Mohon baca hingga habis, hadam dan amalkan….. moga dpt manafaat….
Assalamualaikum saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kidney fighter semua...
Take care of our own kidney.
- Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.
Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.
Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan untuk datang 'melabur' di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' untuk pelaburan yang sangat menguntungkan ini.
Persoalan di sini...
Kenapa orang Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ 'vulnerable' untuk dapat sakit buah pinggang?
Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.
Jawapannya...PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.
Ya... pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yang terlalu banyak sumber 'ANIMAL PROTEIN'.
Setiap hari kita makan 3 kali sehari... dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan 'Animal Protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu... "buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan macam ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara untuk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu:
1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.
2. Kawal pengambilan protein haiwan.
Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?
Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Enau@Kabung).
Kurangkan beban kidney dengan:
1. KURANGKAN MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.
Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:
1. Kerap tahan kencing.
2. Kurang minum air.
3. Suka makan makanan masin.
4. Suka minum minuman bergas.
5. Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
7. Kerap makan pil tahan sakit.
8. Obesiti.
9. Alkohol.
10. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.
KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW.
Buah pinggang kita amanah Allah. Jangan jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.
Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya untuk tidak minum sambil berdiri? Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebagai penyaring Sfringer
Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis kerana tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yang dapat menyebabkan penyakit buah pinggang.
Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina
Kredit Wasap Group Sekolah
Assalamualaikum,
Menakutkan kan bila kita baca ni. Tapi ianya memang benar sebab daripada data yang pihak KKM kumpulkan memang trend penyakit sekarang iaitu sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan sekarang buah pinggang tidak berfungsi semakin bertambah tahun demi tahun.
Pada tahun lepas ada kawan sekolah yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang dan kena buat dialisis meninggal dunia semasa sedang menjalani rawatan dialisis di Klinik di Kluang. Sedih bila kami mendapat perkabaran daripada adik Aruah.
Manakala anak saudara selalu bercerita mengenai mak mertuanya yang setiap minggu kena menjalani dialisis. Dan baru-baru ni anak saudara serta suami dan anak bungsunya menunaikan umrah di Mekah. Mak mertuanya tak boleh terima bila dihantar ke rumah anaknya yang lain. Kata dia macam kena buang sana sini je. Anak saudara sedih lah sebab mak mertua selesa tinggal di rumah dia daripada rumah anaknya yang lain. Dan selalunya suami dia yang uruskan maknya semasa jalani dialisis setiap minggu. Ni dah balik entah apa ceritanya.
Apa itu Buah pinggang:-
- Penapisan Darah: Menyingkirkan urea, kreatinina, dan sisa metabolisme lain.
- Pengawalan Cecair & Elektrolit: Menyeimbangkan air, natrium, kalium, kalsium, dan fosfat dalam badan.
- Pengawalan Tekanan Darah: Menstabilkan tekanan darah.
- Pengeluaran Hormon: Menghasilkan hormon penting seperti eritropoietin untuk merangsang penghasilan sel darah merah.
- Kesihatan Tulang: Membantu menghasilkan Vitamin D aktif.
Anatomi Ringkas
- Lokasi: Di bawah tulang rusuk, di kedua-dua sisi tulang belakang.
- Struktur: Setiap buah pinggang mengandungi kira-kira satu juta nefron yang menapis darah.
- Saluran: Air kencing dari buah pinggang melalui ureter ke pundi kencing, kemudian keluar melalui uretra.
- Penyakit buah pinggang boleh menjejaskan otot, saraf, dan tisu lain.
- Simptom boleh termasuk bengkak, keletihan, loya, dan perubahan jumlah air kencing.
- Pencegahan melalui gaya hidup sihat adalah penting kerana penyakit buah pinggang kronik boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.
Lagi satu pada sesiapa yang suka makan pil pain killer bila sakit atau pun pening sikit paracetamol, sakit sikit paracetamol atau panadol. Hah kena kurangkan. Kalau boleh tahan sakit tu tahan lah jangan jadikan ianya satu amalan sebab pil-pil tu semua akan menyebabkan buah pinggang rosak.
Sebab tu kalau boleh cegah penyakit darah tinggi, kencing manis hah yang ni selalu lah check gula dalam darah. Bila dah mengidapnya hah berbalang-balang pil buat makanan seharian. Semuga kita dijauhkan lah ye daripada mengidap penyakit kronik macam ni. Semuga kalian semua sihat-sihat hendaknya. Aamiin




Tq banyak ilmu baru terutama jangan minum air sejuk pagi-pagi ketika perut kosong dan kurangkan makan ubat tahan sakit.
ReplyDeleteKenalah cari gula kelapa.
P.S: Tq, saya dah terima kain renda.
alhamdulillah
DeleteTakutnya saya baca. Tapi tu la, kadang mulut kata takut tapi tak nak ikut nasihat. Tapi, sy baru tahu, makan ikan banyak pun tak bagus ya. Gula dah kurang ambil, bab protein tu la. Terima kasih perkongsian Kak Notie.
ReplyDeleteAkak yang kerja sepital ni kadang seram tenguk data
Deletemoga dijauhi Allah segala mudaratnya
ReplyDeleteTu lah mencegah sebelum parah
DeletePerkongsian yang bagus, terima kasih sharing.
ReplyDeleteAgak susah juga nak tukar sumber protein haiwan kepada tumbuhan sebab dah biasa makan mesti ada ayam/ikan/daging. Huhu..
Salam kenal 😊
Kan. Budak-budak lagi ler susah no nak makan sayur. Salam kenal juga
DeleteHarap kita semua cukup kuat untuk jaga kesihatan masing-masing. Mencegah lebih baik dari mengubati. Terima kasih atas perkongsian, kak Notie.
ReplyDeleteAamiin. Kena slow-slow jaga sebelum parah
DeleteSemoga dijauhkan dari penyakit ni.
ReplyDeleteAamiin
DeleteThank you sharingnya kak. Ini memang saya kontrol sangat, pemakanan daging merah dan ayam. Tak setiap hari. Tp saya baru tahu kalau minum air sejuk bisa mentrigger itu juga. Air sejuk ini maksudnya air iced kan? Kalau suam, yg tak panas dan tak sejuk, oke kan ya?tiap bangun pagi saya selaku minum air putih, to yg suam. Cuma diapun sebenarnya sejuk juga kan, walau tak sampai berembun
ReplyDeleteHaah air batu. Kalau air sejuk biasa takpe atau air suam pun bagus.
DeleteTerima kasih atas perkongsian kak notie.. Tak sangka minum air sejuk boleh trigger penyakit buah pinggang.. Tak dinafikan banyak ciri-ciri penyebab sakit ini ada dalam amalan pemakan LZ seharian jadi kena ubah.
ReplyDeleteOrang tua pun tak galakkan kita minum air batu banyak sangat. Sesekali boleh lah layan. Sebab bila dah berusia baru rasa natijahnya.
Deletebetul tu skrg sedaya upaya cuba utk jaga kesihatan diri kita
ReplyDeleteKesihatan untuk diri sendiri
Deletegood sharing..tq kak notie
ReplyDeleteTQ MA
Deletesemoga sihat2 selalu... kena jag pemakanan dah sekarang nie
ReplyDeleteSekarang banyak makanan mengandungi bahan kimia. Sebab tu sayuran organik mahal sebab tiada semburan racun serangga,
DeleteThank you kak share info ni.. kurang air pun boleh dpt batu karang jugak mcm member di ofis sy.. dia ckp lepas covid dia byk ambik supplemen tp x minum air byk itu yg tetiba sakit perut teramat sgt dan bila ke hosp terus emergency operate... air ni mmg penting tp semestinya air kosong.. yg minum air sejuk waktu pagi tu sy br tau, rupanya ada efek kpd buah pinggang jugak rupanya
ReplyDeleteAir pun penting juga tapi yang ni maksud air sejuk ialah air batu dalam peti ais tu hah. Kalau air sejuk biasa boleh je malahan di galakkan bangun pagi minum air. Haah kalau tahan buang air pun boleh jadi batu karang juga.
DeleteAda arwah pakcik sy dlu bg tips, kalau nk awet muda, bgn je tdo awal pagi terus minum air 0, tp bila baca dr segi saintifik mmg ada fungsi jugak kalau bgn tdo terus minum air 0 kan
DeleteAmalan minum air masak mati ni bagus sebenarnya. Masa akak pi UK kat Manchester kita orang jumpa perempuan tu dah berumur 60an tapi kulit muka dia halus macam umur 40an gitu. Bila tanya rahsia dia minum air masak je setiap hari. Amalan dia bertahun-tahun. Kita orang pun wow....tapi lepas tu lupa. Tu tahun 2010 sekarang tak tahu ada lagi ke tidak perempuan tu.
DeleteAir kosong tu penting
ReplyDeleteBendalir dalam badan.
DeleteMoga dijauhkan drpd penyakit ini
ReplyDeleteAamiin
Deletesaya baca sampai habis. ingatkan makan daging tu bagus sebab dia terkategori as real food. rupanya kena jaga juga ye..
ReplyDeleteterima kasih share
Setiap makanan boleh makan tapi berpada-pada bukan sampai kerterlaluan. BOleh je makan tapi jangan selalu lah.
DeleteMenarik...dah umur2 macam ni memang kena utamakan kesihatan buah pinggang kan kak?Perkongsian yang bagus, terima kasih sharing
ReplyDeleteMakanan sekarang sudah terlalu banyak bahan kimia tu sebab macam-macam penyakit muncul.
Delete