Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Friday, July 15, 2011
Doktor Cinta - Dyadila
Sinopsis cerita:-
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya
Komen saya:-
Kisah bermula di mana Mazliana hj Nordin yang kebetulan berada di Klinik kakaknya Dr Azlin telah di sangkakan sebagai doktor oleh Tengku Iskandar dan Zikri semasa datang ke klinik Dr Azlin kerana Tengku Iskandar terseliuh semasa bermain bolasepak. Yang kelakau nya Mazliana hanya mengurut je bukannya di check sebagaimana doktor yang biasa merawat pesakit. Tapi kedua mereka terpaku memandang keayuan Mazliana semasa mengurut kaki Tengku iskandar. hehehe sempat lagi tu cuci mata doktor yang mengurut. Nasib Mazliana doktor palsu kalau Doktor asli huh dah kena inject mata tu.
Mazliana Hj nordin merupakan anak bungsu yang periang dan manja dengan kedua ibu dan bapanya.Walaupun tidak sepandai kedua kakaknya namun Mazliana ada keistimewaannya yang tersendiri yang suka menolong orang dan suka membuat orang diseklilingnya suka kepadanya malahan seorang pelukis yang handal walaupun tidak begitu dikenali. Setelah kejadian di klinik tersebut Mazliana asyik je terserempak dengan kedua mereka.
Yang pertama semasa jogging di taman telah menolong Mak Engku iaitu Mak Tengku Iskandar yang tiba-tiba sakit pinggang dan terjumpa pulak dengan Zikri yang datang menjemput Mak Engku. Selepas itu semasa makan bersama Dr Azlin dan tunangnya Johan yang merupakan bekas pensyarah Mazliana yang Mazliana cukup tak suka sebab ada adegan di zaman belajar yang membuat dia benci dengan Johan tapi dek kerana kakak kesayangan yang dah jatuh cinta dengan bekas pensyarahnya itu dia terpaksa terima.
Mazliana juga mempunyai kawan rapat iaitu Syamin farhana aka mimi comel. Moto hidup dia belajar biar lepak result biar gempak. Anak pak tahir jutawan kampung yang sebenornya anak orang kaya di kampung sebab kat rumah kat kampung pun ada orang gaji. Moral of the story jangan hina orang kampung sebab orang kampung low profile. hahaha ayat dalam novel ni memang tak boleh blah lah. Ayat memang kalakau habis dan sempoi. Sebab itu ianya menjadi top semasa di siarkan di blog penulisan 2U. Bila di bukukan semuanya menunggu dan laris bagai pisang panas.
Seterusnya Tengku Iskandar dan Zikri telah berpakat untuk mencari girlfren olok2 buat Tengku Iskandar sebab Mak Engku dah memaksa Tengku Iskandar supaya berkahwin. Dengan pertolongan Syamin aka mimi yang merupakan setiausaha Tengku Iskandar telah mencadangkan Mazliana sebagai calon dimana pada masa itu Mazliana memerlukan duit untuk membantu Taufiq membuka perniagaan burgernya disamping menambah pendapatan keluarganya yang susah. Taufiq dikenali semasa Taufiq mencuri begnya kerana mencari duit untuk maknya yang sakit.
Helah mereka yang mempergunakan Mazliana telah memakan diri mereka sendiri bila Mak engku menyukai Mazliana dan menghantar rombongan meminang Mazliana. Walaupun sebagai tunang olok-olok dengan sign kontrak lagi namun sedikit demi sedikit tanpa disedari keduanya telah mula jatuh hati. Dalam pada itu zZikri pun dalam diam menyukai mazliana.
Tapi disebabkan pakatan Tasha (yang suka pada Tengku Iskandar) dan Liyana (yang merupakan girlfren Nazmi iaitu kawan baik Mazliana yang ingat Mazliana punca kematian Nazmi) untuk tidak mahu melihat Mazliana dan Tengku Iskandar hidup dengan aman telah membongkar rahsia yang selama ini mereka simpan. Akhirnya kedua belah keluarga telah mengetahui pembohongan antara Mazliana dan Tengku Iskandar telah menyebabkan kedua keluarga begitu marah terhadap Mazliana. Disebabkan pakatan jahat antara Tasha, Liyana dan Julia Hana bekas kekasih Tengku Iskandar yang nak kembali semula kepada Tengku Iskandar menyebabkan seolah-olah Mazliana seorang yang jahat. Malahan Mazliana menerima tamparan hebat apabila kedua ibu dan bapanya kemalangan dan meninggal dunia. Masa ni memang sedih melihatkan musibah yang telah melanda Mazliana. Semua kawan dan keluarga memandang seolah Mazliana telah melakukan kesalahan yang besar sampai mereka tak boleh memaafkan. Di waktu ini juga Tengku Iskandar baru mengetahui jika dia sebenarnya telah jatuh cinta dengan Mazliana tapi Mazliana telah berpatah arang berkerat rotan untuk menerima Tengku Iskandar semula. Masa ni rasa sedih sangat pada Mazliana sebab musibah yang melanda dek fitnah orang membuatkan dia terpaksa menghadapinya seorang diri. Sedih sebab orang yang rapat dengan dia tidak mempercayai lagi diri nya walau bagaimana dia menidakkan kejadian yang telah menimpa dirinya.
Mazliana membawa diri ke ke London dan selama 3 tahun hidup menumpang di rumah sewa kakaknya yang sedang belajar. Di sana juga dia bertemu Hadi Ridzwan pelukis terkenal yang menyukainya. Walau berbagai cara digunakan untuk memikat mazliana tapi hatinya telah menjadi keras dan beku dengan siraman cinta. Dalam pada itu dia juga mula mengenali Doktor Cinta yang selalu memberi semangat dan pendorong kepadanya. Bagaimana kesudahan cinta mazliana agaknya? Adakah dia akan memilih Hadi Ridzwan yang sentiasa disisi ataupun menerima semula Tengku Iskandar yang masih mengharap kemaafan darinya ataupun Doktor CInta yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepadanya. Jawapannya hanya dapat di perolehi dalam novel Doktor cinta. Walau bagaimana pun bagi diri saya memang best ceritanya sebab ayat dia memang sempoi malahan ada part yang sedih rasa nak banjir juga lah dengan lautan airmata. Orang suka part Zikri meminjam payung dari seseorang yang akhirnya merupakan kakak Mazliana. Teringat pulak adegan dalam Nyanyian Tanjung Sepi Dr Zainur bagi pinjam payung pada Lida. Dan akhirnya Kakak Mazliana bercinta dengan Zikri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment