Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu


Buat semua ibu di malaysia dan di seluruh dunia. Selamat hari ibu.

   Dan juga buat mak tersayang Hajah Saifah Hj Zahari. Saya sayang mak. Walau bagaimana susahnya mak nak membesarkan kami anak-anaknya yang seramai 11 orang, alhamdulillah anak-anak semuanya berjaya menjadi orang. Takda lah sekaya orang kaya dan tidak lah sesusah orang miskin. Tapi alhamdulillah syukur diatas susah payah mak membanting tulang 4 kerat mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya walaupun mak tidak bersekolah dan hidup menumpang belas ihsan orang lain.   

  Kalau mendengar cerita mak semasa dia kecil-kecil dahulu sebelum berkahwin dengan Aruah bapak  dan tinggal di muar, memang lah hidupnya susah. Hanya kerana kedua atok dan embah bercerai , mak terpaksa menjadi anak angkat di sebabkan embah tak nak bela dan  bagi pada orang lain. Dah kahwin dan anak-anak dah besar barulah dapat berjumpa semula dengan Aruah embah yang masa tu tinggal di Gerisek.  

 Kehidupan dahulu memang lah susah hanya kerana aruah bapak bekerja di Kilang getah. Dengan anak-anak seramai 11 orang tentulah dapat bayangkan bagaimana susahnya nak mencari rezeki. Kalau harapkan duit gaji aruah bapa berapa sen lah sangat jika tidak kena buat pekerjaan lain untuk mencari sesuap nasi. Kena menoreh getah, menjual kueh dan pelbagai kerja kampung yang mak buat sambil di bantu oleh anak-anaknya yang ramai. Kalau kena jerit kena marah tu memang dah lali lah, malahan kena rotan lagi kalau degil. Ya lah nak jaga anak-anak yang ramai bukannya mudah.  Walau bagaimana pun didikan mak telah membesarkan kami menjadi manusia yang bersyukur dengan apa jua kehidupan yang kami lalui sekarang. Sekarang mak telah semakin uzur seiring dengan masa yang semakin pantas berlalu. Apa pun mak, saya sayang mak kerana jika tiada mak maka tiada lah saya di dunia ini. Semuga mak sentiasa didalam rahmat NYA. AMIN.



                            
                                                     Bersama cucu-cucu dari anak lelaki


Bersama sebahagian anak cucu dan cicit pada raya tahun 2009.
                     
     Selamat hari Ibu buat mak bukan hanya setakat hari ini sahaja ianya disebut-sebut malahan setiap hari saya sayang mak. Jasa mu tidak ternilai di dunia.


2 comments:

  1. salam..selamat hari ibu..sayang ibu juga, tak ternilai jasanya..semoga kita semua menjadi ibu cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Betul-betul *gaya upin dan ipin*

    Amin... semuga doa syima tu di makbulkan allah.

    ReplyDelete