Cookies yang kaknoor bawa untuk kami
Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan lagi usia dan diberi macam-macam rezeki pada aku. Rezeki bukan kira pada harta, wang ringgit sahaja ya tapi di kurniakan kawan-kawan yang baik serta kesihatan yang baik juga merupakan rezeki ya. Alhamdulillah mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik buat diri ku supaya dapat sujud dan menambahkan amalan buat di sana nanti. Aamiin.
Bulan 7 yang lalu kita orang celebrate lah birthday bulan 7. Rupanya ada 2 lagi geng baik aku dalam group whasap JJCM yang lahir bulan Julai. Oleh kerana dah lama tak makan-makan dan sessi membawang dan kebetulan pula Rin tak balik kampung, jadi cadangan di buat perjumpaan di Ayer 8 . Mula-mula cadangan hari Ahad sebab hari sabtu ada orang tak free. Sekali mohon tukar hari Sabtu pula sebab aktiviti hari Sabtu bersama cucu dah cancel. Tapi ada geng lain pula hari Sabtu sessi bersama cucu. Tapi akhirnya terpaksa pinda sebab majoriti nak hari sabtu. Aktiviti bersama cucu di tunda kepada hari ahad. hehehe Orang dah ada cucu lah katakan.
Dalam pukul 11.30 tengahari semua pun meuju ke Ayer 8 di Putarajaya. Kita bershellout lah ya kawan-kawan. Tapi kedai yang aku syorkan tu aku tak pasti kedainya kat mana. Rupanya sebelah kedai Shellout. Kak uda, DD dan Rin dah masuk kat Shell out, aku pun apa lagi.....cepat-cepat jemput mereka.....salah kedailah. Confius sebab kedainya sebelah menyebelah. Nasib baik diaorang belum order lagi.
Kedai yang kita orang masuk ni rupanya Kak uda selalu dah makan kat situ. Makanan pun katanya lebih sedap dari kedai lain. Tapi tak ramai orang masa kita orang datang. Cuma group kita orang je. Jadi emmm paham je lah bila dah lama tak jumpa berborak macam kedai itu ana yang punya. hehehehe. Bila semua dah ada terus lah kita order menu ya. Sepatutnya kay pun nak join tapi kaknoor call tak jawab emm jadi acara pun di teruskan sebab dah tengahari kan memang dah lapar.
Walaupun orang tak ramai tapi service lambat sikit. Tapi bila muncul je juadah terus lupa semuanya. Tenguk lah tu 1 jag air sirap. Posing dulu sebelum makan. hehehehe itu perkara wajib. Kita orang order set Pangkor untuk 5-6 orang pax.
Nasib baik lah sedap ikut selera kami. Sedang kami berebut-rebut memilih seafood yang ada, tiba-tiba..... Assalamualaikum..... terkejut kita orang sebab tiba-tiba je sue muncul. Tapi kaknoor ada sixsense dia, yang sue akan datang sebab Julai adalah birthday Rin juga. Jadi dia tak terperanjat lah jika sue muncul tiba-tiba. Jauh tu datang dari Ipoh. Datang pagi balik petang. perghhhhh salut lah kat sue datang jauh-jauh dengan bertongkat lagi sebab kakinya sakit.
Alhamdulillah cukup dah geng. Makan sampai licin ko. hehehehe
Semua senyum sokmo sebab lama tak jumpa sue (berbaju kuning) sejak dah balik kampung. Sue ni bekas pekerja NB Kara. Sejak bisnes buku merundum dan banyak bisness di tutup, jadi dia terpaksa balik kampung. Mencari pendapatan sebagai pemandu Grab di kampung di samping tinggal bersama keluarga.
Kita orang makan sampai licin semuanya, siap lipatkan lagi kertas majung tu. hehehehe. Lepas tu masing-masing order air panas . Sejak di perkenalkan teh o dengan laici oleh Rin sejak tu bila keluar dengan Rin mesti order air tu. Lepak-lepak sambil membawang. hahahahahaha banyak cerita nak di ceritakan apa lagi sue pun ada.
Sudah kenyang kita orang cari port untuk solat dulu sebelum pergi Alamanda pula. Pergh sepetang tu banyak sungguh agenda. Maklumlah dah lama tak berjumpa.
Lepas tu masuk pula kedai emas. Kaknoor dah meriki harga emas untuk anak sedaranya yang nak kahwin. Kedai emas tu berdepan je dengan kedai makan yang kita orang pergi, jadi masuk sebab nak cuci-cuci mata. Ada diskaun sikit harga emas. Aku hanya pandang dan lihat, sambil tu cubalah tanya harga gelang tangan yang aku beli tahun 2005 yang berharga RM700 lebih. Sekali adik tu kata harganya dah jadi Rm2,000 lebih. Perghhhh napa lah dulu tak beli emas banyak-banyak. Tapi dulu gaji kecil je jadi tak mampu. Gelang emas yang aku beli tu adalah duit yang aku dapat sebagai penghargaan pekerja cemerlang.
Sementara menunggu kita orang solat, Dd pula merayau-rayau sekitar Ayer 8. Jumpa pula kedai tudung popsicle yang dicari-carinya. Bila di tunjuk kepada kami apa lagi semua pun nak tenguk kedai yang Dd pergi, apa lagi ada diskaun.
Masuk kat sini lagi lah semua rambang mata sebab tudung cantik-cantik coraknya. Warna pun sweet-sweet. Aku lebih suka beli tudung bawal daripada shawl sebab tak reti nak mengayakan. Dah beli shawl tapi bila pakai macam tak sesuai je dengan muka aku yang bulat ni, jadi terus tukar ke tudung bawal. Mana yang dah terbeli shawl habis semuanya aku beri kat anak saudara dan kakak.
Akhirnya 2 tudung bawal aku beli itu pun yang kuning berebut dengan kaknoor. Nasib baik aku pegang dulu.
Adik kedai gembira je melayan kami yang havoc ni. Kedai kecil je bila 6 orang masuk terus tutup pintu. hehehehe Tudung ni sebenarnya banyak lukisan bangunan. Tapi kami lebih terpesona dengan design bunga-bungaannya.
Selesai membeli-belah kita orang posing kat depan kedai. Adik kedai yang mengesyorkan kami bergambar depan kedai. Sekali masa sedang posing lalu lah sesorang mengusik kami sambil tersenyum. Bila dia toleh eh itu Tunku Hanis dalam Lt Zana. Apa lagi kitaorang pun panggil ajak bergambar bersama. Bila dah berjumpa rupanya tinggi sungguh dia. hah tenguk le tu, kalah kita orang yang kemetot ni semua. hehehehe Bila tenguk gambar ni baru perasan. Sebelah kanan geng kaca mata manakala sebelah kiri geng bulan julai.
Posing last kat Ayer 8 lepas tu masing-masing pergi Alamanda pula. Tempat wajip lepak kalau geng JJCM ni berjumpa. Ada yang katanya nak cari seluar.
Kita orang terus ke food court Rasa di Alamanda. Nasib baik ada tempat kosong. Kali ni layan yong Taufu pula. Makanan kegemaran sue. Aku cari kebab manakala kaknoor makan laksa.
Selfie dulu sebelum makan.
Ni dia yong taufunya. Ada yang sup biasa ada yang sup tom yam. Sedap makan berebut-rebut macam ni. Licin. Padahal tadi dah pekena shell out tengahari. Ni kira makan petang lah. hahahahaha Memang JJCM sungguh dengan window shopping.
Lepas makan pergi solat dan lepas tu masuk Parkson. Selesai semua dan hari pun dah senja. Kak uda tumpang Rin balik putrajaya. Manakala Sue , Kaknoor dan Dd tumpang aku sampai kat TBS bandar Tasik Selatan. Alhamdulilllah Sue dapat tiket bali Ipoh petang tu dan selamat sampai ipoh dalam pukul 10 rasanya.
Masing-masing balik dengan rasa gembira, perut kenyang, hati gembira melihat hasil tuaian masing-masing. Bila berjumpa lagi.....merancang pula nak JJCM ke Ipoh pula naik ETS. Insya Allah bulan 10.
Hepi belated besday untuk baby July! Semoga dirahmati Allah dunia akhirat! Aminnn....
ReplyDeleteHepi belated besday juga buat SS. Aamiin doanya.
Deletehappy birthday
ReplyDeleteTerima kasih. Maaf lah keknya dah habis. hehe
Deletehappy belated birthday..
ReplyDeleteharitu ada gi Ayer ni, best jg tempatnya..
Terima kasih. Kat situ macam-macam cuma tak habis selongkar je tempatnya. hehehehe
DeleteHappy belated birthday .. ceria semuanya..
ReplyDeleteseronok berkumpul mcm ni ..:)
Terima kasih. sesekali memang seronok. Kita enjoyyyy
DeleteSeronoknya.Semoga persahabatan kalian kekal sampai ke Jannah. Haih cam berminat pulak kedai tudung popsicle tu. Saya pun suka tudung bawal
ReplyDeleteAamiin. Kalau nak awet muda jumpa lah geng perempuan sesekali. Memang rasa muda selalu. hahahahaha. Tudung possicle tu cantik...lukisan tangan katanya. Ingatkan boss dia perempuan rupanya lelaki. Dia yang melukis gambar2 untuk tudung
Delete