Lokasi: Blok E2 Parcel E, Putrajaya bersebelahan dengan Auditorium
Tarikh dan masa kejadian: 16 March 2011 bersamaan 11 pagi
Model terhangat ni saya jumpa semasa melalui Blok E 2 dan melihat cara keadaan Cik T (Tayar) yang menyandar pada Encik Ning (Pili Bomba warna kuning sama nama macam Ning Baizura sebab dulu masa kecil sakit kuning dapatle nama Ning opss dah pecah rahsia...ampun Ning Baizura hehehe) membuatkan saya teringat lah pulak lagu Jamal Abdillah dan Siti Sarah. Sebenornya saya lebeh suka lagu Sandarkan pada kenangan tu di nyanyikan oleh Jamal berduet dengan Ogy Ahmad Daud versi Azura dolu-dolu maklum le sayakan suka Retro... hehehe jadi memang cantik le adegan sandar menyandar ni. Tak nampak ke siap ada pengadang plywood tu... oooooo konon-kononnya nak menyorok dari orang ramai yang lalu-lalang ye. Amboiiiiii bukan main yek.
Encik Ning - Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia
Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu
Cik T - Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku
Alahaiiii kantoi lah pulak depa dating tepi sampah. Huh hampeh sungguh.
Laaaa kete tu sikit punya baik parking sebelah Encik Ning. Ni kalau le ketahuan dek Menteri Kesihatan Datuk Sri Liow Tiong Lai ni huh mesti kena hamput punya lah, mana taknya Blok E2 ni berdepan dengan pejabat Menteri Kesihatan Blok E7 Parcel E, Putrajaya. Dia sikit punya promosi satu malaysia hapuskan Nyamuk Aedes tapi depan opis dia sedap je depa ternak nyamuk Aedes. Hish hish nak kena report ni. Nanti satu bangunan kena fogging la pulak. Alahaiiiiii
Update terkini lokasi yang sama bertarikh 29 March 2011 pada pukul 11.15pagi:
Pada tarikh seperti diatas, nampak lah semua yang tidak berkenaan telah di bersihkan. Malahan cik T aka Tayar pun dah tak nampak batang hidungnya erk bayangnya. Cik T aka Tayar tiada hidung lah dia cuma ada bunga tayar ja.
Nampak bersih dan bersinar-sinar keadaan sekeliling. Kepingan plywood pun dah di alihkan ke tepi dinding.
Update terkini bertarikh 8 April 2011 pada masa 12.15 tengahari lokasi yang sama.
Pandang sekali lagi. Anda nampak apa yang saya tak nampak? Minggu lepas ada sekarang dah tak ada? Hah dah tak adakan? Biar betul? Baru minggu lepas saya ambil gambarnya sudah dibersihkan, takan lah pada kali ini sudah hilang. Adakah ada mahluk asing menelannya. Wow...ataupun adakah ianya sudah ditamatkan riwayatnya. Why, why ,why?
Jenguk lebeh dekat lagi. Hish ada nampak kesan berlubang di tempat Encik Ning aka Pilibomba.
Wah betul lah encik Ning telah di tamatkan riwayatnya. Laaaa apasal lah pulak. Adakah ianya telah menjadi tempat parking dan kerana itu Encik Ning aka Pilibomba tersebut telah di tamatkan riwayatnya. Huwaaaaa kenapa lah pulak. Aduhaiiii sedih ni sebab encik Ning aka Pilibomba tersebut besar khidmatnya jika kebakaran berlaku. Memang kena badi sungguhlah sebab memang tinggal kenangan sungguh. Mula-mula bersandar pada kenangan tapi kali ini memang tinggal kenangan sungguh. Rasa bersalah pulak dek kerana saya adakah ianya di tamatkan riwayatnya supaya Pihak Bomba tidak boleh mengambil tindakan pada penghuni Blok tersebut atau kenderaan yang parking di tempat tersebut. Saya cuma nak masuk pertandingan Ondscene bukannya nak suruh tamatkan riwayat Encik Ning aka Pilibomba tersebut. Salah ke tindakan saya? Aduhai sedih ni sedih sangat walaupun ianya benda tidak bernyawa tapi kena kenangkan juga jasa dan keperluannya jika kebakaran berlaku.
No comments:
Post a Comment