Monday, March 6, 2017

Penangan Novel Isteri Tuan Ihsan di Astro


Assalamualaikum,

Ok ni sebenarnya cerita dah basi sebab kejadiannya adalah pada tahun lepas waktu aku pergi pesta buku 1 Malaysia sebab nak jumpa penulis Sara Kyoko. Sejak terjebak baca novel dia,  Isteri Tuan Ehsan terus terjebak cerita dia yang lain. Dan kebetulan pulak masa tu tengah hot drama Isteri Tuan Ehsan di Astro Ria maka pihak penerbit telah mengundang Hero dan Heroin Isteri Tuan Ehsan bersama penulis untuk sessi tandatangan serta swafoto. Aaron Aziz dengan Amyra Rosli memang menjadi apalagi dengan gaya Seroja Irdina yang gediks tu emmm memang kena lah.     
Siapa pernah tenguk cerita Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria? Aku ni cuma langgan Injoi je jadi takde le dapat Astro Ria 104 tu jadi dengar khabar je lah ya. Tak pun kalau ada kat Youtube layan kat situ je. 


Masa pagi kita orang sampai tu berkebetulan pula dengan 1 event lain di PWTC tu ala lupa namanya perhimpunan komik manga ke apa sebab ramai sangat orang yang pakai costume komik manga. Macam-macam gaya.... ada yang style ninja ada yang style kiut miut cerita kartun 


salah seorang peserta 


Oleh kerana kita orang sampai awal pi lah terjah dulu booth lain. Bila dah dekat pukul 10 baru lah pergi ke pentas utama.Fuh peminat Isteri Tuan Ehsan dah ramai yang menunggu. Kedua hero dan heroin lambat sampai sebab adalah benda yang sangkut. Bila sampai je emmm semua serbu.   


Di atas pentas utama ..... penulis.... isteri Tuan ehsan dan Tuan Ehsan aka Aaron Aziz. 

Tu berbaris panjang nak signature dengan nak ambil gambar..... aku emmm tak bawa buku jadi pandang je lah suasana hiruk pikuk di pentas utama tu. 

Macam-macam gaya ada....lepas sign swafoto pulak.

Tu liza.... aku kenal sebab dia ketua club Baim Wong. hehehehehe Sekarang dah jadi pengurus artis Astro lah pulak.  



Suka pulak tenguk bahagaian atas tu.....hah... 


                      Best pulak pengacara tu duduk santai sambil beramah mesra sambil event berjalan.Kalau dapat jawab soalan pasal cerita Isteri Tuan ehsan boleh dapat sign cepat.

Kita orang tak tunggu sampai habis terus meronda lain booth pulak. Sebab selepas habis sessi kat atas pentas penulis Sara Kyoto ada kat booth penerbitan lain. Jadi kita orang tunggu kat situ lah. Aku huh mula-mula konon tak nak beli sekali dah sampai huh kiri kanan tangan tak cukup. huhuhuhu teruknya habit aku... tak boleh tahan melihat novel.....huhuhuhu baca entah bila.....hish hish


       Ni lah penulis Sara Kyoko orang Sabah beb.... tulisan dia pada aku best...habis semua novel dia aku beli. Selain dari Sara Kyoko, cari juga buku sarnia yang terbaru....huhuhu tebal beb...entah bila nak habis..

Apa pun enjoy dapat berjumpa penulis yang dah kenal dan dah lama tak jumpa, tenguk orang ramai tenguk buku baru.... emmm best sangat dengan bau buku yang baru. Lepas tu lepak  makan-makan sambil bersembang. Sesekali berjumpa banyak cerita nak cerita. Apa pun kita enjoyyyyyy

8 comments:

  1. Best kan kalu kita dah minat novel tetiba dpt pulak jmpe penulisnya... kalu SS pon giler... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah jumpa beberapa penulis yang akak minat tulisannya malahan ada yang jadi geng pulak. Macam penulis noor suraya tu daripada minat tulisannya terus jadi geng ulat buku dan jadi member borak, member makan dan member jalan. hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Novel dia kelakar...sesekali baca sengeh sendiri sambil gelak sendiri lepaskan tension kak.

      Delete
  3. rindu nak baca novel tapi IQ sendir banyak benda nak buat, so baca novel tak dapat masuk dalam list, kena tunggu anak besar sikit baru boleh start membaca balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu sakan lagi membaca lah ni...emmm mood merundum... 1 buku pun berbulan-bulan nak habis.

      Delete
  4. suka tengok cerita tu... best sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca buku best lepas tu layan drama lagi syiok

      Delete