Monday, September 27, 2010

Raya tahun ini

    Alahaiiiiiii dah hampir habis raya aku baru nak story mory pasal raya... huhuhu sodih sih sebab tahun ni aku ambil cuti raya yang paling sikit. Ambil 2 hari je sebelum raya. Lepas tu Ahadnya dah balik kl semula sebab ada perjalanan jauh yang perlu aku lalui. Dan semangat raya pada tahun ini pun jadi tidak bersemangat lagi. Maklum le risau nak jalan jauh tu. Jadi 2 hari  sebelum nak cuti raya selesaikan kerja maklumle 2 hari je sebelum aku cuti sebab selepas raya aku akan buat attachment selama 2 minggu. huhuhu lama sih walau pun seronok tapi risau dan macam-macam le perasaan yang bergumpal di dalamnya hingga terlalu sukar untuk di ungkapkan. Nasib baik hari Isnin masalah kewangan berjaya di selesaikan kalau tak menangis tak berlagu le aku nak pergi jauh ni. Apa lagi nak raya lagi tu.

  Raya pertama kerana hari jumaat semuanya datang lambat. Memang tak puas hati betul le aku dgn akak-akak kesayangan aku ni. Orang dah le jarang jumpa ni semuanya sampai lambat jadi kiranya tak puas bersembang dah nak pergi rumah mak Itam pulak. Baru nak mengoreng dah nak masuk magrib pulak. Lepas magrib semuanya dah nak balik rumah. Memang le tak puas sembang.

  Raya tahun ni marhaban hari kedua. Selalunya pagi hari dah sampai ni tukar ke petang la pulak. Adeiiiii. Kak ambah suruh masak mee siam stail singapura. Huh mane aku tahu jadi hentam saje le labu....cuma kurang tambahkan lada sulah. Dan selalunya juga keluarga Paman Yasir datang semua anak beranaknya. Nasib baik dah sediakan lauk pauk makan tengahari sebab memang dah tahu depa nak datang. Jadi terus je hidangkan makan tengahari. Marhaban selesai dalam pukul 2. Jadi kami buat program ke rumah kak Tijah pula manakala aku bercadang nak singgah rumah Aini. Dah lama tak jumpa maknya rasanya dekat 10 tahun kut atau lebeh. Masa aku sampai Aini beraya rumah saudaranya. Terpaksa le tunggu dah le nak masuk magrib. Tapi tunggu juga walaupun sekejap sebelum aku terus ke rumah kak Tijah. Selesai makan malam baru balik rumah mak. Besok pulak hari ahadnya depa buat program beraya ke Melaka la pulak. Manakala aku akan terus balik kl. Adik dan Ijan balik malamnya selepas beraya di rumah Kak tijah jadi ahadnya pi rumah depa pulak la dan akhir di rumah Kak Nong. Siap ada yg nak pi river cruise malam2. Macam2 rancangannya.

  Ahadnya mula2 ke rumah kak limah. Manakala aku singgah rumah kak Aya sebab selepas ke melaka aku terus balik KL. Kak aya sedang masak tengahari untuk sedaranya jadi langkah kanan, sampai je dia orang ajak makan. Kat rumah kak limah pula meri masak mee bandung. Masa ke tangkak pulak jem dan kebetulan masa sampai , sedara abang mat datang. Oleh kerana jem jadi ke melaka lambat le. Masuk highway dan keluar di jasin tuk ke rumah adik. Sampai je rupanya dah ke rumah Ijan dulu. Shida masak mee kari. Oleh kerana mak puasa semua pemakan di setiap rumah anaknya di tapau tuk buka puasa. hehehe Manakala di rumah adik pula adik orde piza... wah semua memuji sebab selalunya adik beli satay kali ni menu raya lain sikit. Dan akhirnya hampir magrib baru sampai rumah kak nong. Kiranya ni port akhir le.

  Jadi selepas magrib dah makan , semuanya bersiap pula nak ke river cruise. Aku yang sedih tak dapat join sebab terpaksa balik KL. huhuhu sedih siot bersalam dengan semua adik-adik aku sebab kali ni aku akan berkerja sambil belajar selama 2 minggu di Tanah Ratu. Jauh beb tapi apa pun aku berharap dan berdoa semuga perjalanan yang akan aku lalui semuga di permudahkan le hendaknya. Amin

No comments:

Post a Comment