Sunday, February 16, 2014

Petua mengurangkan penyakit DarahTinggi





Assalamualaikum,

Aduhaiii sejak semenjak ni memang stress je kerja. Nak siapkan report lagi. Nak tenguk data tally ke tidak. huhuhuhu memang terasa tension sangat. Member-member dah ramai yang join the club darah tinggi. Orang kalau boleh sedaya upaya tak nak terjebak sebab nanti terikat dengan makan pill darah tinggi seumur hidup. huhuhu seboleh-boleh kawal je perasaan tension ni dari sampai meletup. Kalau di fikirkan kerja banyak memang setiap awal tahun memang kerja banyak, nak siapkan report tahunan tapi masih boleh tahan lagi. Yang tak tahan tu asyik kena presure dari pegawai atasan je setiap hari tu yang tak tahan. Depa ingat kita ni robot ke nak je data terus siap. Kita ni manusia lah ada hati dan perasaan. Lambat je kena marah. Aduhaiiiii cubalah untuk memahami kerja staf bawahan ua tuan besar. Jangan ko fikir ko ada kuasa suka-suka hati je nak tekan orang bawahan. Ingat Kuasa ko besar sangat sehingga mengatasi kuasa Allah. Hah kan dah mula lah aku nak membebel ni.... aduhaiii

Oklah nak share untuk diri sendiri dan juga kengkawan semua. Apa pun sedang cuba mengawal perasaan dari pada meletup. huwaaaaaaa    


Petua Untuk Mengurangkan Penyakit Darah Tinggi

Pilihan 1: Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan 1 sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum sehari sekali.

Pilihan 2: Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. Tapis dan minum setiap hari.

Pilihan 3: Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu.

Pilihan 4: Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.

Pilihan 5: Minum air rebusan pokok ‘Hempedu Bumi Pokok Cerita’. Amalkan selalu.

Pilihan 6: Amalkan untuk meminum air rebusan daun Pokok ‘Ati-Ati’.

Pilihan 7: Makan biji buah Peria.

Pilihan 8: Amalkan untuk memakan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.

Pilihan 9: Minum air rebusan pokok 'Dukung Anak'.

Pilihan 10: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.

Pilihan 11: Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal 1/2 gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

Pilihan 12: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, anda juga boleh merebusnya.

Pilihan 13: Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai dan basuh bersih. Seterusnya, masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin ramuan ini sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu, anda embunkan sehingga pagi. Amalkan selama 3 hari.


Pss. ni aku ambil dari Info sihat wanita.

Tuesday, February 11, 2014

Aktiviti bersama keluarga


Assalamualaikum,

 Alhamdulillah, cuti raya cina baru-baru ni kita orang dapat berkumpul beramai-ramai. Kali ni kitaorang cuba nak menyemarakkan lagi ukhwah silaturahim 3 generasi keluarga berkumpul. Ianya berjaya dan insha Allah akan dijadikan acara tahunan pula. Tu pun dah ada yang berangan nak buat kat tepi pantai. Lepas seronok sukaneka mandi laut dan malam buat BBQ pula. Berangan je dulu kemudian baru plan. Biasakle keluarga ramai ni kena plan dulu ikut kesesuaian family lain barulah boleh gather2gather beramai-ramai. Kalau tak nanti ada je yang tercicir.

  Ok ikut perancangan selepas solat jumaat, buat tahlil kecil-kecilan. Selepas tahlil, makan beramai-ramai dimana masakan yang dimasak secara potluck. Selepas tu acara sukaneka yang dijalankan setelah solat Asar. Tang sukaneka semuanya seronok. Malahan orang kat depan gerai makan depan sampai tertoleh-toleh melihat kami bersukaneka.

Tahlil adik beradik je 


 Ketam black peper import dari JB
Rendang ayam import dari Rawang



Amboiii Mak Long posing nampak. hehehe yang tudung kelabu tu akak aku yang sulong.

Semua dah lapar sebab dah terlajak makan tengahari dah nak masuk petang. Jadi apa lagi habis je tahlil semua serbu ke dapur menikmati juadah yang simple tapi sebab makan beramai-ramai jadi sedap dan menambah-nambah lagi. hahahaha padahal dah kebulur lambat lunch.


 Mak dan anak pun dah sama je tingginya. 


Semua pun tekun makan..sambil tenguk tv. Macam-macam gaya ada. Menikmati hidangan yang simple tapi sebab makan beramai-ramai ianya jadi sedap.


Lepas tu persiapan untuk sukaneka pula. Game yang pertama ialah cari gula-gula dalam tepung. Wah semangat sungguh yang kecil-kecil nak main sukaneka. Game takdelah orang kata serius sangat macam dalam sukan sebab saje suka-suka. Jadi nak menang punya pasal ada juga yang menolong. Tapi gelihati juga melihat mereka berlawan. Semangat sungguh nak menang.

          Hah tiup lagi Fahmi, kasi keluar semua gula-gula. Sampai tertongeng-tonggeng para peserta.

Penuh muka bersememeh dengan tepung.


Yang menang seronok dapat hadiah. Ni cucu saudara dari Parit Sulong Batu Pahat. 
Selepas acara budak lelaki, budak perempuan pula. kali ni isi air dalam  botol mengunakan span.

Kesian Ain, anak ke2 adik aku yang Bungsu. Sampaikan ayahnya tolong penuhkan. Hahahaha mane aci orang Parit Sulong laju je menang. Yang baju merah tu tukang kacau. Tu yang kita orang gelak je. 
  
Yang si cilik pula game mencari selipar. Yang penuh ni sebab anak and bapa dok tolong. Yang lain dok kerumun. 
Acara orang lelaki pula ialah berjalan pakai tempurung kelapa. Yang kelakor tu sampai ada pecah tempurung kelapanya. Aduhaiii ganas sungguh kaum bapa ya.


Ni lagi best, sessi tayang-tayang hadiah gasi gempak lagi para peserta.
Oleh kerana satu tempurung dah pecah kaum ibu hanya 4 peserta sahaja yang mengambil bahagian.   

Acara makan buah lagi kelakor. Kaum bapa dan ibu mengambil bahagian. Macam-macam gaya ada. Ada yang tangan2 tak berkenaan tolong pegangkan lah. Hah ni pakai lengan lagi. Yang abang aku pulak nasib baik gigi palsu dia tak tertanggal kat buah Lai ni kalau tak memang 5 tahun edisi lawak tak akan hilang dek kena gelakkan anak buahnya yang ramai tu.


Ni pula acara makan  nugget lepas tu kena habiskan air kotak. Kesian Humaira anak adik yang no 3. Mula-mula masa makan nugget dia yang awal sampai ke tempat air kotak, tapi sebab kena habiskan air kotak sampai berdarah giginya dok nak paksa habiskan nugget. Acara ni menjadi gempak sebab dapat duit kalau menang. Jadi oleh kerana Humairah sampai cedera jadi dapat hadiah kecederaan walaupun kalah. Hadiah kesian oleh makcik2nya.
 
Hadiah yang menjadi rebutan

hahahaha memang kelakor melihat cucu saudara aku terkepit2 bawa belon.

Tapi yang tak tahan ni hah anak buah aku yang sulong dah macam kembar 6 je gayanya. 

Ni acara passing belon berisi air. Masa dekat oklah bila dah jauh hah semuanya lencun bila belon pecah di tangan. 

Setelah selesai terselit acara potong kek sebab 1 Feb harijadi akak aku norliah. Sekali bila di tanya siapa birthday bulan 1 dan 2 wah ramai pulak. Mak, anak dan cucu. 

Acara bergambar beramai-ramai. Ni belum semua ada 3 family tak dapat join sebab balik kedah dan kena kerja.
                                              11 adik beradik berkumpul bersama-sama. 

Masa ni Abang aku je yang tercicir entah kemana dia menghilang selepas acara makan buah lai tadi. Yang anak buahnya nakal kata Pak nasir pi repair gigi palsunya. Aduhaiiii nasib dia tak dengar usikan anak buahnya yang ramai dan nakal ni. Acara banyak menang orang Parit Sulong Batu Pahat iaitu kaum keluarga Akak aku yang sulong. Yang lain ramai dok kat bandor dah tanam azam tahun depan kena usaha lebeh lagi supaya dapat kalahkan orang kampung. Orang bandor tak biasa kerja lasak jadi tu yang lambat dan kalahlah.   


Alahaiiiiii budak-budak ni ada lebehan tepung diorang pergi simbah-simbah pulaknya. Nakal sungguh budak-budak ni.

 Acara berakhir pukul 6 lebeh. Masing-masing gembira dan puas hati sebab walaupun kalah tetap dapat hadiah walaupun hanya air kotak dan gula-gula. Seronok sebab dapat mengeratkan lagi talian persaudaraan. Maklumlah masing-masing bukannya duduk dekat ada yang kat JB, Batu Pahat, Rawang, Putrajaya, KL, Melaka, Tangkak jadi perhimpunan keluarga ini yang pertama kali dibuat memang sangat mengembirakan hati semua. Malahan dah ada cadangan nak buat acara tahunan pula. Kali ni kena buat AJK hadiah serta AJK permainan pula. Apa pun syukur alhamdulillah kami adik beradik dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Kenapa semasa Aruah mak masih ada lagi kami tak buat macam ni kan? Al Fatihah buat kedua orang tua kami.