Kek Pavlova
Kisah pesta Buku lagi. Kali ni aku pegi Sabtu dan Ahad pada minggu akhir. Selagi pesta buku tak habis selagi ada hari free memang aku terjah. Ni pun nasib baik ler putrajaya dah jauh dari PWTC. Kalau dekat masak ler aku hari2 dok bertandang seperti masa aku kerja kat Bangunan Perkim dulu. Time rehat je asyik dok menerjah. La ni hanya hari minggu je lah.
Dan pada hari Sabtu pula dengar khabarnya ramai geng yang turun. Nina Suria aka Kak Mon dan Klavu dari Brunei, Pink dari Kedah dan Eita Asyta dari Penang. Seronok sangat nak jumpa mereka dan terasa betapa manisnya ukhwah yang telah terjalin selama ini hanya kerana melalui Blog dan novel. Kadang rasa macam mimpi je hanya melalui talian internet tit tot tit tot dah terjalin ukhwah tersebut walaupun tidak mengenali secara berdepan namun hanya selalu berbual bicara melalui talian sudah terjalin ukhwah tersebut. Ajaibkan teknologi zaman sekarang.
Sebelum tu aku dah order kek velvet dan Pavlova dari Irma. Jadi dari rumah terus tuju rumah dia. Mula-mula memang Irma nak pegi Pesta buku juga malahan aku ajak bersama tapi last minit dia kena pergi kursus menghias kek jadi tak dapat ler join. Selalu tengok kat blog dia kali ni yehaaa dapat rasa. Lepak dan letak kek kat booth Js selepas tu pukul 12 lebeh ke pentas utama melihat pelancaran Buku Hikayat Hang Tuah karya terbaru kak su.
Booth JS pada pagi tu penulisnya adalah Ruby, dan 2 penulis seorang dari Singapore, yg susah sgt aku nak sebut namanya sebab panjang sangat. Pagi tu nasib baik cepat ambil Buku baru Ruby Mr Right buat Ann sebab tak lama kemudian rupanya bukunya habis. Kira masa aku ambil tu tinggal tak sampai 5 buah. nasib cepat kalau tak huwaaa nangis aku. hahahaha
Pink , Kak mon dan Klavu dif terhormat yang datang dari jauh. Special tu sampai dok depan tu.
Sebelum acara bermula apa lagi sempat lagi tarik nacha posing bersama dengan dif-dif terhormat. Susah wooo nak dapat berkumpul camni.
Gadis dan token dari Adiwarna memberi bingkisan comel buat yang hadir
Yeh seperti biasa bila dapat berkumpul beramai macam ni apa lagi lah posing time. Seronok sangat dapat berkumpul beramai-ramai. Hanya pesta buku je dapat jumpa macam ni.
Habis acara di pentas apa lagi balik booth JS potong kek pula. Ni kek velvet. Sebelum tu potong kek pavlova. Sedapnya kek tersebut. Dengan buah-buahan segar sepeti strawberry, markisa, anggur hah nak tenguk apa ada diatasnya tenguk atas ya pada kek yang belum di potong tu. Semua kata kek pahlova sedap almaklumler semuanya baru pertama kali rasa. Nampak gaya lain kali kena order lagi ni. Kek velvet sedap juga tapi pada aku cepat muak. Dapat sehiris dah cukup bila makan banyak2 jadi muak. Tapi warnanya memang mengancam.
Bersama orang brunei dan Kedah di Booth JS.
Tunggu Eita lambat sangat sampai dari Penang sebab lepas tu semua bersurai balik. Aku pulak pi booth Karangkraf pula sebab ada buku baru Kak Anis Ayuni baru keluar. Nak minta kak anis sign tapi kak anis pi solat jadi tak dapatle aku signature dia pada buku barunya.Lambat sangat aku pun terus balik.
Dr H. M Tuah Iskandar di Booth Karangkraf. Aku suka tenguk bajunya sebab warna biru dengan tie biru. Lawo tienya.
Hari Kedua iaitu hari ahad dan last pergi lagi. Kali ini aku terserempak dengan akak dan Anisa. Akak aku dah teruja memborong buku. Dia tak tahu adiknya tiap-tiap tahun tak miss terjah. Sekali pergi berbondong2 buku di borongnya.
Hari kedua pula dan hari last Pesta Buku , aku banyak lepak kat tingkat 2 pula. Oleh kerana semalamnya dah ramai yg turun ingatkan org Bonai ada lagi datang rupanya kata kak Su depa pi shopping kat Jalan TAR. Dok kat meja sebelah booth cenderahati dok ngok ngek dgn Kak su dan Nawwir sambil menjeling booth Adiwarna depan pintu masuk Dewan. Kali ni aku dah set nak cari Buku Kak Norash, Creative, Mimi Afinie dan Kak aina emir buku barunya dan last buku Fauziah Ashari dan JS kalau sempat. Tapi rupanya cuma dapat Buku Kak Norash, Mimie Afnie dan Kak Aina Emir. Buku Fauziah serta Booth Js aku tak dan terjah sebab dah nak balik dan tak sempat nak pi booth lagi.
Habis sessi terjah Booth Tingkat 2 keluar je nampak Eita bersama yang lain baru nak jenguk booth. Sempat lah bergambar bersama Eita, Ruby, Lia, Lara, Wan dan kawan Eita.
Pukul 5 lebeh aku dah nak balik sekali depa ajak pi minum2 dulu kat Riverside. Pertama kali ni masuk makan kat dalam. Nampak eksklusif tapi Ya allah lambatnya service. Aku, Lia dan Lara order Keow teow Hoo Fan dan minum ABC. Lama sungguh hidangan nak sampai jadi sembang mak limah je lah. Eita malam tu dah nak balik Penang bersama kawannya naik train pukul 9. Jadi habis makan tu terus ke KL Central lah.
Tada..... abc aku hah ko penuh semangkuk.
Nampak memang menyelerakan sampaikan Lia pun orde sama. Mula-mula aku dah offer makan bersama sebab nampak banyak dahle harganya dalam Rm 8 semangkuk besar ni. Tapi tiba-tiba je Lia dah orde tapi dia punya buah nampak lagi banyak. hehehe Last-last lia tak habis pun makan manakala aku punya nasib baik ada lara yang tolong sama-sama habiskan. Banyak woooo tapi memang sedap lah ABCnya.
Keow Teow Hoo Fan.... memang sedap tapi kalau cepat masak dan hantar lagi sodap.
Ni nasi goreng eita.
Tapi kesiannya eita dah la nasi goreng dia yang paling last, sekali dah makan separuh bila selak daun pisang di bawahnya ada rambut panjang berjela. Dia pun panggil lah manager tunjuk bahan bukti. Nasib dia dah makan separuh jadi oleh kerana dah kenyang dia minta ganti desert. Depa ganti desert buah-buahan. Tapi ayat yang tak boleh blah tu manager dia kata hah jangan gaduh-gaduh lagi. hahahahahaha Agaknya dia bengang dengan meja kita orang asyik je mengadu. Lambat lah nak itu nak ini lah. Lepas tu banyak komen lah. hehehehe memang adegan sebabak sungguh meja kita orang. Selesai makan kami mpun berpisah. Ieta dan kawannya ke LRT, Aku, Lara dan Lia ke Hentian Putra.
Ni borong hari Ahad
Ni borong hari Sabtu
Ni pula borong hari Ahad sebelumnya. Hah ko 28 buku. Ada 1 dapat free di Booth Karangkraf. Moral of the story selauler terjah Pesta buku supaya perpustakaan di rumah semakin penuh. hehehehe
hmmmmmmmmmm.....ko ngn anak dara aku bole dok serumah lah..hari tu dia pi jumpa ain maisarah, borong buku dia lagi..semua buku ain maisarah dah ada dlm koleksi dia..punya sayang, sanggup dia balut semua novel tu..ada juga dia beli novel penulis lain...semua dibalutnya...siap tuko2 ngn kengkawan dia...sekali tu adala mukasurat yg tercabut sbb gam tak kuat kot.., punyala bising membebel kat aku..[sbb aku baca, tercabut lak]....tak senghaja...aku bebel kat dia balik....apa nak bising2, kalau aku tak bg duit, tak dela merasa nak kumpul novel...haha
ReplyDeleteWah peminat setia ain maisarah ye. Tak pe lah borong buku daripada beli yang bukan2 sekurang2nya dia minat membaca. Ko kena buat bilik depan tu library kecil lah kalau dia dah banyak kumpul buku. hehehehe Lebeh baik dia dok rumah membaca daripada keluar rumah berpeleseran tak tentu arah.
ReplyDelete