22/1/2026 - Perhimpunan Bulanan Warga HPJ bulan Januari 2026
Lembaran 2026 dibuka dengan Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Auditorium HPj Putrajaya. Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Suraya binti Amir Hussein dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan atas pencapaian tahun 2025 serta hala tuju 2026 melalui empat keutamaan utama iaitu pendigitalan menyeluruh termasuk penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan, pengurusan mampan berteraskan Value for Money dan penjanaan hasil berimpak tinggi, pemerkasaan modal insan, serta etika dan integriti dalam komunikasi dan penyampaian perkhidmatan.
Majlis turut dimeriahkan dengan tayangan video pencapaian 2025, penyampaian anugerah dan penghargaan serta reruai pameran dan kaunter informasi daripada PPZ MAIWP, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, di samping jualan produk sempena program.
Tahniah kepada penerima Anugerah Pengurusan Aduan Terbaik iaitu Unit Kejururawatan dan Unit Pentadbiran serta Anugerah Penerimaan Penghargaan Terbanyak Tahun 2026 kepada Wad 2C (Pediatrik).
Setinggi-tinggi ucapan syabas kepada Jabatan Otorinolaringologi (ORL) apabila Sleep Lab Hospital Putrajaya menerima Sijil Akreditasi Antarabangsa daripada Indian Society for Sleep Research (ISSR), sekali gus mengharumkan nama HPj.
Tahniah buat Unit Kejururawatan kerana pengurusan aduan terbaik.
Tahniah juga buat Wad 2 C diatas Anugerah Penerimaan Penghargaan terbanyak. Memang terbaik lah Wad 2C
Dapat door gift piring yang comel. Tapi tu lah aku punya entah macamana masa kat bilik boleh terjatuh lah pulak. emmm hancur berkecai hati ku eh ternyanyilah pulak. hehehehe Takpe lah takde rezeki.
Last sambut birthday Puan Pengarah. Selamat ulang tahun Dr Suraya. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan dan semuga semua urusan Allah permudahkan.Aamiin
Ambil gambar ramai-ramai.







Alhamdulillah, Tahniah untuk warga kerja HPJ yang bekerja keras sepanjang tahun 2025. Sy percaya anda semua bekerja bukan semata² untuk anugerah tapi amanah dengan tugasan yang disandang.
ReplyDeleteSemua pun bersemangat bekerja sebab dapat Pihak Pengurusan memberi sokongan dalam apa juga aktiviti untuk masyarakat dan pesakit.
DeleteTahniah buat semua yang menerima anugerah..Setiap bulan ye perhimpunan ni Kak Notie...
ReplyDeleteSetiap bulan ada malahan ada bulan yang bergabung pelbagai jabatan agar semua terlibat.
DeleteLipis 30/1 nanti Perhimpunan Pagi. Cie jarang dapat join sebabnya terikat dengan tugasan kan.
ReplyDeleteKita orang pulak ketua wajib hadir dengan nama 2 lagi staff yang bergilir-gilir hadir dari bulan jan hingga Dis. Kalau tidak dapat hadir cari penganti.
Deletetahniah staff HPJ kecapaian cemerlang tentu hasil kerja kuat
ReplyDeleteTeam work yang cemerlang
Deletetahniah HPJ atas pencapaian cemerlang!
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteTahniah ya..kometmen dan tanggungjawab..teruskan usaha..
ReplyDeleteAlhamdulillah. TQ cikgu
DeleteTahniah kerana melaksanakan tugas sebaiknya
ReplyDeleteItu yang sepatutnya
Deletetahniah semua
ReplyDeleteTerima kasih
DeletePertama kali tau ada Jab. Otorinolaringologi (ORL), terus saya google.
ReplyDeleteWad 2C agak2 wad apa lah tu ya sampai boleh terima Anugerah Penghargaan Terbanyak.
Teringat cerita lama, lepas few weeks abah meninggal di HTAR kami ada tulis kad penghargaan beserta buah tangan kepada Wad 8A dan Wad CAPD. Beberapa hari selepas itu, Jabatan Komunikasi telefon ucapkan terima kasih kepada kami sebab bagi kad ucapan. Mereka sangat menghargai pemberian tersebut. Aihhh.. kami pulak yang terharu sebab bagi kad tu buat staf dan doktor yang banyak membantu sepanjang arwah abah berada di hospital.
Terima kasih. Para wira yang memberi perkhidmatan kepada pesakit bila dapat penghargaan walaupun dengan kata terima kasih pun sudah begitu berharga bagi mereka. Terima kasih rawiwa atas penghargaan buat warga HTAR
Delete