Wednesday, December 25, 2013

Pelamin bagaikan kat I-City


Assalamualaikum,

Amacam cantik tak pelamin atas tu. Huhuhu geram sungguh bagaikan dalam taman. Sebenarnya minggu lepas 21hb Disember 2013 kak lela kahwinkan anaknya si fahrul. Oleh kerana anak yang bungsu dan kiranya majlis perkahwinan akhir dalam keluarga kak lela, jadi semua adik beradik aku pakat nak datang dan sekali semuanya balik kampung. Jadi hari Jumaat selepas habis kerja aku pun terus zoom balik Muor. Dan hari sabtunya aku ikut Kak Ijah dan Abang win pergi ke majlis tersebut. Sempat lagi tu singgah kat Batu 5 beli Ubi. Sebab habis je majlis pengantin petang tu, adik beradik aku dah pakat nak gotong royong kerjakan buah rambutan yang kiranya gelombang kedua. hehehe Kali ni buah rambutan masak tak sama, gelombang pertama hari tu rambutan gading, pulasan dan rambutan budak sekolah. Kali ni rambutan gula batu ja yang tinggal dan sedikit pulasan. Ok sambung balik cerita majlis perkahwinan.

  Pelaminnya begitu cantik dengan warna-warni bersilih-ganti bagaikan berada di I-city lah pulak. Tak payah jauh-jauh hah kat muor je ni hah Icity buatan orang Muor. Sampaikan gambar adik aku Faizol posing dengan familynya, aku ambil sampai 4 kali tetapi dengan warna yang berbeza. Tak pastilah pula berapa kali warna bertukar, tapi aku paling suka yang diatas sekali. Ala-ala biru ke purple gitu.

                                                            Warna kemerahan lah pulak.

                                                           Warna kehijauan

Warna pink

                                                                   Warna kuning

                                                Bunga manggar pula daripada gula-gula

 Semasa duduk kat dalam sementara menunggu pengantin sampai, sambil bersembang dengan akak-akak aku, tiba-tiba muncul mak Masniah. Ya Allah sukanya aku sebab dah lama aku tak jumpa Makcik Ros. Rasanya dah 10 tahun juga lah sebab kali akhir masa aku nak pindah ke KL jumpa Makcik Ros dengan Adik Mas iaitu Bahari kat kedai Ah Ta belanja barang dapur. Lepas tu sejak dah jumpa Mas kat FB memang teringin nak jumpa mak Mas ni akhirnya jumpa kat rumah Kak Lela. Alahaiiiii keciknya dunia.


 Pengantin sedang di tepung tawarkan. Emmm mana ada pakai tepung, pakai bunga rampai je lah. Emm kena tukar ayat ni, pengantin di bunga rampaikan. hehehehe boleh gitu.

  Selesai acara menrenjis air mawar dan ditabur bunga rampai, acara baling-balingan. Emm itu saje suka-suka nak meriahkan majlis. Ikutkan tak baik kan duit siling dan gula-gula  di tabur-taburkan. Macam baling-baling rezeki je. Walaupun nilainya kecil masih lagi ada maruahnya kalau tak ada duit kecil masih boleh dipakai lagi. Gula-gula tu kan benda makanan ada pulak di campak-campak. Tenguk aje lah.

  Pengantin tersenyum bahagia. Org Johor(pengantin lelaki) bertemu Orang Perak (pengantin perempuan) di Pahang(tempat kerja).

 Akhir sekali sebelum kita orang balik setelah acara pengantin bersanding selesai, anak, cucu, cicit Wak Dollah, beramai-ramai bergambar bersama. Apa lagi tempatnya cantik walaupun tak semua tapi seronok dapat berkumpul beramai-ramai. Semuga pengantin kekal berbahagia sehingga Jannah. Amin

Petua menghilangkan batuk


Assalamualaikum,

Ni dapat dari kawan. Tak pastilah mujarab atau tidak sebab banyak juga cara atau petua nak menghilangkan batuk. Tapi pernah dulu kena batuk yang lama sungguh nak baik. Sampaikan makan ubat batuk dah habis berapa banyak botol dah tak kira dah. Jenama pun macam-macam sampai dah tak tahu nak baik macamana. Breacol tak jalan. Ubat ibu dan anak tak jalan. Hurix pun tak jalan. Hacks ke strepsil ke pun tak jalan juga. Yang tak tahan tu kalau dah batuk tu sampai boleh terkencing-kencing tau sebab dek teruknya batuk. Aduhaiiiii masa tu dah tak tahu nak buat macamana nak baikkan batuk. Jadi cubalah petua ini. Nampaknya ok lah pulak. Tapi takdelah makan je terus hilang. Rasanya dalam 1-2 hari baru hilang. Kiranya mujarab juga lah ya.

Mula-mula kena beli limau lah ya. emm tenguk buah limau yang masak ranum ni pun, orang dah kecur. hahahaha.  Apadaaaa. Ok kita potong limau tu suku seperti  gambar diatas. Lepas tu letak 1/2 sudu kecil garam dalam limau tersebut. Letakkan balik part atas yang dah potong tadi atasnya. Lepas tu steam limau tersebut dalam 20 minit gitu. Dah steam bolehlah makan limau didalamnya. Korek isi limau yang bercampur garam didalamnya dan makan limau tersebut. Rasa dah kureng sikit kut sebab dah ada garam lepas tu steam lagi. Apa pun kalau ubat mane ada yang sedap. Yo tak?  


                                   
                                            Letak sesudu teh garam halus didalamnya.


                            Letak dalam mangkuk dan steam limau tersebut selama 20 minit.

                                                   

 Korek isinya dan makan. Rasanya dah payau sikit kut sebab letak garam dalamnya dan kemudian steam lagi. Apa pun kuranglah juga batuk. Cubalah. Tapi tak janjilah ya. Nasib-nasib juga ubat ni. Ada orang yang rasi ada orang yang tak rasi. terpulang. Tapi ikhtiar je dulu. Tak jadi cubalah petua lain. apa susah pakcik google kan ado. Zas jelah ya.

Thursday, December 19, 2013

Bengkel Error Rate di Avilion Admiral Cove PD



Assalamualaikum,

 Bengkel ni sebenornya berlangsung pada bulan Oktober yang lalu. Nama aku mula-mula tak naik, sekali oleh kerana ramai senarai nama yang cancel disebabkan kekurangan budget, maklumle dah hujung tahunkan dan kekurangan orang nak buat coding jadi kenalah pergi. Terdapat 36,000 data sample tu nak kena buat coding dengan anggaran 50 orang coders termasuk verifier 1 dan 2. Jadi hari ahad selepas majlis kenduri kahwin anak Kak Ila, aku pun terus zoom ke PD. Masa keluar rumah tu dah nampak cuaca mendung sekali sampai kat Seremban dan sepanjang highway ke PD hujan turun dengan lebatnya sampaikan tak nampak jalan. Jadi slow2 aku bawa bluwy sambil kumat-kamit berdoa supaya selamat sampai ke distinasi yang dituju. Lepas hujan dah redan, sampai kat roundabout aku dah salah jalan. Sepatutnya ke kanan tapi aku ke kiri pulaknya. Ingatkan hotel tu dekat dengan Teluk Kemang rupanya ianya berdekatan dengan hospital PD. Jalan-jalan ait apasal tak nampak signboard Avillion ni. Dulu pergi naik transport Jabatan jadi, tak perasan le jalannya. Sekali dah nak masuk melaka dan semakin sunyi jalan lorrrr mane ni? Talipon kak temah rupanya huawaaaa aku makan langsat. Sadis sungguh.

                                 Ni para operator yang akan memasukan data yang telah di coding

   Buku ICD 10 3 vollume dah macam kamus Dewan. Malam pertama lagi dah mula coding sebab kalau tak mula bila masanya nak menghabiskan sample yang menimbun2 tu hah. huhuhuhu Berpinar-pinar mata membuatnya.


 Ni meja kumpulan 1. Oleh kerana kekurangan coders verifier 2 kena tolong buat coding juga. Bila verifiers 1 dah start buat kerja baru verifiers 2 selesaikan. Coders dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lepas tu 3 orang verifiers 1 dan seorang verifiers 2.
   Selain daripada volume 1, 2 dan 3 ada lagi satu yang femes iaitu volume 4. Ni orang kat rekod memang tahu lah volume 4 tu apa.

                                           Masing-masing pun kyusuk je buat semuanya.

 Hari Isnin sepanjang hari menghabiskan coding. Verifiers 1 dah mula pula kerjanya. Petang tu sempat lah juga bawa Arifah dan Kak kamariah ke Teluk Kemang. Beli oleh-oleh untuk orang di rumah. Manakala hari Selasa pula aku bawa orang Serawak pula membeli-belah kat Teluk Kemang lagi.

                                       Ada kuda lah pulak masa hari Isnin tak nampak pun.

  Entah apa saje lah si Ivy dok ngok ngek dengan Monica dan Fauziah. Hepey je keluar dengan mereka. Yalah setelah seharian buat coding. Ikutkan petang tu ada buat senam robik tapi kita orang cabut keluar jalan-jalan cari pasal. Sempat lagi tu pi cari kedai runcit ada kiriman dari member lain.

  Hari ke 3 dah rehat dah sebab coders dah banyak selesaikan sample. Tinggal verifiers 1 dan 2 pulak yang dok pulun kerja mereka pulak. Selalunya kalau buat error rate ni memang yang mula yang teruk tapi hari akhir dah boleh lepak2 dah.

 Suasana pantai Teluk Kemang yang indah. Hari bekerja kan mana ramai orang lainlah kalau hari Minggu cuti sekolah mesti ramai orang.
  Kali ni aku bawa orang HKL lah pula pi Teluk Kemang. Huh sakan sungguh aku sampai 3 hari berturut-turut ke Teluk Kemang. Ala bawa kengkawan yang jauh. Petang tu pun escape juga dari senam robik. hehehehe, Dan setiap kali balik dari Teluk Kemang je kita orang tunggu sunset lepas tu makan malam sebelum malamnya sambung lagi.

   Posing depan pintu masuk. Masa ni takde kereta nak masuk. Sekali sedang syiok posing pelbagai gaya sekali lalu kereta waja alaa bos depa berdua dan juga exboss aku dulu sebelum En Azmi naik pangkat dan pindah HKL. Apa lagi lah kelam-kabut cepat2 balik. hehehehe malu deh berposing bagai nak rak.
                                                                     Ni Verifiers 2
                                      Verifires 1 dok pulun sebab banyak sangat yang eror.
 Ni coders kumpulan 1. Latifah sebenarnya sepatutnya jadi verifiers 1 tapi aku yang jadi batu api suruh dia jadi coders sahaja sebab coders cepat siap. Cepat dapat rehat. hahahaha

   Sample yang dah siap di coding dan dah dimasukkan dalam pc oleh operator yang bertugas.
                       Ni dah nak balik. Semua hepey je dah nak balik tempat masing-masing.
      Ni operator yang bertugas merangkap  urusetia bengkel. Apa pun sesekali kerja di tempat best walaupun tension sebab banyak buat coding tetap enjoy sebab tempat best dan cantik, makan pun ok, tempat tidur pun memang selesa. Semua pun balik dengan gembira sebab dapat siapkan kerja walaupun untuk analisa hanya dapat siapkan satu state je sebab verifiers 2 dok pulun sampai akhir sebab banyak eror. Apa pun kita tetap enjoy.

Kenali secara lahiriah Rasullullah SAW



Assalamualaikum,

Ni aku dapat info dari member buat renungan bersama. 


MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR!

KENALI SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

 Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
 Aku melihat cahaya dari lidahnya..
 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
 Wajahnya seperti bulan purnama.
 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
 Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli  di bahagian sudut.
 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
 Janggutnya penuh dan tebal menawan.
 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
 Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
 Rambutnya sedikit ikal.
 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
 Rambutnya terbelah di tengah.
 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
 Seimbang antara kedua bahunya.
 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat  air.
 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
 Warna putihnya lebih banyak.
 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
 Warna kulitnya putih tapi sihat.
 Kulitnya putih lagi bercahaya.
 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
 Badannya tidak gemuk.
 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran
  sederhana lagi kacak.
 Perutnya tidak buncit.
 Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
  baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang zaman.

Semulia-mulia insan di dunia...
untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut
bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
 "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya
masih penuh kecemasan.
 "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
 "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
 "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan  lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya
Rasulullah kepada kita.

Ps: Di pagi hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama pelbanyakan berselawat  keatas Nabi Muhamad SAW. Al-fatihah buat semua para Rasul, para Nabi juga sekelian umat Islam yang telah meninggal dunia.  

Monday, December 16, 2013

Sang suria menghilangkan diri di Admiral Avillion Cove, PD



Assalamualaikum,

 Penghujung bulan Oktober sekali lagi aku menjejakkan kaki kat Admiral Avillion PD buat kali ke 2. Kali ni gie bengkel pula anjuran pejabat. 4 H3M berkubang kat situ. Huh kata je berkubang mandi kat kolam renang dia pun idak ye. Tapi sempat lah tembak waktu matahari terbenam dan kali ni memang owesem ye sebab warna kebiruan berserta kekuningan yang melatari langit begitu cantik sekali bagi aku. Ya Allah begitu indahnya ciptaan Allah SWT.  Ok layan ye.

Hari ke 2



              Kawasan Kolam renang berkilauan dengan pancaran lampu dan warna alam.




                                                                             Hari ke 3


   Ni model entreprem sebab time aku posing cahaya flash tak nak keluar jadi gambar belakang je terang muka tak nampak tapi bila tang member aku berdua ni posing entah macamana keluar cahaya flash pulak. huhuhu jadi nampaklah muka yang masing-masing berkilat-kilat sebab baru balik dari Teluk Kemang sambil tu dok busy posing sementara matahari terbenam sebelum makan malam. Lagi pun petang tu last sebelum besoknya kita orang balik.

Friday, December 13, 2013

5 Perkara Aneh

Subject: KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika
dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu
malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar
dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,
pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau
sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan
harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku
hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat
dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia
pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah
mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas
Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu
berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak
boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara
itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong
sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat
daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam
bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia
bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas
lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku
telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam
mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama
engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi
pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah
itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap
akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka
usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri
kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan
kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang
Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita
kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia benar.