Tuesday, October 6, 2015

Misi ke Penang Bhg 3 (Pesta buku terapung)


 Assalamualaikum,

Dah puas posing dan dah habis keliling muzium 3D.. rasanya masuk pukul 11 keluar hampir pukul 1. Sikit punya lama berposing dalam Muzium Trick Art tu. Lupa diri sat bila posing. hehehe 

Misi seterusnya ialah menuju ke Pelabuhan Swettenham. Kita orang sebenornya ni tujuan ke Penang ialah nak naik Kapal tenguk pesta Buku diatasnya. Selalu asyik kat PWTC je hah kali ini lain sikit misinya. Tapi setelah jenuh mencari parking dan dah dapat akhirnya bila sampai kat pintu gate rupanya buka pukul 2 petang. Ingatkan pukul 9 pagi dah buka tapi tarikh yang kita orang sampai ni iaitu 19hb rupanya gate buka pukul 2 hingga 9.30 malam. Nasib baiklah pagi tu kita orang dah pergi ke Pasar Chowrasta dulu, pi Muzium 3D Trick Art dulu jadi lepas je naik kapal ni dah boleh pergi airport. Naik Makcik Asiah pulak. Huh apa lagi nak menunggu pukul 2, lama lagi kita orang pun meraound keliling nak cari makan tengahari. 

Berhampiran dengan Port Swetenham tu ialah Fort Cornwallis dan padang Kota Lama. Berjalanlah kita orang dalam panas cuaca jerebu bagai mencari tempat makan.Tempat makan tu ialah The Esplanade Park di Padang Kota Lama.


Ada macam-macam makanan tapi kedai makan mee sotong tu femes sebab aku nampak ramai orang berderet kat gerai tersebut.  

Ni kaknoor order Rojak Pasembor... hum sedap

Depa bertiga order mee Goreng Sotong 


Depa order dulu jadi dapat dulu. Semua pun tunduk je menjamu selera. Tu nampak air sirap laici sampai 2 gelas aku order. Haus punya pasal. Satu gelas sudah habis aku order 1 lagi. Kaknoor joke dengan aku kali ini takde siapa pun nak jeling kalau aku order air sampai 2 gelas. hahahahah teringat seseorang kalau pi jenjalan bila aku order air sampai 2 je dah kena jeling. Takut kos naik padahal kalau kena bayar lebeh pun bagitau je lah tak payah le nak jeling-jeling. Aku ni memang kuat minum air batu kalau pi jenjalan time panas-panas. Haus je tekak. Tak puas dengan segelas.   

Tada ini lah mee hoon sotong yang aku order. Tak tahan sungguh dengan sambal sotong dan warna merah mengancam ko. Fuh memang sedap. Jadi sesiapa yang tersinggah kat The Esplanade Park tu cuba rasa mee sotong. Memang jempol lah. 

Kita orang posing je malas lah nak masuk dalam tu. Kena bayar lagi. 


Akhirnya nampaklah Pelabuhan Swettenham.... 

Masa nak ke Pelabuhan nampakle warga Orang Arab baru turun dari kapal. Boleh tahan ramai juga.

Tu dia sudah menunggu

Orang boleh tahan juga ramai. Bayar 2 kali masuk pelabuhan rm 1 lepas tu masuk kapal pun rm1 juga. 

Ni lah tujuan misi ke penang. Gigih sungguh. Minggu ni je yang free sebab minggu depannya dah nak raya Haji. 





Jenuh lah naik pelabuhan turun tangga naik tangga kapal pula. Hausle lutut hehehehe 

Tenguk tu tangganya. 

Kawasan pendaftaran

Ruangan yang digunakan. Ianya cuma setingkat je mengelilingi kapal. Masuk belah sini keliling hujung dan keluar di sanun. 

macam-macam ado 

Nilai yang di paparkan mengikut harga RM.

lawa kan poskadnya. 

Macam-macam jenis buku ada.

bekas air yang cute.
Teringin nak beli buku ni tapi duit ngak cukup... boleh tahan mahal juga.

                                                          Macam-macam jenis buku resepi


Ni yang suka DIY 

Untuk budak-budak pun banyak. 

Masa mula-mula masuk tak berapa ramai sekali leka belek sana belek sini tenguk orang dah ramai. Jadi kawasan pun sempit sikit. Belek punya belek sambil tenguk walet cukup ke tak ongkosnya hehehe lupa pulak nak bawa lebeh tapi akhirnya buku tak beli, ada lah sikit sovenir aku beli. FMnya mahal ko. Sekali tenguk jam eh dah nak pukul 3 apa lagi zup zap tenguk member lain dah tak nampak kecuali Iejay. Boleh tahan juga dia borong. Terus bayar dan menuju ke hujung kawasan. Ada 1 kawasan terdapat lukisan tapi ianya lebih kepada mengenai kisah-kisah Kristian. Emm lalu je tak ambik pot pun apa citer yang nak di ceritakan. Buku-buku didalam pun banyak lebih kepada Agama Mat Saleh lah.    

Tut tut Kapten kapal nak berlabuh..

Selesai semuanya dah bergabung ke 4, kami pun balik lah. Ni ramai baru datang. Budak-budak sekolah ramai yang datang. Maklumlah kan cuti sekolah. 

Tenguk cuaca jerebu kapal pun sayup je. 

Akhirnya misi kami nak jejak Pesta buku atas kapal pun selesai. Terus masuk kereta dan cari jalan ke airport pula ya. Berpusing-pusing lah juga nak cari highway ke airport. Sesat makan langsat lah juga. 

7 comments:

  1. ADA PESTA BUKU ATAS KAPAL PULA...MENARIK TU...PERNAH MASUK PELABUHAN PP LAMA DH DULU MASA HANTAR ATOK NAIK KAPAL BUNGA RAYA PI HAJI...

    ReplyDelete
  2. perghh...mengancam sungguh colournya..telan air liur tengok mee goreng sotong..

    bestnya..2-in-1..naik kapal + pesta buku...

    ReplyDelete
  3. Sis PI tu zaman bila tu naik kapal Bunga Raya pergi Haji. Tenguk pelabuhan macam best je kan. Teringin lah pulak nak naik cruise. Mesti lagi best.


    Nohas... emmm memang warna MeeHoon Sotong tu mengancam habis. Sedap pun ya juga. Tu lah tujuannya ke Penang. hehehe

    ReplyDelete
  4. ada satu blog saya baca tu , blogger tu mention gak pasal buku byk pasal kristian ... mee tu mmg menggoa wehhh .

    ReplyDelete
  5. Haah masa pergi tak perasan sekali dah balik bila google pasal kapal tersebut rupanya lebih kepada buku-buku kristian. Tu yang perasan banyak Bible dan buku mengenai kristian di satu sudut.

    Mee tu memng sodap hingga menjilat sudu. hehehe

    ReplyDelete
  6. ngeh3.. yang duduk Penang tak pegi pun =P lalala..

    ReplyDelete
  7. Ct, Kita orang pun masa depa singgah kat klang tak pi pun tapi bila di Penang gigih sungguh tu sampai ekspress 1 hari kaedahnya.

    ReplyDelete