Sunday, April 24, 2011

Kempas kempis kembung lalalala



Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 6A, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh: 28hb March 2011 pukul 6.30pagi

   Encik Ning aka Pili bomba ini di temui semasa pergi kerja. Sebelum ini bila balik melalui jalan di hadapannya memang lah tak nampak bayang dia sebab di selindungi oleh kenderaan yang kadang parking di hadapannya.. Ianya berhadapan dengan kedai Kenwood yang merupakan kedai accesori kereta atau kenderaan tak pasti pulak saya.  



   Ok kenapa saya buat N3 dengan ayat kempas kempis kembung sebab jiran sebelahnya merupakan tempat sembahyang kaum cina yang pada fikiran saya sudah semestinya di penuhi dengan colok yang di bakar dan diletakkan di tempat sembahyang tersebut. Saya teringat cerita Siti Tanjong Perak yang menyanyi lagu tersebut semasa menaiki skuter wahid satay atau mat sentul tak pasti  walaupun sebenarnya saya dah lupa tajuk ceritanya dan bagaimana ayat lagu tersebut. Saya cuma terbayang andainya saya di sebelah tempat sembahyang tersebut dengan alunan asap colok tersebut huh sudah tentulah lubang hidung jadi kempas kempis kembung sebab menahan asap colok itu. Hehehe boleh ke macam tu?




   Depan kedai ni memang sentiasa penuh dengan kenderaan parking berhampiran encik Ning aka Pili bomba. Tapi oleh kerana masa kejadian adalah di waktu pagi jadi tiada satu pun kenderaan di hadapannya. Kalau tak memang penuh lah.


1 comment:

  1. kempas kempis kempas kempis provides customers with friendly and all-round dining experience, comfortable atmosphere and delicious food. I also like to go!

    ReplyDelete