Assalamualaikum,
Kita sambung citer pi umrah ya. Mudah-mudahan aku ada idea mencurah-curah nak bercerita. hehehehehe. Kali ini nak cerita betapa syoknya dapat naik Airbus A380. Pengaruh novel Evelyn Rose lah yang buat aku teruja.
Masa baru-baru daftar nama, KUJDT ada maklumkan kami akan naik Flight Khas ke Madinah. Sekali aku tenguk flyer dia ..naik Airbus A380 ....wah best ni kapalterbang 2 tingkat, terus teringat novel Evelyn Rose.. hero dan heroin jatuh cinta didalam Airbus A380. Memang jakun sungguh aku ni , dapat naik kapal terbang 2 tingkat padahal sama je....huhuhu...tak kisah le ko nak kata aku jakun ke apa ke janji best..
Yang best tu di depan mata screen ditempat duduk, kita nampak kapalterbang memulakan perjalanan. Nampak lah kapal terbang bergerak dan nampak sekelilingnya. Kalau tenguk screen tu dah rasa macam super women pulak bertenggek atas kapalterbang.... hahaha ada-ada je...banyak sungguh imaginasi aku yang bukan-bukan.
Ni aku kidnap dari pakcik google. Nampak besar sungguh kan.
Ni semua petugas Kembara Umrah JDT dengan 2 orang mutavif dia Iaitu Ustaz Syed Nasir dan Ustaz Khairul Fahmi. Encik Din dan Encik Rahman memang bagus lah service depa. Memang tiptop. Petugas KUJDT naik business class lah kan sebab bawa ramai jemaah Umrah ni. Group 20.11.2017 ni seramai 101 orang.
Punya seronok sampai tangga pun nak ambil gambar.. siap minta izin dengan peramugara lagi..hahahaha orang kampung sungguh ni.... Tinggi juga tau sebab aku dah rasa nak naik tangga tu. Masa pergi, kita orang belah bawah. Bila balik baru merasa duk atas. Tu yang tahu macamana siksanya nak mendaki tangga dengan mengheret beg tarik. Bahagian depan mestilah business kelas. Masa pergi nasib baik dapat tepi walaupun bahagian tengah. Seat dia 3- 4- 3 , walau pun begitu kiranya luas juga lah dibandingkan naik Air Asia , apa lagi perjalanan jauh yang memakan masa 8 jam. Masa kat atas seat dia 2-4-2. Dan keluasannya lebih lapang sikit dari di bawah.
Tenguk business kelas dia pun dah jeles kan tapi sedar kita orang marhaen je tak mampu. Ni pun dah bersyukur banyak-banyak, Allah jemput aku dan family menjadi tetamu NYA.
Dapat makan 2 kali tau. hahahaha Masa pergi kan dah tengahari , dapatlah makan nasi, rendang ayam. Sedap. hehehehe Eh sebelum tu kita orang solat jamak dulu lah. Kan sebelum tu dah siap-siap ambil wuduk. Kita orang solat duduk je. Setelah selesai letak beg atas kepala, mendapat tempat duduk tempat masing-masing, dengar sessi keselamatan semasa dalam penerbangan. Tenguk kat screen je senang, tak payah le crew berdiri tengah-tengah jalan bagi tunjuk ajar macamana nak selamatkan diri semasa musibah. Changgih sekarang na...Tak lama setelah itu Encik Din pi dari satu seat ke satu seat, tanya dah solat belum ...Kalau belum dah boleh solat sekarang. Kiranya dia maklumkan pada semua jemaah lah supaya solat dahulu.
Ni dapat yang ke 2 pula, masa dah nak sampai Madinah. Hah yang ni lagi sedap. Beriyani ayam dengan acar buah. Thumps up. Licin. hehehehe. Setelah selesai solat, makan lepas tu apa lagi ngorok le. Hish hish hish. Asyik nak ngorok je aku. Sebenarnya boleh je buat macam-macam bagi mengisi masa yang terluang sepanjang perjalanan. Jadi kita boleh baca Al Quran ke, nota Umrah ke, bagi mengisi masa sebelum sampai Madinah. Sepatutnya masa terluang itu di isikan dengan sesuatu yang berfaedah, apa lagi niat kita nak beribadah kan. Kalau rasa cuak pun zikir dan doalah banyak-banyak semuga perjalanan kita di permudahkan Allah.
Tapi seperti biasa bila perut dah kenyang mata pun senang je nak lelap. Jadi kalau lelap tu jangan lah sampai berdengkur ya. huhuhuhu tapi kalau dah ngantuk tu manalah sedar berdengkur ke tidak.
Ok sambung lagi. Tapi yang aku suka sekali masa masuk flight A380 ini ialah crew MAS yang sungguh sopan dan menawan. Manis je pakai uniform muslimah macam ni. Kalau lah boleh di gunapakai buat semua penerbangan MAS kan best.
Uniform yang mereka pakai lain daripada uniform MAS yang biasa. Aku tak pastilah adakah ianya hanya untuk penerbangan Umrah sahaja crew flight pakai uniform tersebut. Tapi sweet je peramugarinya.
Ni lah geng sederet kerusi. Kak Jal kat hujung sana aku kat hujung sini. Yang pakai tudung kelabu tu adik Kak Endon, Nong Ngah namanya. Yang tudung hitam kawannya. Seronoklah sembang walaupun baru pertama kali jumpa.
Kat belakang kita orang Kak nong sekeluarga. Kak ijah dan yang lain-lain belah belakang. Sebelum sampai Madinah, aku pun jenguk lah toilet. 8 jam ko dah minum dah makan, air jus bertambah-tambah, manalah kantung tak penuh. Sudah tentulah nak kena buang juga bendaasing tersebut. Oleh kerana ramai sangat orang menunggu di toilet berdekatan, aku pun pi lah ke belakang sekali. Nampak orang Indonesia sedondon di belakang. Ada yang corak begitu, ada yang corak begini. Tapi corak yang sama sederet lah. Toilet belakang ada 4 jadi takde lah ramai sangat orang menunggu. Cantik pulak boria ramai-ramai macam tu.
Wah kak Jal berseri-seri gembira dah nak sampai Madinah.
Ni semua dah tak sabar nak turun, menunggu orang business keluar dahulu barulah kita orang pulak turn. Alhamdulillah setelah 8 jam penerbangan, akhirnya kapalterbang pun mendarat di Airport Madinah.
Ketua rombongan geng 16 iaitu Kak Hanim. Masa pergi Kak Hanim depan kita orang.
Masa balik, kaum keluarga aku ramai kat belakang. Aku dengan Kak Nong Ngah je yang kat depan. Semua dah tak sabar nak bertemu keluarga di Malaysia. Masa balik geng bas Epal dan bas pisang bergabung bersama di tingkat atas.
Kat tingkat atas luas sikit dari yang bawah. Ni yang seat tepi hanya berdua ja.
Apa pun seronok menaiki Airbus A380. Perjalanan pergi dan balik semuanya berjalan lancar.
mesti selesa terbang dgn MAS AIRBUS 2 tingkat ke Madinah.
ReplyDeleteOk selesalah sikit apa lagi perjalanan jauh dan lama.
DeleteBest kan naik kapal torbang besau dua tingkat...
ReplyDeleteBest memang best tu pun tak pusing keliling kalau tak kerana nak jadi budak baik kan. kalau tak memang pusing habis semuanya. hehehehe kalau ada geng le. Sorang emm senyap2 je. Tu pun dek kerana nak cari toilet sanggup sampai ke belakang.
DeleteBebaru ni kerajaan arab saudi dah benarkan wanita malaysia 25 tahun ke atas kerjakan umrah haji tanpa mahram... berita baik! Doakan semoga SS dpt seruan ke mekah madinah... aminnn...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Akak memang doakan semuga semua pembaca blog akak dapat seruan ke mekah dan madinah...termasuk juga doakan kalian bertiga di temukan jodoh. Aamiin.
Deletealhamdulillah
ReplyDeletedoakan saya pun ada rezeki lagi menunaikan umrah dan haji :)
Ala encik Hans akak dah balik pun. InsyAllah mudah-mudahan satu hari nanti dapat ke sana. Doa banyak2 semuga Allah menjemput Hans berkunjung ke RumahNYA. Aamiin
DeleteGood post. criar email hotmail
ReplyDelete