Kali ni Mbak Artik sediakan sarapan soto. Ada satay perut lagi.
Tapi sotonya layan dengan nasi bukan nasi himpit ya. Tempe mesti ada.
Ni gambar-gambar yang di ambil semasa Gunung Merapi meletup tahun lepas. Kiranya teruk juga sehingga sampai ke bandar Jogja serpihan habuk gunung tersebut. Ngeri juga melihatnya. Gambar ni kami lihat di dinding Hotel untuk tatapan penginap-penginapnya.
Tempat pertama yang kami pergi pada hari kedua ialah Taman Sari. Taman Sari ni merupakan tempat mandi keturunan Kraton terutamanya bagi raja dan permaisuri serta puterinya. Ia juga dikenali sebagai Istana air. Boleh kenali salah-silahnya di sini. Kena beli tiket dan seorang pemandu pelancung akan mengiringi kami sambil bercerita tentang sejarah Taman Sari. Seperti biasa ler aku asyik tercicir sahaja. Orang dah ke depan asyik di belakang mengamati keindahan Taman Sari.
Kalau tenguk peta besar juga kawasannya. Tapi bila membaca sejarahnya rupanya lagi besar kawasannya. Tapi sebab ada sebahagian tempat yang telah musnah hanya yang tinggal tempat permandian Raja Kraton. Malahan ianya juga merupakan tempat terakhir menyelamatkan diri sebab ada jalan bawah tanah yang tersembunyi. Maklum lah zaman dahulu kala setiap bangunan yang dibina ada jalan tersembunyi seperti juga Kota Melaka yang katanya ada jalan bawah tanah yang dibina untuk menyelamatkan diri dari musuh.
Mendengar penerangan tentang pokok. Semuanya mendongak. Tanya sama pokok... hehehe
Pemandu pelancung ni memanjat pokok yang katanya boleh mencantikkan kuku jari.
Testing di kuku jari Bunga.
Chewah kuku jari dah pakai gincu. Macam pakai cutex je tapi tak berwarna merah cuma berkilat.
Di belakang merupakan tempat mandi atau Taman Air Kraton Jogjakarta.
Yang ini permandiannya besar. Khas untuk perempuan ja. Bangunan 2 tingkat tu katanya tempat persalinan Raja dan juga tempat mengitip perempuan yang mandi di tempat yang luas ini. Sebelah sana merupakan kawasan permandian Raja bersama permaisuri atau gundeknya yang terpilih.
Ni kawasan permandian Raja dan permaisurinya. Ianya lebeh kecil sebab ianya special sikit lah katakan. Aku dapat bayangkan macamana le agaknya bila Raja berenang mengejar gundeknya sambil bergelak gembira. Hahahaha tinggi sungguh imaginasi aku. Agaknya masa mandi pakai apa ek. Takan le pakai kain batik buat pelampung. Masa dulu mana ada bikini. hahaha apa saje lah yang aku fikir ni.
Dari atas bangunan 2 tingkat tempat Raja mengendap siapa yang mandi. Nakal ek raja dolu2. hehehe
Tak paham aku kenapa pintu masuk tempat persalinan ni begitu rendah sampaikan kena tunduk kepala bila nak masuk. Jenuh jugalah nak ambil masuk dalam frame pintu tu. Tapi ukiran dia cantik.
Ada pangkin tempat berehat atau tidur tak pasti fungsinya. Syok juga ni kalau bergolek-golek sambil layan novel. Kukuh kayunya. Bawah tu macam ada tempat pendiang. Adakah ini tempat untuk memanaskan badan dengan berbaring diatasnya. Ala lupa nak tanya pemandu pelancung tu apa kes ada pangkin dalam bilik persalinan yang jadi tempat mengendap raja ni. Aduhaiiiii.
Masa masuk dari pintu depan tu sekarang keluar dari pintu sebelah sini pula.
Kawasan lain pula.
Ukiran yang menarik pada pintu gerbangnya. Setelah selesai di Taman Sari kami singgah di perkampungannya pula dimana terdapat rumah yang menjual lukisan.
Kak su sedang bertanya harga lukisan yang di minatinya.
Depan rumah tersebut ada terdapat tanaman buah Markisa. Ini lah buahnya. Masih menghijau lagi kalau masak rasanya warna kuning kalau tak salah lah. Sebab aku pernah makan buahnya semasa pergi Bukit Tinggi dulu semasa berhenti di Air terjun dimana ada gerai yang berjualan buah markisa. Rasanya sebijik seperti jus markisa yang aku pernah rasa. Manis bersari.
Nyaman perkampungan dalam Kraton Taman Sari
Lain dari yang lain tingkapnya. Dan dindingnya bukan papan seperti beranyam. Beranyam pakai rotan ke apa ke tak pasti. Kang aku dok belek-belek dindingnya kang dikata aku nak ngendap pulak. hehehe
Alahaiii dah sepagi berjalan mengeliling perkampungan Taman Sari, kita sambung pula bahagian ke 2 ya. Ponat den ni nak bercerita. Kita minum dulu.
hai notie,
ReplyDeletehemmm best jalan2 melihat tempat orang ... tentu macam2 kenangan indah ya.
Salam sis,
ReplyDeleteMelihat tempat orang memang best tu sebab orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi hujan emas di negeri orang tetap hujan batu ditempat sendiri menjadi pilihan. hehehehe
Perjalanan di tempat orang menambahkan takjubnya kita pada kekuasaan Allah yang menjadikan sekelian alam. Bila melihat kesusahan orang di tempat lain kita akan rasa bersyukur bertambah-tambah kerana di lahirkan di Malaysia. Apa pun syukur kepada Allah SWT yang memberikan rezeki dan kesihatan sehingga dapat berjalan-ja;an di negara orang. Amin