Assalamualaikum,
Lama sungguh menyepikan diri. Mood nak menulis memang ke laut semedang. Tapi sebab semalam pi piknik kat putrajaya dari pukul 9 sampai masuk Zohor emmm memang seronok sungguhlah menyembang sambil makan. Macam-macam cerita kita orang gossipkan. Walaupun ada beberapa member tak dapat join, yang ada pun dah best. Dengan persekitaran yang nyaman....kita orang bentang tikar tau dan cari port tersorok bawah pokok. Tapi nampaklah orang yang datang ke Masjid Putra sebab berhampiran dengan jalan masuk ke Masjid Putra.
Geng Ub dah lama tak piknik jadi bila di syorkan 16hb Julai kat putrajaya...semua pun seronok. Selalunya kita orang buat potluck. Jadi menu macam-macam. Sambil gossip sambil ngap...hehehehe
Dalam group washap semua upkan kehadiran dengan menu. Yang bagusnya Syud dari JB datang khas ke putrajaya untuk piknik. Last jumpa masa pesta buku. Tapi sayangnya Lia, kak uda dan wabbit tak dapat hadir. Lia dah kata nak datang tapi sebab demam dah cancel. Kak uda pula baru dapat cucu ke 2 dan maknya datang dari Johor nak tenguk cicit baru. Jid pun macam tu mak dia datang dari Kedah.
Acara start pukul 8.30pagi tapi aku sampai dalam pukul 9. Sampai-sampai je iejay, wan dan Nawwir dah sampai. Terus kita orang cari port yang sesuai. Bentang tikar dan lepak dulu sebab Kak su dan Yah sampai lambat sikit. Sementara menunggu menu utama sampai kita orang sembang sambil makan buah mata kucing dan manggis. oh lupa ada mee siput. Satu bekas aku goreng.
Akhirnya kak su sampai. Yeh menu laksam. Memang sedap. Iejay bawa nasi Arab daging kambing. Yah bawa Quiche. Nawwir bawa ketupat dan ketupat palas. Kaknoor sponsor kek birthday. Hari ini birthday Anim. Jadi celebrate sekali dengan bulan Jun iaitu wan. Kek SR Balck forest cheese. Sedap sangat. Aku tukang beli. Tu pun nyaris kek tak dapat sebab aku salah pergi Tesco. Ingatkan Tesco Extra kat cheras taman Midah tu rupanya yang tepi Highway MRR2. Lepas tu salah masuk jalan lagi...dah berkeliling area Pandan Indah. Nasib baik dapat jalan yang benar dan bila sampai SR kek carrot pulak dah habis. Akhirnya setelah tanya nawwir ambil lah Black forest Cheese. Sekali bila tanya adik SR tu kalau tak masuk petisejuk boleh ke. Ohhh tidak boleh ya. Nanti dia cair. Akhirnya cadangan aku nak bawa ayam ponggeng terpaksa cancel sebab kalau dah masukkan kek, ayam perapan nanti tak muat.
Last choice call akak kat Rawang tanya resepi rendang yang selalu dia buat. Dan tada akhirnya malam itu juga aku merendang ayam. Hah nampak tu aku dah rasmi tepen warna biru yang beli kat padang besar untuk isi rendang ayam. Anim bawa rendang Tok wan. Wan bawa air mineral dan perkakas pinggan mangkuk, sudu dan cawan. Syud oleh kerana datang jauh kita orang suruh dia beli air kotak je. Nacha pula bawa kuih raya. Di hantar oleh anak bujangnya.
Yah sedang memotong laksam. Kita orang sabar menunggu. hehehehehe
Sambil menunggu laksam siap di potong kita orang rasa Quiche... hasil tangan Yah. Sedap.
Posing sebelum makan. Tu nampak tu bekas mee siput.1 balang besar tau.
Nasi Arab masak dalam Noxxa dengan sambal hijau dan salad timun.
Bas pelancung keluar masuk yang ramai hari ini maklumle hari minggu. Dari tempat kita orang piknik.
Menu utama dah sampai apa lagi lah makan time.
Bila dah duduk bersimpuh ni memang macam-macam gaya ada. Ni dari gambar dari Iphone kaksu. Cantik-cantik gambar yang kak su ambil.
Makanan yang di bawa.
Nacha datang dengan anak bujangnya. Tapi lambat sikit lah. Kita orang dah puas makan sambil bergossip...dia baru sampai.
Sambil makan sambil bersembang. Macam-macam cerita. Dari bab #Fattzura dengan #Lofattah. Lepas tu sambung cerita drama-drama adaptasi novel. Cerita pasal keluarga Diraja johor pun masuk juga. Syud kat JB banyakle cerita pasal JDT.
Bila buka kotak je semua kata cantik. Masa aku beli yang coklat tu tak ada, putih bersih je. Bila customer dah bayar baru dia letak coklat rice atasnya. Yummy.
Acara potong kek birthday Julai dan Jun
Yummy memang tip top
Bahan-bahan Laksam.
Ni panggil apa ya. Kuewtiow laksam ke. Kata kaksu seketul ni Rm1 kat area Bangi.
Sembang punya sembang sambil makan ngulang kali ke 2, sehinggalah Masjid berkumandang Azan Zohor. Kaksu yang sebelum ni kata ada jamuan dengan editor creative dan nak balik sebelum pukul 12, tapi tak jadi . Dah cancel jadi acara santai kita lama le. Bila perut dah kenyang dengan angin sepoi-sepoi bertiup....huhuhu mata pun dah ngantuk. Ni kalau ada bantal ni emm boleh ngorok ni. best sangat lepak bawah pokok.
Jom balik....
Opss selfie dulu berlatar belakangkan Masjid Putra.
Semua balik dengan rasa seronok dan puas hati dapat makan dengan tenang dan bersembang dengan lamanya. Semua geng yang tak dapat join semuanya jeles bila gambar up dlam group washap. Apa pun semuga ukhwah kami berpanjanganle hendaknya. Aamiin
wahhh, meriah betul potlucknya. seronok habis ni! banyak betul makanannya.
ReplyDeleteBila dah berkumpul ramai-ramai memang seronok apa lagi dengan makan beramai-ramai. Lagi sedap sambil ngap sambil ngok ngek. hehehehe
Delete"Sambil gossip sambil ngap"... Ha Ha Ha... Hadoiii laaa...
ReplyDeleteItulah adegan yang paling seronok sekali bila pi piknik...hehehehe
DeleteMee siput tu kalu cicah sambal... Lagi masyukkk laaa...
ReplyDeleteKan...tak sempat buat sambal tumis..nak beli sambal tumis nasi lemak takut nasi lemak tak cukup sambalnya... mee siput makanan legend zaman sekolah dolu2
DeleteNape tak piknik kat taman botanikal putarjaya? Lagi privasi kat situ...
ReplyDeleteAtas permintaan Kak su nak piknik dekat dengan masjid Putra
Delete