Friday, March 30, 2012

Wisata Jogjakarta geng UB Hari ke 3 Bhg 2

   Salam semua. Alahaiiii lama sungguh tak berupdate malahan sambungan hari akhir yang dah janji nak citer terbiar saje dalam post walaupun sudah tepek tapi dek kerana kengkangan tugas yang memenatkan minda aku setiap hari membuatkan ianya terbiar sepi. Penat sungguh kepala bila bermain dengan data pada setiap hari. malahan kadang dek kerana penat mata ini ianya terlelap barang seminit dua. aduhaiiii bila nak habis ni.Date line semakin suntuk.

Ok lah dari dek asyik fikir kerja je jom layan semula cerita Jogja yang tersangkut bulan lepas.


    Ok sebelum tu aku dah cerita kan kami pergi ke Gunung Merapi melihat sisa-sisa percikan gunung berapi yang masih lagi meninggalkan kesan walaupun dah setahun ianya berlaku. Selepas itu kami di bawa ke sebuah tempat makan. Dari luar memang lah macam tak ada apa pun yang menarik malahan tak nampak orang lain pun kalau lah dikatakan tempat makan macam di malaysia yang mesti ada ramai orang. Sekali bila masuk je bahagian dalam ya allah cantiknya. Rupanya banyak pondok kecil yang dibawahnya mengalir air bagaikan sungai kecil mengalir diantara pondok2 yang banyak terdapat. Kiranya stail tradisi lah tempat makan tu.
Kita orang pun pilih tempat yang cantik dan bersimpuh lah di depan 2 buah meja yang tersedia.

Menu yang terdapat di tempat tersebut.

Sementara menunggu mereka memilih makanan dan mengorder makanan mana yang boleh solat terus je solat zohor dan jamak sekali dengan asar.

Di ambil dari tempat atas dimana menempatkan tempat solat.

Kalaulah airnya jernih tentu lagi cantik kan tapi sebab keruh tak ternampak sangat ikan yang berenang-renang. Tapi sebab berwarna-warni cantik lah juga ikan tersebut.

Selesai je solat bila sampai tempat makan, makanan dah terhidang. Memang sedap lah apa lagi bila perut dah memainkan lagu keroncong tapi aku tak makan kenyang sangat sebab lepas ni kami nak pergi Spa. Nak memanjakan diri selama 3 jam. Tapi ada orang yang sampai menambah nasi sebab sedap.

Ni ayam nya. Aku tak pasti samada di goreng atau di bakar tapi nampak macam di goreng ja. Tapi yang tak tahan tu hah nampak dengan kepala sekali di hidangkan.

Ada ayam goreng, ikan bakar, kangkung goreng belacan

Ni pulak terung sambal berlado, sambal serta ulam sayur

Semua begitu seius makan. Almaklumlah makan beramai-ramai dengan tempat yang nyaman serta suasana yang damai makan jadi sedap.

Hah dah licin semuanya. Hingga menjilat jari beb

Tempat santai yang unik dari bambo.

Ni lah nama tempatnya

ni pandangan dari luar yang macam tak ada apa-apa pun tapi didalam sungguh cantik.

Selesai makan janji nak Spa dari pukul 3 sepatutnya terus menjadi pukul 4 sebab lama di Gunung Merapi dan di tempat makan. Kita orang dah tak sabar nak berspa.

  Menunggu giliran nak pakage apa. Mula-mula dah tenguk kat web apa yang ada. Ada lulur, scrub, mandi susu. Sekali bila dah sampai ada pakage lagi 3 jenis yang lagi murah daripada pilih satu jenis lulur, satu jenis scrub dan satu jenis mandian.

  Seorang demi seorang masuk bilik rawatan. Rupanya bila rombongan kami sampai ja yang seramai 8 orang ni terus sahaja pintu depan di tutup. Rupanya semua staf dia yang ada 8 orang meladeni kami setiap seorang. Malahan Bunga daripada hanya booking kan untuk kami juga turut sama membuat rawatan Spa. Bila seorang demi seorang naik ke atas tinggal aku yang last. Aku ambil pakage em lupalah apa namanya. 3 dalam 1.Tapi mula-mula buat scrub dan memijit seluruh badan. Bestnya sampai terlelap-lelap aku. Lepas scrub seluruh badan mandi sauna pula iaitu mandi susu dengan jakuzi. Fuh sodapnya. Selepas tu pula baru picit badan. Emmmm sedap sekali. Malahan siap dengan buat facial di muka sekali. Selesai semuanya hari pun dah pukul 7 malam. Tinggal Yah dan kak Su yang last. Rupanya dia ambil pakage yang 3 jam punya sebab dengan buat facial yang lengkap. Sambil menunggu aku pun terus bayar harga pakage Spa tersebut. Ya allah murahnya, bila di convert ke duit malaysia semuanya dalam lingkungan Rm50 lebeh ja sebab ada diskaun lagi. Kalaulah dekat Jogja tu dengan malaysia mahu taknya setiap minggu aku datang buat Spa.

  Setelah selesai dok lepak sambil berbual. Kak noor dengan nacha siap gunting rambut lagi sebab kata nacha murah dari di malaysia. Rupanya sebelah aku adalah nawwir. Dia bercerita lah dan tergeli hati bila semua percakapan aku dengan Puan yang menjaga Spa didengarnya. Sebab semasa scrub badan tu aku rajin bersembang dengan Ina Puan yang menjaga salun bagi pihak tuannya yang ada di jakarta.Yang tak boleh tahan katanya bila aku tanya nak tanggal semua baju ke. Dia dah kik kik kik ketawakan aku. Sabor jelah aku.

Bergambar ramai setelah semuanya dah jadi ayu dan jelitas. hahahaha Nampak semuanya cerah ja muka dan rasa fresh sekali.

Selepas tu kami pergi ke sebuah kedai yang mempunyai pelbagai cenderahati. Yang menakutkan pula tu dimana-mana ada ja patung mereka berdua ni disebalik kain-kain yang bergantungan. Ingatkan orang rupanya patung. Lupalah pulak namanya.

Selepas tu singgah di Rumah Mode sebab ada yang nak beli tshirt lagi. Yang mana tak nak beli tinggal ja dalam van. Selepas tu kami ke Jalan Molioboro lagi untuk makan malam yang terakhir di Jogja.

Sempat lagi melihat kuih tradisional Bakpiapia. Rasa contohnya emmm sedap juga 

Posing di Mall

Naga yang panjang merintangi sepanjang Mall.

Makan Malam di Piza hut tu aku dah cerita di sini

  Selesai makan kami pun balik ke hotel dan berkemas sebab pagi besok dah nak balik malaysia. Malam tu aku kena selsema sehinggakan asyik bersin ja. Kak noor dan nacha dah kemas dari semalam manakala aku last minit baru berkemas. Jadi tidur pun lambatlah.Shopping punya pasal bila dah nak balik baru pening nak mengemas. Alhamdulillah berakhir trip kami di Jogjakarta selama 4 hari yang best dan seronok. Paginya Bunga balik dulu sebab flightnya awal. Setelah bersarapan dan bersalaman kami terus ke airport. kenangan bersama Buk Artik sekeluarga dan Bunga memang best. Apa pun trip dengan geng Ulat buku tetap syiok.

No comments:

Post a Comment