Assalamualaikum semua. Ok hari tu kita dah layan orkid kan jadi kali ni kita layan bunga ros atau nama klasiknya bunga mawar. Macam lagu Alleycats sekuntum mawar merah sebuah puisi di bulan Februari.... hehehe nak berjiwang karats lah pulak tapi tak kena time sebab dah bulan Jun , kalau bulan februari tu ok kut sebab mawar merah ni ianya sinonim dengan hari kekasih. hah masa tu mencanak harga sekuntum bunga mawar. emmmm agaknya tukang tanam bunga Ros ni yang dok mencanang hari kekasih ni kut sebab boleh lakukan dan lariskan jualan bunga ros mereka. Agak aku lah ya sebab takan le tak leh guna bunga lain selain daripada bunga ros.
Pada Floria tahun lepas tema pada kali ini ialah bunga Mawar atau Bunga Ros. Nama saintifiknya aku tak tahu ye kengkawan, hangpa goggle ler sendiri ek. Masa pergi Cameron Highland dulu pergi lah kat valley Bunga Ros tapi kita orang terlambat sampai sebab dah petang dah tutup pagar tapi dapat ler juga nampak dari celah jaring bunga-bunga berkembangan. Huh cantik dan wangi sungguh. Dan masa kat Floria ni di buat satu kawasan ditanam semua jenis bunga Ros. Alkisahnya rupanya banyak jenis ye. Ada yang kecil dan ada yang besar. Tapi selalunya warna merah. Warna putih dan kuning ada juga tapi tak banyak. Tapi kalau kat obersea terutamanya tempat 4 musim atau udaranya sejuk huh memang bunga mawar dia besar-besar, hish geram sungguh, rasa nak gomol-gomol je tapi sayang dapat cium bau je. Masa aku kat UK sempat juga pi Regents Park dan ada kawasan bunga ros tapi masa tu dah tinggal sedikit sebab dah banyak yang gugur sebab dah nak masuk musim autumn. Kalau musim bunga huh memang agaknya aku terus tergam kat tepi pokok dia kut dok ralit tenguk bunga mawar yang berkembang mekar. Aduhaiiiiiiii Ok. Kita layan bunga ros ye. Huh sekejap bunga ros sekejap bunga mawar tapi kesimpulannya sama ya. hehehehe
Jenis ni cantik sebab warna merah sedikit di hujung bunga. Tapi kelopak dah relai ni
Yang ni jenis kecil
Yang ni pun sama
Species kuning yang tak banyak jenis
Mawar merah buat mama.
Kawasan yang disediakan untuk pelbagai jenis bunga Ros.
hai, dah bunga ros pulak.....suatu masa dulu aku minat gila kat bunga ros....masa 'muda2' dan 'miang2' dulu la...maklumla, bunga ros ni kan sinonim dgn org yg jiwang2 karats....hehe....sekarang ni memang dah betul2 berkarat kot! masa aku kat kota tinggi dulu ada gak tanam bunga ros depan kuarters.....cantik tu memang cantik, tapi cerewet nak jaga..tak le terlebih air, nanti cepat busuk dan mati....yang tak tahan tu sebab masa kat sana kambing dan lembu org biarkan 'merayau' tak tentu hala....aku dpt tahu yg pokok bunga ros ni memang kesukaan 'tok janggut' [kambing]....ha, kalau tok janggut nampak pokok bunga ros siaplah, dgn bunga dan daun sekali dia ngap..lepas tu pokoknya akan mati sebab kata org air liur tok janggut ni panas...pendek kata, kalau tanam pokok bunga ros, kenala pastikan kawasan rumah jauh dari kambing..
ReplyDeleteaku ingat kat tg sedili je org biarkan lembu kambing bersepah, rupanya kat melaka ni pun sama.....logik tak rumah aku yg kat taman tu pun selalu 'diziarahi' oleh tok janggur dgn keluarganya..tak pun sepupu tok janggut yg badan beso sikit tu [lembu]....lemas tau bila terbau najis lembu ni terutama waktu malam..sebabnya kat taman aku ni angin selalu bertiup sepoi2 bahasa, membawa bersama segala bauan yg 'semerbak' yg dihasilkan oleh lembu kambing....org depan rumah aku tu pun ada bela lembu, mana tak kuat baunya...sabo je la..
Bunga Ros ni kalau berbunga memang cantik tapi memang susah nak menjaganya. Banyak sungguh kumbang dan mahluk asing suka hinggap.
ReplyDeleteAgaknya Tok Janggut n Pak booo suka makan kut dia ingat berkhasiat. hehehehe
Pasal alam sekitar yang perfume kuat sangat tu nak buat lagu mane.... ko sembur ja lah perfume banyak2 dlm rumah ko. hehehe
kak memang suka ros/mawar ni...kalau ke cameron highland mesti borong ros.
ReplyDeleteKak paridah, geram kan kalau tenguk dia tengah berkembang. huhuhu. Masa saya pergi cameron dia ada jual pelbagai bunga ros yang masih kudup lagi. Bila sampai rumah semua dah berkembang. Kalau banyak tu boleh buat mandi bunga kak untuk awet muda. hehehehe
ReplyDelete