Thursday, September 3, 2020

Konangan dolu-dolu


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Semuga semuanya sihat-sihat selalu.  Siapa pernah guna tandas di luar rumah macam kat atas. Hah rumah dolu-dolu memang tandas kat luar rumah apalagi kalau kat kampung. Yang takutnya bila malam perut memulas aduhaiiiiiiii macam-macam terbayang di kepala kalau kena pergi tandas malam-malam. Dolu-dolu rumah aruah mak aku macam ni lah. Masa tu aku kecik lagi. Jadi bila malam-malam sakit perut hah adik lelaki aku lah jadi guard pegang lampu picit suluh kawasan tandas supaya terang benderang. Kalau tak pun aruah mak aku jadi peneman. 

Tapi bila dah ubahsuai dapur, aruah bapak buat bilik air dengan tandas. Takde lah lagi tandas kat luar. Memori ni kalau jumpa rumah kat kampung yang masih ada lagi tandas di luar.  





Kerusi ni selalu kalau kat kedai gambar budak-budak kecik selalu buat posing. Selesa tau duduk kat kerusi ni dan ianya tahan lama. 



Ni siapa pernah guna. Sekarang suis dah cantik. Rumah kat kampung dulu pernah pakai suis ni.  


hah dolu-dolu ini lah permainan kami. Tapi selalunya budak lelaki le.  Tapi budak budak sekarang yang tak tahu boleh jadi bahaya boleh tercekik dalam mulut. 


Hah ni gegerl-gegerl suka. Main masak-masak. Habis bunga aruah mak aku jadi bahan masakan. hehehehehe  Tapi ada sekali tu kita orang rembat ubi kayu yang aruah mak  aku tanam kat tepi rumah. Kita orang gali lubang dan masukan ubi tu dalam lubang. Lepas tu atasnya kita orang letak kayu dan bakar. Umpama bakar dalam tanah.  Bila dah agak-agak api dah lama dan ubi dah masak kais balik serpihan kayu api atasnya.  Lepas tu ubi tu kita orang keroyok ramai-ramai makan sama-sama.  Tapi rasanya sedap lagi kalau di rebus dan cecah dengan sambal tumis...... perghhhhh sodap. Layan dengan kopi kampung.     


tempat simpanan pertukangan, macam-macam ado yo. Penting ni. hehehe 




Sapa pernah main ni.  kalau aruah mak kau tahu pokok pisangnya kena tebang emmmm ada yang nanti kena kejor keliling rumah. hehehehe 



Gobok rare ni. Kita orang ada ni dulu. Kalau balik kampung jenguk dulu dari luar apa ada lauk pauk yang aruah mak aku masak.  Kalau ada lebihan sambal tumis terus le ambil pinggan dan cedok nasi.  Makan nasi dengan sambal tumis air tangan aruah mak aku emmmm memang sedap sambil menjilat jari. 


Dulu-dulu punya bilik air. Air dalam kolah tu Ya Allah kalau pagi-pagi mandi burrrrrr sejuk.  Kalau pagi hujan lagi lerrrrrr macam musim sejuk rasanya. hehehehe


Budak -budak sekarang mana tau permainan macam ni. Dulu takde gadget ni lah permainan kami.  



Ni Tv zaman dulu tv hitam putih. Kalau siapa ada tv ni kira orang kaya le kat kampung tu.  Aruah Pak Hitam aku dulu merupakan orang pertama beli tv. Habis lah satu kampung datang bertandang rumah dia. Apa lagi kalau ada cerita melayu ke cerita hindustan. emmm nostalgia betul masa tu. Aku ingat-ingat lupa sebab masih kecil. Tapi ingatlah orang bertenggek kat pokok maggis depan rumah dia sebab nak tenguk tv.  Pokok tu pun dah tebang bila Aruah Pak Hitam besarkan rumahnya. 



Seterika ni pakai kayu arang ye. Tapi kalau panas perghhhhh baju sekolah licin berkilat ko.  Tapi kalau serpihan arang jatuh keluar emmmm boleh angin satu badan nak bersihkannya. 


Dulu-dulu lebihan reja-reja kain lebih lepas buat baju Aruah mak aku buat alas kaki macam ni.  Tapi kalau kreatif boleh buat cantik-cantik dan jual.  Kadang boleh buat patch 4 segi dan cantum buat gebor. Gebor tu cakap orang johor yang bermaksud selimut.    



Sapa pernah main ni. hehehehe  kat belakang leher dia kita pangkah X   takut nanti dia hidup....hehehehe 


Bila tenguk benda-benda atas tu..... memori lama terimbau kembali sewaktu dolu-dolu. Tapi orang sekarang tak jumpa lagi benda alah ni semua. Dunia dah changgih dan moden kan. Tapi kenangan dulu tetap mengamit dalam fikiran aku bila terkenang semasa dolu. 


19 comments:

  1. Aduuussss.... kenangan mengusik jiwa! Saya pernah rasa sebahagian besar dari koleksi nostalgia itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... rindu zaman itu sebab tu terkonang semasa dulu. hehehehe

      Delete
  2. Lejen semua ni..seterika tu ntah kemana letaknya..boleh buat hiasan..brg antik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang punya barangan antik entah hilang ke lesap bila rumah di ubahsuai. Banyak benda yang dah tak pakai lagi dah di kutip oleh penjual barang lama

      Delete
  3. KAK DULU KE SEKOLAH GOSOK BAJU DGN DETERIKA ANTIK TULAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak....nostalgia tu pakai seterika lama. Jenuh nak panaskan kayu arang

      Delete
  4. Nostalgia sangat semua tu memang pernah Mrs. A lalui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkonang semasa dolu.....hati ku menjadi rindu.

      Delete
  5. Wah betul2 terasa kembali ke zaman kanak-kanak.
    Tengok jamban tu tertarik singgah sini, memang takut betul kalau perut ni memulas masa malam ketika balik kampung nenek dulu. Sebab gelap gelita kat luar tu. Rumah pun jarak2 jauh dengan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamban kat luar rumah tu begitu menakutkan bila waktu malam....hahahahaha

      Delete
  6. Memang kenangan ni. Main guli main pondok pondok. Toilet luar tu pernah merasa dulu zaman kecik rumah papan. Gobok tu pun pernah nampak dulu. Tempayan pulak masih ada simpan dan digunakan sampai sekarang. Air dalam tu sentiasa sejuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nostalgia semua ni. Apa pun tinggal kenangan semua ni.

      Delete
  7. Kebanyakan dalam list ni saya pernah alami kecuali sterika arang tu. Suka sangat main baling selipar dan buat khemah. Tapi khemah dalam rumah je. Pakai kusyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sterika arang ni zaman elektrik belum ada. Bila elektrik dah ada sterika elektrik dah ada. Khemah pakai kusyen pun best kan.

      Delete
  8. Saya pernah merasa. Part tandas tu nak pergi pun takut takut lagi kalau malam hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah dulu-dulu kan tinggi selalunya bilik air kat luar. Tandas lagi lah nun kat belakang

      Delete
  9. Kenangan mengusik jiwa... jamban luar tu serammm... takut ulor melengkor jek... 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah dulu memang jamban kat luar....tu sebab kalau nak memerut waktu malam kena panggil body guard berjaga di luar. hahahahaha

      Delete
  10. Kerusi budak antik untuk dijual
    www.wasap.my/60192745215

    ReplyDelete