Assalamualaikum,
Ok dah sampai hari akhir di Langkawi. Pagi-pagi dah bangun terus siap-siap nak balik. Beg masing-masing dah beranak-pinak dah. Ada yang pakai backpack je dah tambah beg baru. Ada yang beli bag anti maling lagi walaupun dah ada. Pukul 8 dah turun barang. Sebab tangga nan curam kenalah turunkan beg satu demi satu ke bawah. Nasib baik dah ada trolley.
Hah tenguk tu bersusun-susun beg tu. Beg anti maling berbagai-bagai design. Susun beg besar atas trolley.
Menunggu kawan-kawan yang lain sebelum kita orang membawa beg-beg yang banyak ni ke depan.
Nasib baik lah ada trolley hotel yang di pinjam untuk membawa barang-barang. Kalau tak jenuh lah nak mengangkatnya.Hah tenguk tu sikit punya jauh dari jalan masuk dan tempat check in hotel. Sepanjang deretan pintu sebelah kanan tu lah hotel Malibest 5 tingkat.
Si zan dah sampai. Big boss dia pun datang juga bawa kereta lagi sebab barang banyak. Penuh kat belakang van. Separuh lagi masuk dalam bonet big boss.
Pagi ni ada perlawanan Iron Man langkawi. Tu yang terus je ke airport, tak singgah mana-mana untuk sarapan. Jadi kena cari sarapan di airport lah. Frust juga sebab rasa macam teringin nak sarapan kat Nasi Dagang Pak Malau tapi bila kata takut jalan jem sebab banyak laluan di Airport kena tutup terpaksalah akur pada keadaan. Dengan harapan semuga ada jodoh lagi aku datang ke Langkawi. huhuhu Nampak benor dah tergoda dengan Nasi Dagang Pak Malau. Oh Pak Malau nanti Seri Mersing datang lagi ya.... ada juga kang aku kena perambat dek Mak Malau. eh kita suka nasi dagang dia lah ya bukan taukehnya. hehehehe
Amboiii yah berkodi-kodi tu beg. Time shopping memang seronok. Time nak bawak balik huh seksa.
Iejay datang bawa beg kecil, balik dah tambah 2 beg. I beg baru dan 1 beg anti maling.
Aku dah beranak beg 1. Beli beg baru, sebab beg lama dah tanggal pemegangnya. Yang bungkus merah tu lah mangkuk tingkat bunga-bunga aku beli.
Langkawi International Airport. Nama sesuai untuk Lia , salah seorang penulis JS.
Flight kita orang pukul 11.40pagi. .
Pergi kat tempat pembungkusan nak bungkus beg. Kita orang serbu je dah penuh tempat tu. Wah laku business adik tukang bungkus tu.
Sian adik ni.... sikit punya banyak nak bungkus. Masa time aku nak bungkus ada pulak datang sepasang suami isteri macam warga Arab je nampak gayanya. Nak cepat takut kena tinggal flight. Hah ya bagi le dulu. Sian kang tertinggal flight kan naya ja.
Akhirnya dah boleh daftar masuk. Nasib baik bila timbang-timbang tak lebih berat.
Sempat lagi tu selfie sebelum hanto beg besar masuk. Lawo pulak beg berplastik-plastik tu semua.
Kat airport ada tempat makan kat atas. Tapi sebab ada trolley berisi beg jadi tak jadi naik atas. Kita orang sarapan kat bawah je. Hah sesekali jadi minah saleh ko. Telur mata lembu yang menarik mata aku. Sebelum sarapan Nawwir pulangkan duit lebihan tabung Ayam trip langkawi yang ada lebih. Sebab selepas ni terpulanglah pada masing-masing samada nak sarapan bersama atau makan lunch bersama semasa sampai di KLIA nanti. Duit bayar sendiri.
Ni selfie bersama semasa menunggu flight.
Kapal terbang terbang ikut time dan oleh kerana sekejap perjalanan jadi MAS bagi juice oren dan kacang. Ada adegan yang aku ingat sampai sekarang. Terutamanya bila part dapat minum juice oren dan makan kacang. Rupa-rupanya si Nawwir dok tunggu aku order air juice lagi. Bila dengar aku minta tambah lagi 1 gelas dia dah ketawa. Bila aku tanya kenapa dia ketawa alkisahnya rupanya dia menunggu aku minta tambah lagi 1 gelas sebab selama ini aku memang juara bab air minuman. Kalau haus memang kena tambah lagi 1 gelas. Tu yang selalu kena jeling sebab orang lain 1 gelas aku hah ko sampai 2 gelas. Hahahaha aku hauslah beb. Tu yang kadang rasa tak cukup hanya 1 gelas. Alahaiiii Nawiir nampak gaya muka aku telah di chop dengan 2 gelas air.
Akhirnya lebih kurang dalam 45 min kita orang sampai di KLIA. Oleh kerana dah memikirkan nak bawa barang susah aku pun fikir nak naik teksi je sekali Nawwir tawarkan balik bersama sebab kami 1 jalan. Sepatutnya aku nak saing dengan Kaknoor naik ERL tapi mengenangkan tangan hanya 2 tapi beg dah ada 4 huh camno nak heret. Sebelum balik kita orang makan tengahari dulu. Yah pula hubby dia dah tunggu jadi balik dulu. Manakala hubby Nawwir baru keluar dari rumah jadi tunggu lama lah kat KLIA. Akhirnya dalam pukul 4 petang aku sambai ke rumah. Terima kasih Nawwir sebab hantar sampai depan pintu. Sekali bila sampai rumah akak aku rupanya selang beberapa pintu dari rumah akak aku, akak ipar dia pernah menyewa rumah berhampiran. Rupanya dia sealalu datang tapi tak tahu pun kalau aku duduk berdekatan. Akak ipar dia dah pindah rumah dah dan rumah yang disewa tu dah orang lain.
Ni lah bekas 4 segi yang aku beli Idaman Suri
Ni yang bulat.
Dan ini semua coklat yang aku beli. Itu pun hasil tunjuk ajar dari Kak Uda mana coklat yang sedap.
Akhirnya berakhirlah percutian Geng Ulat Buku ke Langkawi. Huh makan bulan sungguh aku nak habiskan cerita merepek merapu aku ni. Apa pun sungguh menyeronokan dan rasa nak pergi lagi. Terutamanya nak borong coklat lagi, nak beli kain batik lagi, nak beli set teko yang aku berkenan. Kalau ada rezeki lagi meh le kita pi Langkawi.
Amboi berbondong... he he he...
ReplyDeletehahahaha tu pun nasib baik insaf cepat kalau tak huh lagi banyokkkk di borongnya.
DeleteJom gi lagi.... geng kita memang gempak..
ReplyDeletekaknOOr
Yeh jom kaknoor jom... terbayang-bayang benda yang di tenguk tapi tak boleh di beli huhuhuhu
Deletelama juga nk hbskan n3 bercuti ke langkawi ya notie tapi amat menarik dibaca..serronok betul shopping di sana masing2 penuh beg diisi.
ReplyDeleteKak.. menulis ikut sempat dan masa terluang. Kalau jenis hardcore bloggers dah habis dah seminggu. Ini tulis ikut suka-suki hati je. Tu yang cerita banyak pending.
Deletewahh..beg beranak pinak..beg anti maling pun ada..hihi..telur dua mata tu menarik..
ReplyDeletePi langkawi tak beranak pinak beg huh tak sah katanya. Walaupun pada mulanya kata tak nak shopping tapi bila dah sampai huh mau juling biji mata tenguk barang. Beg anti maling tu bagus boleh isi barang banyak2
Deletefuhh..beli coklat cam nk bukak kedai runcit hhihihi
ReplyDeleteHish ni sikit je kawan akak lagi best sampai RM400 habis beli coklat je. Lagi hebat.
Delete