Lepas beramas mesra dengan koala wombart dan kangaroo kita orang di bawa ke tempat penjualan madu.
Outlet Windarra Honey terletak di 5 George St, West Swan WA 6055, Australia, di tengah-tengah kawasan pelancongan terkenal Swan Valley. Ia merupakan perniagaan keluarga yang menawarkan pelbagai produk madu mentah semula jadi dan tidak diproses dari kawasan pedalaman Australia Barat.
Produk Utama & Tempahan Antarabangsa
Di kedai ini, anda boleh mendapatkan pelbagai variasi madu premium seperti Jarrah Honey, Bush Honey, madu jenis creamed (seperti halia), serta produk penjagaan diri berasaskan lebah seperti pelembap bibir (lip balm).
Kiranya ini product tempatan secara kampung lah sebab tempat tu kecil je. Dia tak tunjuk pun tempat lebah diternak cuma tunjuk hasil lebah yang ada. Banyak jenis juga. Kita orang di beri rasa mana lagi sedap.
Kedai dia comel je. Kawasan tengah tu untuk test madu. Kena pakai sudu kayu ya untuk jaga kualiti dia.
Kami Di beri penerangan bagaimana mereka menternak lebah Dan apa lebah tu hisap untuk menghasilkan madu yang mereka hasil kan.
Lepas sessi test rasa boleh lah pilih yang mana kita suka. Rupanya ada beza ya dari 6 jenis yang di beri rasa. Tak reti nak cerita bezanya sebab dari satu jenis ke satu jenis memang berbeza.
Rasanya macam 5 ke 6 jenis yang di beri test rasa. Lepas selesai testing rasa boleh pilih madu apa. Ada juga produk sabun dengan madu.
Kak nong kata bagus beli madu asli luar Negeri ni. Kalau kat Malaysia mahal.
Aku ambil 2 botol. 1 jenis windarra Dan 1botol mix. Harga yang paling murah 10 aud. Mix tu adalah campuran madu yang tinggal dan tak boleh jadi satu botol. Jadi lebihan yang tinggal tu di campurkan. Aku ambil tu 1 sebab madu je kan walaupun mix. Boleh buat air lemon suam campur madu. Tapi tak nak bermadu ya.
Berhampiran ada ladang bela lembu.
Lepas tu kita orang ke tempat Margaret River Coklat
The Margaret River Chocolate Company di Swan Valley ialah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Australia Barat, menawarkan kemasukan percuma dan rasa coklat percuma. Kilang ini terletak di kawasan pelancongan utama Swan Valley dan merupakan syurga bagi pencinta coklat dengan ratusan produk buatan tangan.
Tips Istimewa untuk Pengunjung
- Rancang Waktu Makan: Jika anda ingin menikmati makanan panas di Chocolate Cafe, pastikan anda tiba sebelum jam 4:00 PM kerana bahagian dapur ditutup sejam lebih awal daripada kedai runcit.
- Elakkan Waktu Sesak: Dewan pameran boleh menjadi agak padat dan sibuk apabila bas pelancongan tiba serentak, terutamanya pada petang hujung minggu. Waktu pagi hari bekerja adalah waktu terbaik untuk lawatan yang lebih tenang.
- Aktiviti Kanak-kanak: Terdapat Junior Chocolatier Classes yang dianjurkan pada hari Sabtu dan semasa cuti sekolah untuk memberikan pengalaman membuat coklat yang interaktif bagi kanak-kanak.
Macam2 jenis ada. Cari yang murah bawah 10aud tapi paling murah aku tenguk 9aud.
Akhirnya cuci mata je tenguk coklat macam2 jenis.
Yang ini ada kat tempat bayaran dan dalam cermin di mana ada pelbagai jenis coklat comel di display kan banyak dalam dulang. Yang atas ni kak nong bagi aku rasa.
Yang ni tempat free rasa. Ada 3 jenis putih coklat dan black. Masa masuk ambil segengam campur. Bila keluar ambil lagi segengam campur. Dah dia bagi free hah makan le asalkan jangan tapau.
Aku tak beli pun coklat dalam ni. Mahal dan lagi nanti sakit gigi.... Padahal alasan je tu tak nak beli. Buat sedap kan hati. Kut ada tempat lagi murah. Kita orang nak cari nougat tapi kat sini mahal.
Besar gadang kepingan coklat dia
Kat luar kedai coklat banyak pokok anggur tapi sedang putik. Alahaiiiii geram sebab putik buah dia banyak. Kalau dah besar nampak le gugusan anggur.
Kat luar kedai coklat banyak pokok anggur tapi sedang putik. Alahaiiiii geram sebab putik buah dia banyak. Kalau dah besar nampak le gugusan anggur.
Banyak tau tapi sebab warna hijau tak nampak celahan daun dia. Ni aku selak kain daun dia. Hahaha nasib baik dia tak teriak oiiiiii jangan selak kain daun aku. Kalau dia teriak mencicit aku lari. Hahaha
Tapi aku tetap teruja kalau tenguk buah anggur bergugus2 atas dahan. Geram weiiiiii
Lepas tu kita orang Di bawa ke deretan kedai untuk lunch.
Tokeh kedai dia
Masa dapat ni tenguk kak Raja makan dengan tangan je. Sedap memang sedap tapi kalau ada sambal kan best.
Yang lamb tu aku dan kak Raja tukang perabiskan. Sedap beb licin makan tapi nasi aku tetap tak habis. Kak raja makan licin.
Charco's The Flaming Chicken (biasa disebut sebagai Charco's) terletak di 9/74 Warton Rd, Huntingdale WA 6110, Perth, Australia. Restoran popular ini terkenal dengan hidangan ayam golek arang (charcoal chicken) gaya Portugis tradisional yang segar dan disahkan Halal oleh badan Islam tempatan.
suka konsep dekat sana. cokelat free tu macam tu je diorg letak. sama macam biskut timtam dapat free di supermarket.
ReplyDeleteOrang kato buek raso2. Jadi kita pun raso lerrr
DeleteKalau ikut boros sy,mau sy ambil stp 1 jenis madu tu sis...=D
ReplyDeleteHaah kan tapi kenang beg 20 kilo je tak jadi. Tu yg ambil 2 je
DeleteMADU N COKLAT MURAH BOLEH BORONG BANYAK TU BAWA BALIK KAMUNG
ReplyDeleteMadu ori sis coklat emmm buat cuci mata je
DeleteSy pun ingat kedai Arab hehe...
ReplyDeleteTenguk tokeh dia Dan makanan sekali laaaa
DeleteBestnya jalan2. Macam2 jenis madu ada.
ReplyDeleteCuci mata Dan poket. Hehehe
DeleteBestnya jalan² cari madu (ops), coklat dan anggur bergayutan di dahan pokok, siapa yang tak teruja. Penat berjalan pergi makan Nasi Arab, berbaloi percutian Kak Notie ni.
ReplyDeleteBiasa macam tu le. Tapi kali ni makanan dia Macam2 kami rasa
DeleteKudup buah anggur tu macam kudup lada putih pulak.
ReplyDeleteLorrr.. ingatkan kedai arab ada nasi. Muka tokey pun cam arab.
Rasanya kedai Arab tu kut cuma sajian ala portugis kut
Deletehahaha samalah, masa gi kilang coklat tu saya just rasa tester je. tak beli pun coklatnya :p
ReplyDeletekita lagi berminat nak beli anggur dgn madu jee
Kalau murah OK lagi ni mahal. Petik anggur mesti best kan. Makan anggur kat pokok. Teruja akak
DeleteAlaa teringat trip dulu. Rindunya Perth
ReplyDeletePi lagi mulan
Deletekalau SA memang beli madu berbotol2 tu..tapi harga dia pun bleh tahan kan...kat Malaysia banyak madu tiruan..susah nak dapat yang asli...
ReplyDeleteTu lah asli memang mahal
DeleteRupanya pokok anggur macam kacang panjang juga, kena selak-selak baru nampak. 😁
ReplyDeleteMasa ni hijau jadi tak nampak kalau dah besar rasanya bergugusan buah anggur kat pokok dia
DeleteAsal ayam nya nampak sedap sangat sangat huhuhuu... Best nya tempat madu dgn coklat tu.. mesti borang byk huhuu..
ReplyDeleteAyam dia sedap lamb ribs tu lagi sodap
DeleteMadu Aussie dan NZ memang berkhasiat banyak.. tp kalau dah masuk Indonesia pun mahal sangat. Makanya kalau nanti saya ke sana, memang teringin nak beli madu mereka
ReplyDeleteIssh, makanan tuh nampak sedap kak. Lapar jadinya 😅
Madu dia original. Ala napa lah beli sikit je
Delete