Monday, September 14, 2015

Rombongan Meminang P3 Brunei (Merisik dan bertunang)Bhg 4

Assalamualaikum,

Akhirnya malam Ahad pun sampai. Dah siap semua gubahan hantaran sementara menunggu waktu magrib, jadi semua pun lepak je tenguk tv. Kesian kak tulipk, dia ajak aku ke bawah dimana ada kompleks membeli-belah, tapi sebab dah kepanasan balik dari melawat Serian dan ke Giant, aku terus mandi dan pakai pakaian santai di rumah jadi malaslah nak ke bawah. Besok dah nak balik sovenir pun beli lagi. Tapi sebab kata Helmy, besok ke kampung air dan dekat dengan kompleks membeli-belah, jadi besok ajelah. Bukan apa nanti dok melilau kang terkenan susah pulak aku dah lah bawa duit ciput jadi aku pujuk kak tulipK ala besok last day kita cari lah sovenir kak. Dia kata ok jelah. hahahaha

Bakal tunang to be... anak buah aku Helmy. Semua orang lelaki wakil pihak perempuan kena pakai baju melayu. Malahan Abang ipar aku Abang Rosli pun yang tak biasa bersamping, Akak aku Nora senyap-senyap pinjam samping dengan Kak Nong. Cheh semua jadi pahlawan melayu lah di Bumi Brunei ni.

Pukul 6.30 ptg je dah magrib, apa lagi semua pun kelam-kabut bersiap lah, ada yang nak mandi lah, ada yang abru nak seterika bajulah, nak solat lah. huh Haru sungguh. Dah la tempatnya jauh nun di Kampung Lamunin daerah Tutong. Mana yang dah siap turun bawah dulu, tinggal julie yang lambat. Maknya nak marah tak boleh juga sebab dia yang banyak susah payah pasal trip pi Brunai ni jadi tunggu je lah. jadi takdelah bergambar satu rombongan.  Cuma sempat ambil gambar Helmy dengan barang hantaran je.

Menunggu lif nak turun kebawah. Apartment yang kitaorang duduk  ni di tingkat 4. Jadi bila bawa gubahan hantaran melalui kedai-kedai di bawah, ala malunya jadi buat menonong je jalan. hehehe. Bila dah siap semua, Abang Ibrahim pun sebagai ketua wakil Perempuan membaca doa semuga segalanya berjalan lancar.

Sebelum meneruskan perjalanan, kita orang terpaksa menunggu 2 buah kereta lagi iaitu kawan-kawan sepejabat Helmy yang nak join sama. Jauh juga Kampung Lamunin. Ambil masa dekat 1 jam juga. Bayangkan pukul 7.30 mlm dan sampai hampir pukul 8.30 malam. Itu pun terlajak sikit. Sekali hah ko rumahnya atas bukit. Sekali bila masuk je kita orang dalam van... *wahhhhhh*  semua dah wow je. Kenapa? Sebab yang menunggu kitaorang begitu  ramai sungguh warisnya. Lepas tu berderet kereta-kereta jenis besar gadang disebelah rumah Bakal tunang Helmy. Segan pun ada tau. Dah macam majlis kahwin.
  

Kat atas tu yang berderet depan tu semuanya wakil tuan rumah. Yang baju Biru tu abang ipar aku Abang ibrahim jadi wakil pihak lelaki. 

Kita orang semuanya hanya 10 orang je. Yang baju hitam tu saudara belah perempuan. Yang duduk sebelah aku macam-macam soalannya. Orang bertanya kan jadi kita pun jawab lah mana yang boleh. Kenalah beramah mesra dengan pihak perempuan.

Hah nampak tak waris pihak perempuan. Yang baju hitam tudung merah tu adik beradik Azemah. Masa bersembang dengan makcik sebelah aku tu sempat lah bertanya perihal keluarga perempuan. Bapanya kerja Polis, adik beradik 7 orang yang semuanya perempuan dan yang bertunang ni anak no 2. Mak dah 3 tahun meninggal dunia. 


Sedang berbincang. Siap ada kad ikat janji tau. Nampak tak surat yang Abang Ibrahim pegang. Tu kiranya perjanjian antara kedua pihak. Janji setahun. jadinya Insha Allah majlis tahun depan akan dilangsungkan. 

Pihak perempuan melihat cincin tunang.

mak lelaki menyarungkan cincin pada pihak perempuan.

Tada..... ni lah tunang Helmy. dia orang sebenarnya satu pejabat.

Ni watikah perjanjian. Seorang satu simpan.

Pihak lelaki dengan pasangan yang dah bertunang.

Keluarga Kak Jal.

Jemputan sedang menjamu selera.
Ramai tu jemputannya. Yang sini pihak perempuan. Belah satu lagi balai pihak lelaki.

Lauk umbut kelapa sawit. satu lauk yang baru aku rasa. Selama ini umbut kelapa dan batang pisang. Rupanya ada juga umbut Kelapa sawit.

Pulut panggang dia sedap. Bukan pakai daun pisang ya.Entah daun apa lupa namanya. Susah nak ingat dan sebut.

Hah ni macam karipap tapi bukan tau. Intinya kacang macam inti apam balik. Kulitnya tu lembut bukan macam kulit karipap keras.


Yang tudung pink tu adik berasik bapa Azemah. Rajin melayan kami makan. Siap suruh tapau bawa balik sebab banyak lauk pauknya.


Hantaran 6 berbalas 4. Selalunya di malaysia ganjil. 

Ingatkan pulut rupanya nasi. Macam nasi kuning gitu. Ni Helmy bawa ke rumah sewa dia. Kita orang tak bawa balik sebab takde bekas nak bawa.  

Cupcake red velvet. Ada 2 kotak. Siap ada banner lagi dengan gambar. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya.


7 comments:

  1. Menarik sekali majlisnya..sedap2 masakannya..

    first time jg tau/tengok gulai umbut kelapa sawit...

    ReplyDelete
  2. DAH SELESAI SEMPURNA MAJLIS PERTUNANGAN HELMI DGN MERIAHNYA...TAHNIAH...XLAMA LAGI BAROMBONGAN LAGI SEKALI NOTIE N FAMILI KE MJLIS NIKAHNYA PULA...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  3. Nohas... memang nampak meriah. Lauk-pauknya memang sedap apa lagi kalau yang tak pernah kita makan macam kuih-muih dia. Tu lah sedap juga umbut kelapa sawit tu.



    JM terima kasih.

    Sis PI alhamdulillah selesai. Tinggal majlis perkahwinannya nanti insha Allah tahun depan. Tak tau lah camno rombongannya nanti mesti havoc nanti sebab senarai yang nak ikut dah berderet nak ikut.

    ReplyDelete
  4. Wah meriahnya di sana. Selamat blogwalking.

    ReplyDelete
  5. uh , ada black n white . ingkar blh kena saman tu ... memang mcm majlis kahwin ramainya tetamu mrk ... org brunei mmg kayo2 lah kan ...

    ReplyDelete
  6. Qaseh... hehehe sebab tu siap dengan kertas perjanjian tu. Majlis dia memang havoc sih siap kad jemputan lagi tu.

    ReplyDelete