Pagi tadi masa nak pergi kerja terdengar le dalam radio KLFM berita mengatakan minyak Ron 97 naik. huhuhu naik sampai 15 sen tu. Aduhaiiiii ehh sat napa pulak aku yang aduhaiiiii hehehe ye lah kan kopak le duit bila nak isi minyak. Opss nanti dulu nak tanya, aku gunakan minyak Ron 97 ke sampai nak aduhaiiii hehehehe saje buat gempak sebab nasib baik aku pakai Ron 95 jadi harga takde le naik sebab dah harga subsidi. Mudahan takde la naik mencanak-canak seperti dulu. Huh terasa juga le kalau biasa isi Rm 40 untuk seminggu tapi dek kerana naik, Rm 40 baru 3 hari dah habis huhuhu budget lari weiiiii. Tu pasal masa nak beli kete baru aku nak carik kete yang tak banyak penggunaan minyak. Kebetulan masa tu belum ada Viva lagi yang katanya lagi save minyak dari savy. Masa aku beli tahun 2005 tu terasa macam savvy tu le yg save minyak. Masa tu sebenarnya rasa sayang nak jual proton lama tu sebab rasanya masih save budget dengan bonet besar lagi almaklumle aku kalau balik kampung huh semua nak bawak balik jadi bila bonet besor tu huh main humban je kat dalam bonet tu. Huh sadis tul. Lepas tu kalau nak mengangkut kawan reramai masih lagi muat almaklumle body besar. em sebenornya proton sedan lama 1.5 tu sebenornya banyak jasa betul pada aku.
Maklum le masa mula-mula beli walaupun second hand tapi banyak jasanya. Masa mula pindah ke muar memang tak teragak nak beli kete. Tapi bila kena berulang sejauh 6 batu untuk ke tempat kerja dengan masalah bas yang lambat dan kadang dapat teksi kadang tak dapat serta ketua yang boleh tahan garang juga telah membuatkan aku terdesak mencari kereta. Oleh kerana lesen sejak lulus jadi pekasam jadi aku tak berani le nak beli kete baru lagi pun budget bulanan masih lagi tak mampu nak beli kete baru. Bila kak ruzaidah kenalkan kete proton sedan lama tu terus je aku setuju. JBX 1201 platnya.Tu le ahrta aku yang pertama. Masa tu adik-adik aku baru nak mulakan kehidupan jadi kete lama tu le yang jadi habuan, sana pinjam sini pinjam. Dan kebetulan masa tu aku je yang ada lesen huh selalu le jadi driver. Mula-mula seronok jadi driver ni lepas tu huh ponat beb huhu terus jadi malas nak drive. Bila la boleh ada driver sebelah ye. hehehe kita jadi mem besar je menyandar... hahaha
Aittt dah melalut citer lama nampak. Hehehe oklah oleh kerana accident di selekoh masuk putrajaya berhampiran hospital serdang telah menyebabkan proton tu asyik le semput dan sakit-sakit telah menyebabkan aku mengantikannya dengan Sawwy. Mana tak nya semput sebab masa accident tu jantung terkopak, bumper pecah dan mata cemeng sebelah. Kiranya dah cacat le proton lama aku. Jadi bila di baiki tu kesihatannya mula lah terganggu. Ada pulak macam orang lah ye. Tapi memang le kereta ni macam ada instict orang kata. Bila kita cerita nak beli kete baru mulalah dia merajuk yang bukan-bukan sebab tu aku memang sayang sawwy aku ni. Pilih warna biru pulak tu dan kebetulan sawwy ada warna tu huh apa lagi rembat le satu. heehehe kan aku ni peminat tegar warna biru. Kalau boleh semua nak warna biru. Masa tu Myvy dah ada juga. Tapi aku tak minat sebab takde warna biru. hehehehe boleh ke cam tu. Eh mesti le boleh sebab aku yang nak menaikinya dan aku yang membelinya. emm apa apa le ye.... janji sonang hati.
Apa apa pun di harap jangan le minyak naik mencanak-canak macam dulu lagi ye. . Kalau le minyak leh tukar pada air... huhuhu sonang hati ku....sonang hati ku
No comments:
Post a Comment