Tuesday, August 11, 2015

Deko raya sambil beraya


Assalamualaikum,
Raya dah sampai penghujungnya tapi masih lagi jamuan di sana sini. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Syukur selalu. Semalam KKM ibu pejabat telah mengadakan Jamuan raya dengan sambutan Kemerdekaan. Acara sama je seperti tahun sebelumnya. Bila Menteri sampai, berucap sekejap bla bla bla, lepas tu penyampaian benderalah, lepas tu nyanyi lagu-lagu patriotik lah bagai hah lepas tu baru serbu makanan. hehehehe kali ini  aku malas nak ambil gambar. So takde lah gambar. Tapi kambing golek 2 ekor aku nampak sedang dibakar. 

Tapi yang aku nak cerita ni Jamuan raya Bahagian yang telah di adakan pada minggu lepas. Kali ini lain sikit sebab setiap unit akan di beri booth untuk deko dan ada hadiah bagi booth yang cantik. Lepas tu ada pula pertandingan karaoke lagu raya bagi setiap unit membuat persembahan.  

Unit aku kena sediakan  pencuci mulut dan booth deko ialah booth untuk buah-buahan dan puding. hah kat atas tu cantik tak? Buah-buahan tu siap berukir-ukir dah macam nak buat untuk meja orang kahwin je.


       Ni booth MNHA... ada lemang dan rendang. Tapi sikit sangat tak nampak pula di tambah.

   Sebahagian dari deko booth UPFK aku sangat suka sebab ada mangkuk tepen stail lama-lama. Bekas basuh tangan dia antik. teko warna oren tu pun cantik kan. manalah boleh dapat.
       Booth UPFK sediakan soto, satay. Satay mesti licin dan soto dia pun sodap. Aku mula-mula sekali terjah soto. Cuma sambal kicap tak ump tak pedas. Tapi kuah dia sedap.

                                                    Booth NHF sediakan nasi minyak

 
                                                   Booth PDPK sediakan kuih raya

Booth ni Unit apa aku lupa dia sediakan air minuman. Sedap teh tarik dia.

            Masa ni Dr Nadiah datang atas jemputan jadi kita orang pun posing lah bersama

Ni kumpulan karoake dari Unit UPFK nyanyi lagu Jalil Hamid. Menang sebab sketsa hantu raya memang membuat kita orang tergelak sakan. Yang jadi hantu raya tu Dr Rizal, Dr Ali jadi JKR. Memang kelako.

Selain daripada jamuan raya juga penyampaian hadiah bagi birthday staff dari bulan Januari sehingga Julai. Dapatlah free towel. Dan akhirnya deko Booth terbaik jatuh ke unit aku. hah dapatlah Hamper.  

12 comments:

  1. Salam notie, meriah sambutan raya..
    By the way, saya sekolah di Bakri Batu 6 (SMTDI) kampung notie.. What a small world kannn...

    ReplyDelete
  2. masih meriah sambutan raya di sana sini sebelum syawal berakhir...tahniah dpt hadiah booth terbaik..

    ReplyDelete
  3. kreatif..suka dekorasi brg2 lama...ada kambing golek tu yg best..

    ReplyDelete
  4. Cantik dekorasi2 yang ada...tapi sudah tentu yang terbaik dapat anugerah... besar hamper nyer...
    Tahniahlah booth unit notie telah berjaya...

    ReplyDelete
  5. LZ... wah dekat kampung saya... tapi saya tak sekolah kat situ, sekolah di SAB.

    Sis PI.. berkat kerjasama mendeko buah-buahan.

    Nohas.... kan... dulu masa ada rasa macam menyemakkan je ... sekarang ni terfikir kenapalah tak simpan kasi polish balik kan cantik. Macam seterika guna arang dulu memang ada lah ni emmm entah mana tercampak.


    Bunda... terima kasih. Sesekali lari dari agenda biasa sambutan rasa best le sikit.

    ReplyDelete
  6. Encik ruslan terima kasih menjengah

    ReplyDelete
  7. tinggal kenangan raya tahun ni ya notie tahun depan insya allah kalau panjang umo

    ReplyDelete
  8. SS tak pe raya Haji akan datang.. insha Allah jumpa tahun depan.

    Kak nor begitulah lumrah kehidupan. Masa terus berlalu. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita dapat berjumpa dengan Ramadan lagi. Aamen

    ReplyDelete
  9. teringat pula saya kat blogger kameq deanna . ntah2 satu bangunan dgn notie kot ... dapat mkn kambing golek tak ? ... heheheee

    ReplyDelete
  10. Qaseh.. Blogger kameq deanna tu bahagian mana. KKM ni banyak bahagian. Bangunan pun ada 5 blok. Walau pun kadang satu bangunan kalau tak terserempak memang lah tak tau. Kambing golek.... hahahaha pandang je dia bergolek2 sebab barisan menunggu ramai. Ramai rupanya peminat kambing. Kita kureng sikit lah

    ReplyDelete