Baru-baru ni selama 3 hari berkampung di Felda Residence Tekam di Jerantut, Pahang dari 1hb hingga 3hb jun sebab menghadiri team building. Fuyoooo seronok gile beb sebab semuanya aktiviti yang best sesangat dan tak penah buat pun. Dan lagi seronok sebab member geng sekepala semuanya join lagi le jadi syiok habis. 3 hari langsung tak ingat keje tapi huh si bos aku dok le sibuk sms sebelum tu call tapi aku tak dengar dan tak jawab. Bila sampai baru perasan. Dok le sibuk tanya pasal buku daftar. Huh pi le baca dulu buku daftar tu tuk sapa barule tau proses pengumpulan tu camno.
Ok start pukul 9 bas pun jalan. Singgah kat hentian Petronas ambil orang. Lepas tu singgah di hentian rehat petronas yg mcm Rn R juga sebab ada tempat makan. Tapi harganya ya allah mahal nak mampus. Aku ambil nasi hujan panas dgn ayam seketul, kentang dan paru goreng sikit,sirap, sayur sikit dan 2 paket gula-gula semuanya Rm 12. Mak hai agaknya ayam tu berapa henget ek. sabo je lah. Nasib baik juga makan berat sebab sampai je kat Resort dalam pukul 2 lebeh memang takde lunch. Dah le tu dapat kunci bilik je terus pukul 4 berkumpul untuk aktiviti berkayak. yehh ni pertama kali berkayak ni tau.
Posing sebelum naik bas.
Ni le lunch saya takde le sedap sangat tapi belasah je sebab dah bayar mahal.
Aktiviti pertama berkayak
Mula-mula sekali adalah aktiviti berkayak. Fuh serius takut dan cuak juga beb sebab manalah orang tau berkayak. Dah le susah nak masuk dalam kenu tu. Yang kelakornya tu sama-sama big size dan sama-sama tak tahu nak berkayak. Hah apa lagi dok ayun kayuh kiri kanan terus ke tebing bukannya ke tengah tasik. Huhuhu sampaikan kena selamatkan oleh skuad yang terer. huhuhu
Masa start.
Hah sesat ke tebing huwaaaaa
CC bohari datang menyelamatkan kami berdua.haha coach kat jeti dah menjerit "weiii pegi mana tu"
Dah sampai balik kat jeti. huhuhu takutnya bila nak keluar teroneng-oneneng. Orang dah le tak tau nak beronang. Nasib baik ok. Pengalaman pertama ni.
Selesai aktiviti berkayak treasure hunt pula. Tapi dok mencari bahan sampai orang lupa le nak ambil gambar tempat2 yang kami dok ushar mencari jawapan. Ops lupa sebelum aktiviti berkayak kami seramai 38 orang telah dibahagi kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 semuanya best. CC bohari jadi chief. Lelaki 4 dan perempuan 9 orang.
Tunggu treasure hunt pulak
Ke dining hallnya yang shantik
Pukul 8 pula night walk. Hah ni ada serem sikit sebab jalan dalam hutan. Macam-macam arahan dan nasihat diberikan. Ingatkan ada lampu suluh kecil boleh le pakai rupanya di simpan. Hanya di beri sebatang lilin untuk perjalanan yang kami tak tau berapa lama habis. huhuhu dengan sekeping peta dan sebatang lilin kumpulan 1 berjalan dulu. Panggil pakai ikut nombor je takut ada lain yang selit. Jalan punya jalan sekali ada suara pula yang panggil. "oii pusing balik dah jalan lain ni." laaaaa rupanya ada guide kat belakang. Nasib baik. Masa masuk gua angin, lilin asyik je mati. Mana yang ada phone bernyala dok pasang bila lilin mati. Masa kena lalu dalam gua angin nasib baik sedikit je laluannya. Bila dah sampai rasa lega sangat. Dah le gelap segelapnya. Kita org dok tunggu kumpulan 2 pula keluar. Lama juga mereka keluar rupanya kata Mekjay kena kacau. Tu pun tau bila dah hari ke dua. huh serem
Walaupun mendebarkan tapi kiranya satu pengalaman yang tak boleh di lupakan. Seronok tapi serem pun ada.
notie, kakmOn dpt bayangkan dah mcmana kenu tu menuju ke tebing hahaha.. sib bik dia tak berpusing2 :P
ReplyDeletekak mon....huwaaaaaaa malu sih. Semua org kat jeti dok pakat gelakkan kami....aduhaiiiii mane taknya cuba juga kayuh nak keluarkan diri dari ke tebing tapi makin santak tuju ke tebing....aduhaiiiiii tapi syiok juga dapat berkayuh tanpa ianya tergolek dok kalau tak huh basah walaupun tanpa hujan yg turun. hehehe
ReplyDeleteWahhh.. cantiknya tempat ni.. aktivitinya pun menarik.. saya pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :) memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. jemput baca entry saya..
ReplyDeletehttp://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/