Assalamualaikum,
Wah bulan September dah habis aku punya cerita jenjalan korea tak habis2 lagi ayooo berapa bulan ni boleh habis padahal dah berjaman ni huhuhu. Mood ooo mood kembalilah koooo
Day 4 Lokasi 17 Insa Dong
Hah tenguk tu betapa ramainya orang.
Insadong ni sebenarnya salah satu tarikan pelancongan yang famous juga lah seperti juga Myeodong dan Dongdaemun. Tapi Insadong lebeh kepada untuk orang-orang luar korea ataupun pelancong luar. Tapi faham-faham saja lah bila ianya dikatakan tempat untuk pelancong emm sudah tentu harganya lebeh mahal dari tempat lain. Kita orang pergi ni sebab hanya nak tenguk je macamana rupanya Insadong ni. Tapi sebab bila tanya harga huh 2 kali ganda harga dari Namdaemun, baik aje pandang-pandang saje ya. Kalau kat KL ni boleh lah kita katakan macam kat Bangsar, Damansara, hah tempat orang kaya tu. Barang-barang dijual juga banyak yang tradisional korea seperti kuih-muih tradisional korea, barang-barang kraf tangan dan sebagainya. Macam-macam jualan yang di jual untuk menarik minat pelancong asing yang datang ke korea.
Ni set alas meja dengan chopstick, alas meja dia sulaman tangan tau. Bagusnya orang korea ni banyak juga cenderahati buatan tangan. Halus je. Macam keychain yang aku ada beli adalah buatan tangan. Kiranya maamana moden sekali orang korea tapi semangat budaya tradisional dia tetap di pertahankan sepertimana juga dengan Jepun. Semoden-moden depa tetap ada jiwa zaman dolu-dolu. Emmm apa aku merepek ni... hehehehe
Pelakon Kdrama yang femes, Jang Keun Suk, Hyun Bin dan Lee Min Ho
Tenguk tu macam-macam ado... boleh rambang mata weiiii juga rabak kocek
Aku geram sungguh tenguk pokok bunga dia yang sedang berkembang merah kat balkoni tu. Tak pasti pulak ni restoren ke apa... lupa nak tanya kat Nazim. Tapi memang geram tenguk bunga berkembang mekar.
Oleh kerana harga yang agak mahal dan lagi duit won pun tinggal ciput setelah menyupping tak ingat kat Namdaemun jadi hanya pandang-pandang jeling-jeling je. Tapi orang memang ramai kat Insadong petang tu.
Day 4 Lokasi 18 Boat trip dari Lotte ke Jamsil
Selesai kat Insadong pula kami di bawa ke jeti untuk naik feri merintasi sungai Han. Masa sampai ni cuaca dah malam jadi tak nampak keadaan sekeliling di tepi sungai tersebut. Oleh kerana mengejar masa jadi makan malam lambat lah setelah selesai river cruise baru balik ke Itaewon makan malam.
Jeti Jamsil
Posing depan jeti
Oleh kerana nak menikmati pemandangan sungai jadi kami terus sahaja ke belakang feri. Angin malam begitu sejuk menyapa sehingga terasa sampai ke tulang. Ni kalau tak pakai baju sejuk memang tebal sungguh kulit orang tu. Walaupun kita orang yang banyak lemak ni tetap terasa sejuknya sampai ke tulang apalagi lah kalau yang kurus. huhuhu
Tak lama selepas kita orang dok beramai-ramai memenuhi tempat duduk kat belakang datang lah sekumpulan orang korea. Datang-datang je terus je bentang tikar kat lantai... wah depa berpiknik ko.. Macam-macam bekal makanan diaorang bawa. Geng kita orang yang kat tepi dek ni semuanya dok memandang apa lah depa nak buat. Riuh rendah sungguh sambil makan sambil minum. Nasib baik adegan piknik tu tak lama selesai je makan-makan depa masuk ke dalam. Sebenarnya feri tersebut ada juga bahagian dalam dimana terdapat live band didalamnya.
Tapi oleh kerana kita orang nak menikmati pemandangan indah sungai, jadi kitaorang dok melangut kat luar sehingga rasa dah puas dan rasa tak tahan sejuk barulah masuk ke dalam melihat live band tersebut. Seronok juga tenguk depa menyanyi dengan bunyi gitar begitu kuat berkumandang didalam feri tersebut. Rasa enjoy juga walaupun sepatah haram tak paham. Bila irama rancak rasa nak berjoget pun ada tak pun goyang-goyang badan sambil mengikuti irama rancak yang berkumandang. Syiokkk hilang penat. hahahahaha
Kat tepi semuanya geng kitaorang dan sebab dah penuh depa terpaksa lepak kat bawah. Tu tak habis lagi piknik tu.
Lalu bawah jambatan
Pemandangan indah berwarna-warni dimalam hari
Ada jambatan yang kami dengar bunyi keretapi melaluinya
Berwarna-warni cahayanya
Live band sedang berkumandang - syok pulak dengar
Akhirnya setelah balik semula ke jeti asal, kitaorang pun pergi dinner dengan laparnya sebab setelah disapa bayu malam, dah seharian berjalan perut masing-masing pun dah menyanyi-yanyi berdondang sayang. hahahaha Ok sambung hari ke 5 ya. TUNGGU.......
Bestnya naik cruise..tak lalu Banpo Rainbow bridge ke, yg keluar air pancut tu...
ReplyDeleteEntah ek tak tahu pun sebab masa lalu takde pun cahaya berwarna-warni dan air pancut keluar. Ke masa tu takde ke belum waktunya tak pasti pulak.
ReplyDeleteBets nyer shopping2 kat korea.. murah tak barang2 kat sana?
ReplyDeleteNaik ferry tu mesti best kat tgk suasana waktu malam :D
Time Traveller, best shoping kat korea tapi harga mahal woooo bayangkan 1,000 won Rm 3 duit kita. Tapi kalau kat namdeumun memang disyorkan sebab murah.
ReplyDeleteNaik fery tu best tapi bila tenguk yang ada air pancut berwarna-warni tu huh mesti lagi best tapi time kitaorang tu takde ke apa ke tak pastilak ke masa tu kitaorg tak tahu kekdahnya ada air pancut berwarna warni... huhuhu kena pergi lagi ni nampak gayanya... hehehehe