Sunday, December 20, 2020

Sejarah Muar = Tangga Batu



Assalamualaikum,

hah masih lagi cerita tentang sejarah Muar. kali ni pulak tentang tangga batu. Tangga batu ni masih lagi wujud ya.   


Ni masa zaman feri masih lagi ada. Pengangkutan untuk ke seberang sungai.


Gambaran pelukis mengenai Tangga Batu


Bila tenguk feri ni teringat feri Pulau Pinang tapi feri Pulau Pinang lagi besar.

Kalau ikut cerita kakak-kakak aku yang dah dewasa masa tu kami pernah menaiki sampan untuk ke seberang sungai tapi masa tu kat pekan Panchor menuju ke pekan gersik. Yang membuat kakak aku teringat sebab kami hampir sahaja lemas jika pemandu sampan tidak pandai menjaga sampannya. Mana taknya masuk je sampan kami terus ke hujung beramai-ramai, bila sampan berkolek ke kiri kami beramai-ramai ke kiri, apa lagi lah kelam kabut pemandu sampan tu menyuruh kami duduk diam-diam supaya pemandu sampan dapat mengimbangkan kedudukan sampannya.  Air separas je dengan sampan. Bayangkan le kalau terbalik......Allahuakbar.  Masa tu kami kecil lagi. Jadi tak ada dalam ingatan naik sampan macam cerita melayu dulu-dulu. 

Sekarang dah ada jambatan malahan kat area Panchor pun dah ada jambatan juga supaya memudahkan penduduk area gersik boleh pergi ke Pagoh tanpa melalui jalan ke bandar yang jauh sebelum sampai ke Pagoh.  Kita orang kalau ke gersik lalu Panchor je tak payah lalu jauh dari bandar ke pekan Gersik. Kat Gersik ada saudara-mara belah aruah mak aku. Dan tinggal satu-satunya bapa saudara iaitu Paman yasir di Kampung Tiong Gersik. Sejak aruah mak meninggal bila time raya kami akan beramai-ramai ke gersik menziarahi bapa saudara kami.  


Ok jom kita baca cerita sejarah muar dolu-dolu.


 TANGGA BATU

Mungkin bagi sesetengah generasi sekarang, nama Tangga Batu kedengaran agak asing bagi mereka. Tetapi bagi generasi veteran, mereka tentu masih lagi dapat mengingati di mana lokasi Tangga Batu tersebut.
Satu ketika dahulu Tangga Batu merupakan pangkalan atau terminal yang sibuk bagi aktiviti pengangkutan air di Daerah Muar di mana di lokasi itulah perkhidmatan feri atau lebih dikenali sebagai Syarikat Feri Penambang Muar & Batu Pahat beroperasi.
Dari segi sejarah, Tangga Batu merupakan tempat berlabuh kapal Almarhum Sultan Abu Bakar setiap kali baginda datang ke Muar.
Di Tangga Batu jugalah diadakan upacara menanam azimat bagi pembukaan rasmi Bandar Muar pada 12 Ogos 1887 dan diberikan gelaran Bandar Maharani bermaksud Bandar Isteri Maharaja oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Kemudian, pada sekitar tahun 1890, sekumpulan penduduk dari Tanjug Gading datang mengadap Almarhum Sultan Abu Bakar bagi meminta kebenaran menjalankan perkhidmatan feri atau Penambang dari Tanjung Agas ke Bandar Maharani. Bermula dari tarikh itu sehinggalah pada tahun 1967, Tangga Batu telah dijadikan lokasi bagi pangkalan atau terminal perkhidmatan Penambang yang dikenali sebagai Jeti Penambang.
Kemudian pada tahun 1895, Almarhum Sultan Abu Bakar telah berkenan mengadakan sambutan Hari Kerajaan yang pertama di luar Johor Bahru dan terakhir bagi baginda sebelum mangkat.
Baginda telah berangat tiba di Muar pada 16 Februari 1895 melalui Tangga Batu dan diberikan sambutan diraja sebelum berangkat ke Balai Kuning (bangunan Mahkamah Muar lama) untuk majlis rasmi seterusnya.
Pada 16 April 1967 dengan pembukaan rasmi Jambatan Sultan Ismail oleh Almarhum Sultan Ismail, maka perkhidmatan Penambang juga telah ditamatkan.
Sejak dari tarikh itu, Tangga Batu semakin dilupakan dan hanya menjadi persinggahan kaki pancing dan nelayan tempatan. Dengan terbinanya Terminal Bas dan Teksi Bandar Maharani di kawasan tersebut, maka Tangga Batu semakin terpinggir dan tiada lagi kedengaran suara-suara riuh rendah orang ramai semasa menunggu bot penambang. Kini hanya kedengaran bunyi enjin bas dan kereta sewa yang membingitkan di belakang Tangga Batu.
Sumber : Muzium Muar
288 others

12 comments:

  1. Kecik-kecik dulu teringat gak naik sampan di Muar. Orang panggil 'penambang'. Entahla sekarang masih ada ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ada sal. dah ada jambatan 1 dan 2. Kat area Panchor pun dah ada jambatan juga. Wah terer lah ingatan sal. Akak pun tak teringat ayut penambang tu.

      Delete
    2. Teringat memori dengan arwah nenek. Tu yang melekat dalam kepala

      Delete
    3. Al fatihah buat aruah nenek sal. Kampung aruah nenek kat mana.

      Delete
  2. Good info. Melaka pun ada nama tempat tangga batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat melaka nama tempat tapi kat muar ni tempat landing ferry ja. cerita dolu2

      Delete
  3. DAH SAMPAI MUAR LAMA DULU TAPI TANGGA BATU XJENGAH PULA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat tu tersorok sikit di balik stesyen teksi dan bas baru. Lagi pun tak digunakan pun.

      Delete
  4. ooh taangga batu utk feri sbrg sungai muar erk., org melaka je punye tangga batu berukiran cantik., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah orang melaka memang tangga batunya cantik wak. Tapi ni tangga batu nak menyeberang ferry je wak. Tapi sebab dulu-dulu tempat sultan singgah ke muar tu yang ada vakue sikit.

      Delete
  5. tinggal kenangan...

    kat kuale kangsar masih ada bot penambang walaupun dah ada jambatan sayong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus juga tu masih mengekalkan tradisional tempat tersebut.

      Delete