Ini lah Ustaz Mohd Izhar Arif
Assalamualaikum,
Oleh kerana kita masih lagi di bulan yang mulia bulan Ramadan dan hampir sampai ke penghujungnya jadi nak kongsi lah sedikit semasa mendengar ceramah Bicara rohani dulu. Semuga sama-samalah kita jadikan pedoman hidup. Bicara Rohani yang diadakan ni adalah pada 29hb March 2013 yang dah berkurun dah aku dengar. Tapi nak juga aku cerita sebab banyak info yang baik yang boleh kita sama-sama jadikan amalan.
Oleh kerana KKM
sekarang sedang berkempen budaya cemerlang dan tajuk bertimbang rasa dalam hubungan sesama manusia ni adalah salah satu
komponen dalam budaya cemerlang KKM. Memang amat bagus lah tajuk tersebut dan
ustaz berceramah merupakan pensyarah dari UKM yang juga merupakan panel
penceramah Forum Perdana di TV 1, Tanyalah Ustaz di Tv 9 dan Al kuliyah di Tv3.
Ustaz menerangkan ada beberapa
perkara yang amat di galakkan dalam Islam malahan ianya amat di tuntut dalam
Islam. Malahan Nabi Muhamad SAW juga ada menyebut namun ianya nampak mudah
tetapi betapa sukarnya untuk dilaksanakan umpamanya Isytifar sebanyak 70 kali.
Ianya amat mudah tapi kalau kita renungkan pada diri sendiri bila masa kita
berisytifar kepada Allah? Jadi hendaklah pada setiap hari kita berisytifar
kepada Allah.
Ustaz menekankan
dalam hubungan sesama Islam terdapat 3 hubungan iaitu:-
1.
Hubungan
dengan Allah SWT
2.
Hubungan
dengan manusia
3.
Hubungan
dengan alam
1)Hubungan dengan Allah SWT
a.
Islam
agama persaudaraan.
i.
Beriman
dan bertakwa
Betapa ramainya manusia yang beriman tetapi kurangnya yang bertakwa iaitu
takut kepada Allah. Jika takut kepada Allah kenapa maksiat begitu berleluasa.
Malahan Ustaz menceritakan betapa bertambahnya anak tidak sah yang terhasil
dari hubungan perzinaan. Dan angka
tersebut semakin tahun semakin bertambah, ini menguatkan lagi betapa manusia
beriman tetapi tidak takut kepada Allah dengan melakukan perbuatan maksiat.
Jumlah angka yang diperolehi dari pendaftaran menunjukkan angka yang
didaftarkan. Kalau data dari pihak polis pula 2 kali ganda kerana terdapat anak yang dijumpai di tong
sampah, di buang dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa umat Islam
sekarang banyak yang tidak mengikut syariat Islam. Memang rakyat malaysia
kebanyakannya beragama Islam tetapi syariat Islam dan cara hidup Islam tidak di
praktikkan lagi. Sebagai contohnya betapa ramainya anak-anak remaja
sekarang yang tidak bersolat. Bukan hanya budak-budak malahan mak budak dan
bapa budak pun ada juga yang tidak pernah solat. Jadi bagaimana tiang agama
hendak dipertegakkan andainya tiang tersebut tidak ada dalam kehidupan rakyat
Malaysia sekarang. Jadi seandainya data anak yang tidak sah semakin bertambah
maka didikan di rumahlah yang perlu dipersalahkan kerana tidak menegakkan tiang
Agama di setiap rumah.
ii.
Bersatu-padu dan jangan berpecah-belah
Umat Islam hendaklah bersatu-padu
menegakkan syiar Islam dan bukannya berpecah-belah hanya kerana menegakkan idea
politik yang bukan sahaja merosakkan perpaduan malahan boleh menghancurkan umat
Islam itu sendiri.
b)Islam
agama berkasih sayang.
Beriman seseorang
itu umpama menyayangi kawan bagaikan menyayangi diri sendiri.
i.
Janganlah kita terlalu bongkak sehingga tidak
memikirkan tentang orang lain
ii.
Jika
sesuatu itu kita tidak suka dan jangan lah kita perbuat kepada orang lain
iii.
Hidup berjiran saling tolong menolong.
2. Hubungan sesama manusia
Ustaz
menceritakan mengenai akhlak Nabi Muhammad dimana Rasuluallah berbuat baik
bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada golongan kafir. Ini
diceritakan oleh Ustaz dimana seorang perempuan kafir selalu membuat aniaya
atau sentiasa membuat kekotoran kepada Nabi Muhammad SAW tetapi Nabi Muhammad
SAW sentiasa sabar dengan kerenah perempuan kafir tersebut. Sehinggalah pada
suatu hari Nabi Muhammad SAW merasa hairan kenapa perempuan kafir tersebut
tidak lagi mengganggu Nabi Muhamad SAW. Rupanya perempuan kafir tersebut sakit
dan Nabi Muhammad SAW menziarahi perempuan tersebut. Akhlak Nabi Muhammad SAW
yang baik yang sanggup menziarahi perempuan kafir yang sentiasa menganiaya Nabi
telah membuat kan perempuan tersebut terus memeluk Agama Islam disebabkan akhlak
Nabi Muhamad SAW yang begitu baik dan terpuji.
i)
Memberi salam kepada yang beragama Islam
Didalam syurga ada 2 bilik yang
umat Islam perlu kejar iaitu
a. Bilik
1 yang mengandungi cermin dimana didalamnya terdapat bidadari bagi orang lelaki
dan bidadara bagi perempuan. Ianya bagi orang yang taat dan bertakwa kepada
Allah SWT.
b.
Bilik
ke 2 Allah bagi pada mereka yang suka memberi makan kepada orang lain. Buat
sekadar yang termampu asalkan memberi makan kepada orang lain. Kalau kita
membelanjakan sehingga habis sebanyak RM400, tak sempat habis Allah dah ganti
balik apa yang kita belanjakan.Yang ini memang bagus kita jadikan amalan sedikit demi sedikit.
ii)
Banyak
memberi salam
Hukum orang yang memberi salam adalah sunat dan orang yang mendengar wajib
menjawab. Dan mengikut sunah Nabi
Muhammad SAW pula memberi salam sambil melihat mata. Tapi bagi yang sesama
jantinalah ya kalau berlainan jantina pula dah lain pula. Memberi salam juga
bergantung kepada keadaan dan haram para isteri memberi salam jika suami tidak
menyukainya. Ni mesti kes cemburu ni.
Waktu yang makruh memberi salam ialah
a. Azan
b. Ganggu
bilal
c. Ketika
berkhudbah
d. Ketika
membuang air kecil
e. Ketika
membaca Al-Quran
Ustaz juga menegur pada sesetengah
yang meletak ringtone ayat Al-Quran dimana seandainya ianya berdering didalam
toilet.
iii)
Yang banyak solat malam (tahajud).Jika tidur dan
terjaga di tengah malam adalah bagus jika dapat solat tahajud walaupun hanya 2
rakaat.
iv)
Bersalaman.Bersalaman sesama Islam lagi lama
bersalam lagi banyak dosa yang jatuh.
v)
Menghadiri kenduri.Hendaklah hadir walaupun jika
kita berpuasa.
vi)
Saling
mendoakan jika bersin.Bersin itu merupakan satu ubat dan jika seseorang itu
bersin orang yang mendengar hendaklah menjawabnya.
vii)
Menziarah
ketika sakit. Sakit merupakan kifarah diatas segala dosa
viii)
Memelihara
lidah didalam tuturkata.
i.
Jangan bercakap perkara yang tiada berfaedah.
ii. Jangan
suka menambah cerita .
iii. Yang banyak bercakap tentang maksiat.
iv. Suka berdebat
v. Mengumpat dan berhasad dengki
vi. Jangan buka keaiban orang. Jika kita buka aib orang Allah akan buka aib
kita.
vii)
Memaki-hamun. Jangan mengatakan orang anak haram jika tidak kita perlu 4 saksi
untuk membenarkan jika tidak kena hukum sebat 40 kali
viii)
Jangan melaknat orang
Memberi nasihat
yang baik dan nasihat yang membina.
Ada 3 orang yang pertama sekali yang akan disoal iaitu
ulamak, pemimpin dan lelaki yang berpoligami.
Jadi hendaklah bertanya kepada ulamak( tugasnya memberi nasihat kepada pemimpin), meminta kepada pemimpin dan berkawan kepada orang
yang memberi nasihat.
Ustaz juga menasihatkan supaya menjaga aurat dan Insya Allah Allah akan memberi rezeki
kepada umatnya yang menjaga aurat.
3. Hubungan dengan alam
Menjaga alam sekeliling daripada mencemarkan sebagai contohnya merosakkan bukit, pencemaran seperti jerebu. Pokok menghijau di tarah sehingga kering kontang hutan tanpa memelihara alam sekeliling.
Kiranya bagus juga ceramah yang diberikan oleh Ustaz Mohd Izhar malahan ada juga diselitkan cerita yang mengelikan hati apa lagi jika ianya perkaitan dengan kehidupan yang kita lalui setiap hari dan juga kehidupan semasa yang sentiasa berurusan dengan orang ramai. Apa pun ilmu yang baik kita sebarkan manakala ilmu yang tidak baik kalau boleh kita nyahkan dari kehidupan kita. Semuga kita mendapat syafaatnya. Amin
No comments:
Post a Comment