Assalamualaikum,
Tempat last pada hari ke 4 ialah singgah Osulloc Green tea Cafe dengan Innisfree House. Masa ni handphone aku dah kiok. Nasib baik ada kamera. Ok jom jom.
Masuk je dalam Osulloc Cafe ni banyak je deko menghiasai cafe sebelum sampai cafe. Hah tenguk macam ni. Agaknya cara orang memproses tea dulu-dulu kut. Benda merah tu dah macam ET je aku nampak. hehehe
Hah ialah yang hijau tu kebun tea. Dia petik ramai-ramai lepas tu di sorong di jemur. Lepas tu di proses dan di jual. Gitu lah ceritanya. hehehe
Hah tu dia ramainya orang nun di sana.
Macam-macam jenis tea.
Tea pun boleh jadi bahan untuk produk kosmetik.
Berderet orang nak beli. Ada jual green tea, ada juga jual aiskrim. Aku hanya lalu dan tak kuasa nak menunggu begitu lama hanya kerana nak minum secawan tea. hehehe padahal duit won dah susut, jadi pandang ajelah ye. Mahal juga harganya. Orang kata aiskrim tea hijau dia sedap tapi idakle aku nak mencuba sebab deretan orang ramai sangat. Jadi lalu ja dan terus ke tempat lain pula.
Keluar je dari Osulloc cafe menuju ke sebelah bangunan iaitu Innisfree House. Melalui jalan yang nyaman dan tenang dengan pemandangan hijau melatari keadaan sekeliling. amboiiiiii ayat.
Pintu masuk Innisfree House.
Aku pun pening apa punya game ni. Tapi note warna warni tu jadi cantik. Berselirat tali, otak pun jadi berselirat tenguk. hehehe padahal aku sebenornya yang tak faham apa ke benda ni. hehehehe hentam saje lah labu.
Masuk sini hah rambang mata ko tenguk barang kosmetik. Macam-macam ado .
Cantik kan macam makanan lah pulak.
Comel je.
Pusing sana pusing sini. Aku rembat cream tangan yang kata adik tu murah sikit dari di malaysia. Comel je benda ala tu. Lupa pulak nak ambil gambar. Lepas tu aku nampak ada tea tangerine dan tea oren. Dalam bekas comel beg kain 1 set 2 botol.
Hah ni lah tea dia. Masa beli ni aku ingatkan serbuk limau dijadikan tea rupanya bukan. Dia macam jem bendanya. Nak minum kita ambil sesudu dan masuk dalam cawan serta tuangkan air panas. Sedap minum suam-suam. Nyaman bah. 1 botol harganya 6,500 won. Sebab kalau beli 2 dapat beg bunjut hah aku pun beli lah 2 botol. Ada lagi satu jenis tea tangerine ni tapi aku tak sempat nak beli. Kata zaty ada jual kat kedai tapi sebab dah suntuk besok dah nak balik tak dapat lah aku kirim zaty. Lain kali lah nampak gayanya kena repeat lagi pi jeju. Lain kali nak rembat tea jeju banyak sikit. Tu pun sayang takut cepat habis guna sikit-sikit. Bagusnya bila dah buka tu simpan dalam peti sejuk tahan lama sikit. Bukan macam tea serbuk yang kita boleh simpan kat luar.
Set kosmetik warna biru ko....mata aku yang jadi biru. hahahaha
Aku beli tiub krim tangan yang ada 12 bulan. Satu tiub krim tu harga dalam 1,500 won iaitu dalam Rm 5. Beli lah yang ikut suka sebab lain bulan lain baunya. Kopak juga duit aku kat sini maklumlah orang perempuan kan kalau tempat kosmetik memang rambang mata.
Dah habis shopping barang kosmetik posing bersama Doktor Shikin dari Mersing. Comel kecik je Doktor Shikin. Takde rupa doktor pun.
Keluar je dari Innisfree House merentasi kawasan luar yang begitu luas tapi kemas je padang rumput dia, sebelum sampai ke tempat parking.
Cahaya Matahari disebalik pokok... dah petang le beb. Dah sonjo katonya. Rasa semakin sejuk pulak ialah kan dah nak masuk malam.
Aku suka tenguk pokok-pokok dia yang di tanam untuk mengindahkan lagi persekitaran. Tu kalau duduk sambil goyang kaki syiok ni sambil membawang. hahahaha Apa lagi rendah je dia punya dahan.
Padang rumput dia kemas dan bersih, pengunjung pun seronok bersantai-santai diatasnya.
Pintu pagar yang penuh simbolik pada zaman dahulu.
Dalam van dengar Dr Yasmin dan geng nak singgah kat Dongmun market kalau sempat tapi sebab market tutup cepat hanya dapat pergi ke Jungang mall je. Bila dengar depa nak pi Dongmun market tu aku kirim lah face mask lagi seandainya singgah ke Jungang mall.
Sampai hotel dinner belum sampai lagi...terus lah menonong masuk bilik. Tak lama kemudian dapat message makanan dah siap....terus lah turun. Gambar makanan tak ambil sebab kamera tak bawa. Kali ni makanan dalam paket siap dengan sayur. Lupa pulak apa dalamnya lagi. Kebetulan lah pulak Dr yasmin dan geng dah balik. Rupanya Dongmun market tutup pukul 6 petang terus mereka ke Jungang mall je. Dapat lah face mask yang mereka kata dulu 10,000 dapat 5 paket. Murah sebab takde jenama tapi still ok lah. Janji face mask banyak.
Malam tu kemas barang sebab besok dah nak balik. Dah rindu malaysia dah ni. Beg makanan aku yang masih tak habis aku kemas jadikan satu beg. Ada botol sambal yang tak luak aku bagi kat Taj.
Jadi beg takde lah berat sangat. Yang banyak ialah face mask ada 7 paket. Lepas tu paket coklat banyak juga. Nasib baik ada beg cantik hah memang satu beg tu semuanya coklat. Jadi hand luggagelah nampaknya. Lepas kemas apa lagi lah terus tidur. Penat dah seharian ni berjalan.
Ais krim green tea mmg sedap...korean tea dlm bntuk cecair, sedap..wahh, borong face mask korean..
ReplyDeleteTu lah tenguk orang makan cam sedap tapi nak menunggu lama emm tak dan le. Alang dapat murah borong ler hehe
Deleteakhirnya..abis sudah cerita pengalaman akak Notie ke sana..ohhh bila turn JM plak ni..mcm best jek JEJU
ReplyDeleteLagi 1 hari sebelum balik. Pergi lah pergi best tau. Boleh tour keliling pulau tau. Banyak je tempat yang best kat Jeju tu.
DeleteSaya pun pergi Osulloc Cafe masa ke Jeju. Gigih beratur sebab nak rasa ice cream green tea tu. Hehe
ReplyDeleteAkak tenguk ramai sangat orang beratur....tak kuasa nak menunggu.
Delete