Tuesday, May 15, 2018

Potluck sebelum Ramadan


                                     Air soda herbs yang sungguh menawan kalbu hasil air tangan Bob.


Assalamualaikum,

Lama kan tak gebang. Aku sekarang ni dok pulun buat report tahunan jadi memang tak dan nak mengomel dalam blog. Apa pun semuga semuanya sihat walafiat hendaknya. Aamiin.

Minggu lepas bahang pilihanraya memang panas membara dan cuti panjang sebab mengundi. Sana sini sibuk bercerita apa lagi  dengan hasil pilihanraya yang sungguh di luar jangkaan. Makcik Bawang dan Pakcik bawang memang membawang je di sana sini. hehehehehe eh makcik bawang tu dah changgih la ni bukan asyik citer gossip je lah ni citer politik ko. Hah  Apa pun itu adalah hasil demokrasi dan rakyat sudah memilih dan sekarang adalah masa untuk kita bekerja kuat supaya Malaysia aman dan makmur sejahtera. Bab politik ni aku tak sokong mana-mana sebab sebagai kakitangan kerajaan kita orang tidak boleh terbabit dengan politik. Siapa yang memerintah kita terima dengan tangan terbuka.


Semalam dah tenguk anak bulan dan esok kita akan berpuasa. Jadi pagi ni opis kita orang buat potluck sempena nak  menyambut Ramadan dan baca Yassin. Semuga di bulan Ramadan nanti kita istiqamah dalam melipatgandakan amal ibadah. Semuga Allah memanjangkan usia dan dapat menyambut Ramadan dengan gembira. Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadan kan. Meeting ahri tu pun dah highlight kerja kena selesaikan sebelum raya. Kalau tak siap tak boleh raya. Aduhaiiiiiii mudahan aku dapat selesaikan kerja sebelum raya. Aaminn. Tension ko selagi tak siap Annual report aku ni emmm apa pun yang lain semua  tak fikir. Dalam kepala otak ni kerja tak selesai kerja tak selesai. huhuhuhu.

Ok sessi tayang menayang ya. hahahahaha


Kek birthday untuk opismate bagi bulan Jan hingga April tahun 2018 ini.


Seorang satu cupcake untuk  girl dan  boy birthday


Ulam-ulaman dengan kerabu pegaga hasil tangan orang Rumah Encik Rusli.



karipap, puding jagung sister Fatimah dan lengkong kuchai yang buat.....emm yummy


Tembikai salmah yang sponsor, buah pelam serta buah-buahan tu Puan Mai agaknya yang bawa. Dia lupa nak bawa asam boi. Kalau tak lagi sedap tabur atasnya. Hisss kecur aku.


Azlan,  ex opis sanggup datang dengan bawa spageti bolognese. Dia kata rindu dengan potluck opis tu yang datang join sambil bawa spageti. Kita orang punya potluck memang mewah makanan. Ada je idea nak masak atau nak makan apa. Chef banyak tu yang jadi seronok bila buat potluck.


Pagi-pagi datang Matron Jai jadi ketua chef masak kari kepala ikan guna periuk Noxa. Sekejap je dah masak. Semerbak bau satu pejabat. hehehehe orang sebelah pun tercium sama bau sedap kari kepala ikan.


Masak singgang ikan tenggiri pun pagi tu juga. Fresh dari dapur. hehehehehe


Puan shima bawa asam epal, kita orang buat kerabu mangga. Gotong royong sama-sama membuatnya.


Boss bersama orang Mimos sebelum meeting makan dulu. Penuh meja dengan makanan. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah beri.


Mahadhir bawa ayam goreng kunyit, Encik Rohaizal bawa ayam masak khurma, Puan su bawa puding caramel. Bella bawa air asam.


   Bersembang sambil makan. Alhamdulillah . Sedang menikmati spageti bolognese Azlan bawa....fuh sedap. Aku makan tu terus rasa kenyang. Lauk pauk yang lain tu second round lah ya. hehehehe

  Selamat berpuasa semua buat kalian yang saya sayangi. Di kesempatan ini saya memohon ampun  dan maaf jika ada tulisan saya yang menyakiti hati , mengores rasa. Mungkin pada saya ianya tidak apa-apa tapi mana tahu ada yang tersentap, saya hanya insan kerdil yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

10 comments:

  1. Sedapnya kak..nasib baik baca entry ni sebelum puasa. Hehehe. Selamat menyambut Ramadhan ye dan semoga dapat siapkan kerja sebelum raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Thanks sal. Memang bersemangat ni nak siapkan kerja. Selamat menyambut Ramadan.

      Delete
  2. salam Ramadan kareem notie maaf zhr batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Sis. Saya pun begitu juga maaf zahir batin

      Delete
  3. Meriahnyaaaa... Makkk aihhh... Terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha jangan ngences sudah le ya.... puasa tak?

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Belum terlambat untyk ucapkan selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi dalam bulan ramadan kan. Semuga Allah memakbulkan doa kita seharian.

      Delete