dah dekat je tu. Bila tenguk gambar eh lawo pulak. Boleh tenguk matahari tengelam dan naik juga tempat lepak tenguk laut.


9. Masjid Jamek Sultan Ibrahim


Masjid yang cantik di bandar Muo. Sekarang di seberangnya dah ada masjid ke 2.


10. Kopi 434 Sai Kee (buka smpi kul 6 ptg sahaja)


Kedai kopi terfemes di Muo. Berabad juga rasanya umur dia. Sekarang boleh nikmati keenakkan kopi dia di kedai yang terletak berhadapan dengan bus stand bentayan.

11. Sate muar


Orang selalu menikmati satay di petang atau malam hari tapi muar femes sarapan satay pagi-pagi. Masa aku kerja di pejabat kesihatan yang terletak didalam kawasan bandar, jalan kaki je pergi kat tempat makan boleh sarapan satay dengan mee rebus. Satay ayam, satay lembu dan best satay perut. Sodap.

12. Mee Bandung Muar


Hah lagi satu mee bandung. Kalau datang muar tak pekena mee bandung memang tak sah le jalan-jalan hangpa ke muar. Apa lagi banyak je kedai yang menjual mee bandung, kalau tak pasti pergi ke Tanjung Mas kat foot court kat situ ada macam-macam jenis mee bandung. hehe jangan lupa juga pekena rojak petis tau. Kalau ada abc hah lagi syiok.


13. PPT Muar Hotel


Ni style hotel kontena. Kat area Bakri Batu 1 jalan Bakri. Selalu nampak hotel ni. Lain kali lah nak cuba.


14. Kampung Sawah Ring, Tangkak


Sawah padi di muar. Pemandangan cantik sebab boleh nampak gunung ledang di belakangnya. Kadang jadi tempat port pengantin posing berlatar belakang kan gunung ledang.

15. Medan Selera Muar Bas stand Bentayan


Ni malam-malam ni memang happening apa lagi boleh jalan-jalan carik makan. Banyak gerai sorong menjual pelbagai juadah dan makanan. Kawasan tu pada siang hari merupakan tempat perhentian bas. Bila pukul 6 je kereta sorong mula muncul dan meja-meja makan mula di keluarkan. Hah nak makan apa pilih lah kedai yang berkenan di hati.

16. Jalan Pesta Muar (Tempat cafe hipster)
Ex: The Alley, Mykori, Family mart, Black whale, Selguk cafe, Starbucks etc.

Jalan pesta ni banyak bangunan kedai baru di buka. Kadang tersesat kat situ pergh macam-macam rupanya ada kat situ. Sesekali kena terjah juga ni.

17. Desa Keroma Eco Resort


Resort ni dah pernah pergi dan bermalam. Tempatnya tersorok sikit dari jalan besar. Best sebab masa kami pergi takde orang dan kolam renang jadi hak mutlak kami ber5. hehehehe berendam bagai dugong mendapat air. hahahaha

18. Galeri Darurat bukit kepong



Kalau tenguk peristiwa bukit kepong hah boleh lah pi galeri ni. Aku pun belum pernah sampai lagi kwang kwang kwang.


19. Kolam Air Panas Sungai Gersik



Ni dekat kawasan parit Jawa. Baru aku tahu padahal kolam tu dah lama ada. Selalu pergi Bemban kat melaka sebab dekat dengan tangkak. Lain kali kena ajak kakak lah cuba kat sini pula. Bagus berendam air panas ni nanti banyak angin dalam badan aku boleh keluar. Rasa badan ringan je selepas berendam dalam air panas. Tapi lepas tu memang ngantuk.

20. Uptown Maharani




Tempat shoping macam-macam barang waktu malam-malam. Macam-macam ada tapi belum sempat nak terjah malam-malam. 


Agaknya banyak lagi tempat menarik kat muar ni. Tu lah kena survey lagi tempat-tempat menarik di muar. Masalahnya kalau balik bila dah berkumpul adik beradik lagi seronok bersembang dengan mereka daripada berjalan-jalan kat kawasan bando. 


Kredit FB  Hjh Jamaliah's kitchen

15 comments:

  1. Ala kak, rindu Muor la bila baca entry ni. Memang selalu orang kampung situ yang tak sampai sebab dah balik Muar kang sibuk nak jumpa sedara mara la,nak ziarah kubur la. Terus lupa playing tourist. Dari 20 list ni rasanya 10 je dah sampai. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan akak pun sebenornya dah rindu nak balik kampung jadi bila up tentang muo terubat rindu nak balik kampung. huhuhu orang lain macam-macam alasan nak rentas negeri kita je dok senyap2 tak berani nak rentas negeri nanti kena saman 10,000 sapa nak bayo. Nelopa lain le duit kepuk2

      Delete
    2. Jangan kak. Tak berbaloi wei

      Delete
    3. Memang lerrr tak berbaloi sebab tu bengang je dengan puak kayangan ni yang boleh ke sana ke sini ke sana ke sini. Kita tak berani ler yang nanti rosak reputasi kita sebagai penjawat awam dan kena tindakan disiplin tau. Dijauhkan le. Taknak nanti blacklist nama tengan sabau je ni sehingga sempadan negeri di buka. Mudahan Tahun ni dapat berkumpul beraya bersama kakak2 tersayang keluarga tercinta. Aamiin

      Delete
    4. Haah ye, penjawat awam boleh rosak record kalau kantoi. Golongan kayangan tu mana kisah, dia banyak duit nak bayar denda

      Delete
  2. BANYAK TEMPAT MENARIKDI MUAR DULU2 PERNAH SAMPAI SEKALI CARI DUYAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah macam-macam sis. wah kiranya femes ya duyan muo. Setau saya duyan segamat lagi femes dan sodap. Kalau musim doyan orang singapore duyun2 datang segamat.

      Delete
  3. bolehlah jalan2 ke Muar & Tangkak..byk tempat menarik..paling best bab makan2..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom jom sila dah datang ke muar ada banyak tempat menarik dan menawan serta makanan yang lazat-lazat. Jemputlah singgah ya

      Delete
  4. mugo dimakbulkan impian ahkak notie dpt photoshoot wedding nnti kat sawah padi yg luas menghijau itttewww., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh wak capek dong masuk semak nanti ada ular melingkor atas pagau

      Delete
  5. Jiran terdekat Melaka. Saya pun ada sedara mara di Muar. Orang Melaka panggil MUAU. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo orang melaka rupanya . kakak dan adik-adik ada dok melaka.

      Delete
  6. uish banyak jugak ehhh nak diterjah disana.. saya pergi sana makan sate jela hehe..
    pepagi kan makan satee jangan memain hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sarapan pagi makan sate. Jom jom datang muo

      Delete