Assalamualaikum,
Alhamdulillah selamat dah kak sal dapat menantu pada 2 March 2019. Kenduri kahwin ni ceritanya tahun lepas punya tapi aku tak sempat nak cerita jadi mesti up juga sebagai kenang-kenangan aku bila dapat jumpa kenalan lama staff hospital Segamat yang rata-ratanya dah pencen dan satu demi satu, aku dengar ada yang meninggal dunia. Al fatihah.
Kat bandar ni lah tempat pertama kali aku bertugas dan pertama kali memegang title penjawat awam. Pertama kali dok menyewa beramai-ramai berdagang di tempat orang. Memang memori lama kadang terimbau balik bila teringat kisah dolu-dolu. Zaman-zaman muda belia dan zaman jatuh cinta bertimpa-timpa sambil di hempap tangga. hahahahaha Masa dulu kurus keding lah ni dah double bass. huhu Tapi sweet kenangan itu. hehehe
Bila kak sal talipon menjemput , aku dah teruja nak pergi sebab nak jumpa Kak Sal, Kak Mar dan Appu. Appu ni ex staff aku tapi dah pencen dah. Rindu pada semua kawan-kawan lama aku. Tempat jatuh kan di kenang inikan pula tempat mengenyit mata sambil skodeng secret admier aku. Ahakss.
Dari tangkak aku terus je ke rumah Kak Mar. Lama sungguh tak jumpa Kak Mar. Kak Mar ni ex housemate sebelum aku pindah balik muar. Kak Mar dah siap sedia menunggu kedatangan aku dan kami terus je ke tempat majlis di Dewan Jubli Intan, Segamat.
Semasa sedang makan nampak lah staf senior hospital yang dah bersara. Cepat-cepat makan dan pergi ke meja mereka. Sukanya dapat berjumpa setelah bertahun -tahun tak jumpa. Bila aku pindah balik muar dan lepas tu ke KL memang makan tahun juga lah tak berjumpa mereka. Nampak sihat masing-masing. Kak Leela, Ghanam dengan isterinya. Bila aku tenguk Ghanam teringat mendiang David.
Alhamdulillah dapat juga peluk Kak Piah, orang rumah encik Adam. Sukanya aku dapat jumpa kak piah. Masa mula-mula aku datang Segamat berjiran dengan encik Adam dan Kak piah. Lepas tu bila Encik Adam beli rumah di Gemereh, dah jarang aku dapat jumpa Kak piah.
Ni pula dapat jumpa Encik Hamzah dan Kak Sapiah. Ya Allah seronoknya dapat jumpa member-member lama yang masih sihat. Bila dengar member-member lama yang dah meninggal dunia sedihnya rasa. Masa dulu rata-rata staf kat hospital banyak suami isteri yang kerja hospital. Macam Encik Hamzah ni Pembantu tadbir pejabat manakala kak Sapiah Attendan di wad. Ex boss aku pun En yusuf kerja di Rekod manakala Kak wahidah pula kerjanya nurse kerja di klinik pakar.
Selesai je makan dan berjumpa member-member lama yang hadir majlis kahwin Liana, aku dan kak mar pun jumpa kak sal dan Abang Zaki. Walaupun jumpa sekejap maklumle mak pengantin sibuk tapi aku rasa seronok sekali dapat jumpa staf-staf lama yang aku kenal. Lah ni dah banyak staf baru dan yang lama ramai dah pencen.
Saudara mara Kak Sal dan Abang Zaki menunggu jemputan yang hadir.
Selepas tu kami ke rumah Appu. Appu sedang berdua-duaan di luar rumah bila kami datang. Seronok bersembang sampai aku lupa nak ambil gambar Appu dan isterinya. Gembira sangat. Appu siap bagi nangka hasil tanaman sebelah rumahnya untuk aku bawa balik. bercerita tentang kehidupan keluarganya sambil mengenang kawan-kawan yang aku kenal. Cina perabut yang baik dengan Pak Rusli dan selalu datang opis kita orang dah meninggal dunia. Terbayang-bayang muka dia bila datang ke pejabat kami dahulu. Sekarang pejabat kami di Hospital Lama dah rata jadi tempat parking. Rindunya waktu-waktu dahulu yang hanya dapat di kenang sahaja dan tidak dapat di ulang semula.
majlis kenduri adalah antara event terbaik nak reunion jumpa kenalan2 kan..
ReplyDeletetime tu blh catch up cerita dan lepas rindu =)
kan.... dapat melepas rindu setelah bertahun tak jumpa. Tapi macam tak puas je jumpa. huhuhu
Deletememang.. jumpa after bertahun macam2 citer nak kongsi. mana cukup kan time kenduri ja..
Deletemacam mak lew.. jumpa kawan adoi kita naik keras montot duduk tunggu.
seronoknya jumpa sahabat2 lama...mengimbau kenangan..bestnya dating, dapat seguni durian..hihi..mesti tak lupa si dia..
ReplyDeleteTu lah memang seronok kalau lama tak jumpa. Hahaha memori mengusik jiwa.
Deleteseronok baca akak mengimbau kenangan lama.
ReplyDeleteTempat kita memulakan kehidupan dan menambahkan pengalaman dengan ragam manusia memang indah untuk di kenang bila ianya banyak kenangan manis. Ukhwah staff bagaikan adik beradik dan saudara mara je. Sebab tu banyak kenangan yang tidak dapat di lupakan. Rindu waktu-waktu itu.
Deletebestnya dapat jumpa rakan-rakan lama.. bukan senang nak jumpa kawan-kawan yang jauh kan...
ReplyDeleteSeronok sekali apa lagi bila lama tak jumpa. Alhamdulillah Allah masih beri keizinan mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan lama.
Delete