Assalamualaikum,
Semalam bila ternampak kat FB DG KKM yang merasmikan Minggu Garam Sedunia terdetik pula dalam hati eh ada pulak minggu garam sedunia ya. Bertugas dalam KKM ni ada berbagai-bagai nama minggu kesihatan dan pelbagai kempen kesihatan sampaikan kadang tak ingat pun tarikh-tarikh dia. Nak ikutkan ada takwim dalam setahun bagi kempen dan pelbagai jenis nama hari hari yang di sambut dan di war-warkan untuk rakyat supaya dapat di peringatkan penyakit-penyakit tertentu yang merbahaya seperti Hari Aids Sedunia, Hari jantung Sedunia dan sebagainya.
Malahan ada juga aktiviti larian 1000 langkah pun ada dibuat kat putrajaya ni. Hari Garam Sedunia ni merupakan satu bentuk kempen untuk mengurangkan penggunaan garam yang semakin bertambah dalam kehidupan seharian kita. Pengunaan garam yang berlebehan telah menambahkan jumlah penyakit seperti darah tinggi dan juga jantung. Yang terlebeh dalam garam seperti kicap yang selalunya menjadi pencecah sampingan dalam makanan kita. Orang pula kicap tak berapa jalan sangat kecuali buat sambal kicap layan dengan pisang goreng atau sup ayam. Tapi cili sos hah tu yang kalau tak ada tidak sedap lah mee goreng atau keow teow goreng. Mesti nak ada cili sos padahal dah tau dalamnya memang ada garam tapi sebab tak pedas memang tak sahlah makan. Camno tu. Apa pun sebenarnya berpada-pada pengunaanya jangan sampai ianya berlebehan. Boleh di guna tapi patut patutlah pengunaanya supaya ianya tidak jadi keterlaluan.
Perutusan dibawah ni telah dikeluarkan oleh mantan Menteri Kesihatan iaitu Datuk Sri Liow Tiong Lai. Menteri KKM sekarang Datuk S. Subramaniam.
PERUTUSAN SEMPENA MINGGU KESEDARAN GARAM SEDUNIA 2013
TEMA:KURANGKAN GARAM (“LESS SALT PLEASE”)
Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan ia berkait rapat dengan kejadian hipertensi. Keadaan akan bertambah buruk jika ianya diikuti dengan tabiat kurang makan sayur–sayuran dan buah–buahan (pengambilan rendah potassium), peningkatan pengambilan alkohol, kurang aktiviti fizikal serta obesiti. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kajian yang membuktikan pengambilan garam yang tinggi merupakan salah satu daripada penyumbang kepada masalah ini berbanding faktor–faktor yang lain. Oleh yang demikian, pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan seterusnya mengurangkan kejadian strok dan penyakit jantung.
Kira-kira 32.7% rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas kini dianggarkan menghidap penyakit hipertensi. Dalam hal ini, antara langkah yang paling kos-efektif untuk mengurangkan beban penyakit NCD di Malaysia adalah melalui promosi dan pencegahan, iaitu mendidik orang ramai, masyarakat dan pengusaha makanan untuk meminimumkan penggunaan garam samada dalam makanan atau pun produk yang dihasilkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha untuk merangka strategi pengurangan garam untuk Malaysia. Satu kajian rintis mengenai pengambilan garam di kalangan anggota kesihatan di seluruh Malaysia, yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun 2012, telah menunjukkan bahawa kandungan purata pengambilan garam adalah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari. Dalam kajian yang sama, didapati bahawa sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi. Kaum lelaki juga didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.
Pihak industri di Malaysia turut menyokong usaha ini. Sejak tahun 2011 hingga tahun 2012, terdapat 16 item makanan yang tinggi kandungan garamnya telah dibuat pengurangan garam iaitu dari kategori biskut, kicap, mee segera, makanan ringan dan daging beku. Jumlah penurunan garam adalah sebanyak 2% hingga 40 % dari tahap asal dan ini adalah amat menggalakkan.
Sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia tahun 2013, saya ingin menyeru kepada orang ramai untuk mengamalkan langkah-langkah berikut :
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Sasarkan tekanan darah (BP) anda pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang;
- Hadkan pengambilan garam kepada kurang dari satu paras sudu teh sehari (5 g/hari);
- Kurangkan penggunaan garam semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan;
- Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding garam,sos atau penambah perisa yang lain;
- Kurangkan pengambilan makanan terproses, segera, diawet, diasin, ditinkan, dibotolkan atau dijeruk;
- Ambil 2 sajian buah–buahan dan 3 sajian sayur–sayuran sehari;
- Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan; dan
- Pupuk minda sihat,tangani stress, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
Diharapkan dengan pelaksanaan langkah-langkah pengurangan garam dan pencegahan awal ini, bilangan pesakit hipertensi, strok dan penyakit jantung akan dapat dikurangkan di negara kita .Sekian terima kasih.
salam pagi...garam sinonim skali dalam kehidupan manusia...luas sekali penggunaannya dgn pelbagai cara sbb tu ada perumpamaan lebih dulu makan garam maknanya lebih tahu mungkin berilmu tapi jgn berlebihan mengambil garam dlm makanan kelak akan memudaratkan kesihatan kan...
ReplyDeletesalam sis. haah lah betul tu. Siap ada pepatah lama gitu menunjukkan betapa berharganya garam.
ReplyDeletetakde cili sos, kicap dlm mee/kuey tiow/bihun goreng, memang tak best, nampaknya kena kurangkan mkn benda bergoreng mcm ni..buat sup pun sedap..
ReplyDeletesekarang guna garam bukit, boleh jadi ubat..
benda yang menyedapkan dah tentunya kena kurangkan. huhuhu
Delete