Assalamualaikum semua,
Di hari Jumaat yang penuh berkat ini jom kita pakat ramai-ramai bersedekah. Ianya satu amalan baik yang patut kita jadikan amalan.
Kreatif dlm bersedekah
1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna oleh orang yg ingin memakainya disaat bersolat (amalan biasa di masjid2 arab mekah dan di madinah).
2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
Kucing merupakan haiwan yang Rasulullah sangat sayangi. Apa lagi kucing yang banyak terbiar dijalanan. Satu perbuatan yang baik jika memberi makanan kepada mereka bukannya di sepak-sepak kerana disebabkan kucing tu kotor dan mengiau nak makan. Aku selalu seriau bila sedang memandu tiba-tiba terserempak dengan kucing yang dah kena langgar... Ya Allah kesiannya.
3.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim ataupun orang miskin.
3.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim ataupun orang miskin.
Sekarang ni semuanya di hujung jari je. Tak payah menunggu anak yatim kutip derma ke atau orang miskin minta derma yang selalu banyak di pasar-pasar malam. Dengan hanya klik semua derma dah sampai pada pihak yang berkenaan. Malahan sahih ianya digunakan pada orang yang betul memerlukan. Pernah dengar kan anak yatim yang mengutip derma di eksploitasikan oleh orang yang fikir nak kaya tanpa mempedulikan budak-budak yang sepatutnya belajar tapi di suruh untuk mengutip derma dengan menjual benda-benda kononnya menjual sambil menderma. Dan ada juga terbaca orang yang minta derma di pasar-pasar malam tu menipu dimana kebanyakannya bukannya warga tempatan tetapi orang luar yang nak senang hidup dengan hanya mengutip derma sebab orang malaysia ni pemurah. Jadi jika tak mahu rasa cuak dan curiga adakah derma itu dapat pada orang yang sebenarnya search je rumah-rumah anak yatim mesti ada blog atau cara-cara macamana nak bagi derma pada mereka. Nak confirm call dulu no talipon mereka yang incharge rumah tersebut. Insha Allah semuga derma kita dimanfaatkan pada yang betul memerlukan.
.4.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
Satu saranan yang bagus juga. Kiranya ianya diberi tanpa perancangan. Jika terserempak mudah sahaja kita sedekah pada sesiapa sahaja yang memerlukan.
5.Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
Ini kiranya tabung dosa dan sedekah tersebut bagaikan menyucikan dosa yang telah kita lakukan. Simbolik sungguh saranan ini. Kena cubalah ni letak satu tabung menyucikan dosa. Emm kalau penuh nampak sangat kan kita banyak buat dosa. Semuga dijauhkan lah hendaknya dari melakukan dosa.
6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga. kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
Selama ini beli air kotak untuk potluck geng UB tak terfikir pulak yang buat macam ni boleh kita niatkan sedekah. Malahan time berkumpul kaum kerabat adik beradik aku, tak teringat pula nak beli air kotak atau air mineral banyak-banyak dan niat sedekah. Selalu beli hanya nak bagi anak buah aku minum. Ya lah kalau dah buat game ramai-ramai mesti ada yang nak air sebab dah haus banyak sangat berlari. Emmm kena buat selalu lah ni.
7. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
7. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
8. Belilah mushaf (al quran) dan. letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
Wow ini lagi bagus. Pahala berganda-ganda.
9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
Mengembirakan orang lain juga merupakan satu sedekah jadi sentiasa mengembirakan orang lain dan mempermudahkan urusan orang lain insha Allah ada fadilat disebaliknya.
10. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, dan bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
Senyum juga merupakan satu sedekah maka sentiasa bersenyum lah pada semua orang asalkan jangan senyum sorang-sorang sudahlah nanti orang lain fikir apa alh pulak. hehehehe
11.Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.
Ini satu sifat yang susah juga nak buat sebab nak memaafkan orang yang menganiya kat kita, orang yang marah sehingga menjatuhkan maruah kita depan staff lain. Hish hish memang susahkan tapi kena muasabah dirilah sendiri. Mungkin ada kejadian dulu-dulu yang kita termarah orang tan disedari. Kena lembutkan hati dan redha dengan apa yang orang lain buat pada kita supaya kita dapat memaafkan orang lain yang dah menzalimi kita.
12. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal.
Yang ini memang wajib lah kita buat pada setiap kali solat supaya aruah mak dan ayah serta datuk dan nenek serta semua kaum keluarga yang telah meninggal dunia diampunkan dosa mereka. Buat kedua ibu bapa yang masih hidup juga digalakan sedekahkan fatihah buat mereka bukan hanya setelah mereka tiada . Ditambah juga buat semua umat Islam diseluruh dunia semuga Allah mengampunkan dosa mereka.
13. Sedekahkan telekung di tempat RNR atau pun di mana sahaja tempat seperti masjid ke surau ke untuk kegunaan orang perempuan solat. Fadilah solat dengan mudah dapat kat kita.
Bagus juga kan idea ni seperti juga dengan mendermakan AlQuran di masjid dan surau dimana ada orang mengunakannya.
14. Mendermakan duit kepada mana-mana masjid yang didalam pembinaan
Yang ini lagi bagus jika terdengar ada masjid-masjid yang sedang mewar-warkan nak dibina baru dan meminta derma bagus sangat kalau derma kan sedikit mana yang kita mampu. Fadilahnya akan sentiasa tidak putus sebab masjid sentiasa dipenuhi dengan orang yang akn solat pada setiap waktu solat.
Buat semua yang membaca panjangkanlah semuga jika kita amalkan bertambah-tambah pahala yang diperolehi. Benda yang baik kita panjang-panjangkan semuga semua mendapat fadilahnya.
Selamat bersedekah.
menabung utk akhirat..a place of no return..alangkah berbahagia mereka yg selalu memikirkan kehidupan yg kekal abadi..
ReplyDeleteNohas... betul tu kehidupan didunia hanya sementara... sampai masanya kita dijemput Allah. hanya amalan je yang dapat dibawa bekalan di sana.
ReplyDeleteSemuga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan Nohas sekeluarga. Ameen
HARTA KITA YG SEBENAR ADALAH AMALJARIAH DAN SEDEKAH KITA..
ReplyDeleteSalam Kak PI... ya betul tu hanya itu bekalan di akhirat nanti
ReplyDeleteInsyaAllah..sama2 bersedekah buat bekalan akhirat.. TQ sharing ilmu kak:)
ReplyDeletesalam singgah Rabu sis:)
ReplyDeleteSinggah lawat Notie..:)
ReplyDeleteamboiiii atie hari hari singgah nampak. Segannya tuan rumah asyik tak ada je menyambut tetamu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete