Thursday, March 11, 2021

Delhi kashmir 2019 - Hari ke 5 Kedai Safron




Assalamualaikum,

Hari ni kami akan ke Pahalgam. Perjalanannya lagi jauh daripada 2 tempat sebelumnya. Jadi pagi ni bersarapan dengan gembiranya. Besok dah nak balik ke Delhi. 




Ni menu sarapan kami pagi ini. Macam dalca kacang kuda cecah dengan roti puri. Sedap. Kalau ada roti canai lagi sodap. hahahahaha Roti puri dia lembut. Minum dengan chai dia pergh umpp.



Sedap sekali kami sarapan sambil menyembang. Dengan Mak su ti ada je cerita yang di perbualkan .



Selesai sarapan sempat lah juga tenguk jualan. Aku tambah lagi 10 beg kecil dan 10 beg besar untuk anak buah aku. Sebab rasa macam tak cukup je. Maklumle adik beradik ramai, anak buah pun ramai. 
Adik hensem ni katanya anak saudara Tuan rumah.


Sebelum keluar rumah kami posing dulu. Maklum lah kadang kelam kabut nak keluar tak sempat nak bersantai-santai. Tu pun kami tak dan nak berlama-lama sebab Mr Abdul dah panggil. Dalam kelam kabut nak keluar aku minta tolong  kat tuan rumah letak dalam bilik kami beg kecil yang aku beli.   


Indahnya alam di Tasik Dal.



Posing dulu sebelum naik shikara. Sambil tu sempat lah aku bagi pack kecik gula-gula dan kacang pada mereka yang ada termasuk lah pengayuh shikara.  Sukanya mereka. Kalau gula tu, tak cukup satu nak lagi. Mungkin nak bagi kat anak-anak mereka di rumah.  Masa sampai kat jetty pun gitu aku bagi pada siapa sahaja yang aku jumpa. Sambil mengunjuk jualan mereka sambil mengambil gula dan kacang yang aku bagi.


Pemandangan semasa keluar dari kashmir. Masih lagi suka melihat pemandangan ladang mustard



Kami berhenti di sebuah bangunan. Rupanya kedai safron dan macam-macam jenis kekacang. hah tenguk tu berjenis-jenis kacang di jual.  


Semua membelek dan bertanya berkenaan barang-barang yang terdapat di kedai tersebut.


Tenguk tu ada sample untuk di rasa. Seronok le kami rasa dan bertanya harga yang di jualnya. Makan sedikit sana sedikit sini kenyang juga rasanya.


Hah ni nama kedainya. Kedai ni menjual safron yang berkualiti tinggi . 

 Sedap sekali merasa kekacang yang di test untuk di makan dan boleh beli jika ada yang suka rasanya.


Sambil test air yang di letakkan safron dalamnya.


Safron yang mahal dan berkualiti tinggi.


Macam-macam jenis rupanya safron. Dia tunjukan beza safron yang ada. 


            Sample product yang ada terjual di kedai tersebut. Nampak besar krismis. Kekacang dia pun sodap. Satu pack safron tu harganya 500 rupee dalam RM30. Aku ambil 2 ja sebab Kak nong pesan nak satu. Tu je lah buat oleh-oleh. 


Kak mon dari tadi tak habis-habis dok belek dan rasa. Macam-macam juga dia borong dengan kekacang dan safron tu. 


Oleh kerana baju kami sedondon aku pun ajak posing bersama. Dah ada rupa artis Hindi tak...alaaa lupa nama dia.


Kak su sedang shopping safron

Masing-masing membeli maklumlah barang baik dan berkualiti.


Kedai dia di tepi jalan semasa kami nak ke Pahalgam. Nampak macam 2 tingkat tapi tak ya sebab dia naik tangga je.


Posing depan kedai sebelum naik bas


Keindahan ladang mustard sepanjang perjalanan. Indah kan












Ok sambung 

14 comments:

  1. Replies
    1. Family ramai kak. Beg kecik tu buatan tangan sis.

      Delete
  2. safron memang mahal..bestnya dapat beli...pssttt mmg hensem hensem orang sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bagus memang mahal. Ada juga yang hensem ada juga yang macam samseng pecah rumah...ahaks.

      Delete
  3. Wah.. Hero hindustan celup ramai.bahaya kalau saya gi Kashmir, takut x balik. Bestnya shopping kacang dan rempah. Makan tester pun dah kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Banyak sal sempat lah cuci mata sekali. Pergi dulu balik ke tak balik nanti....jangan sangkut kat kaki gunung udahle orang malaysia tak leh tolong hehehehe

      Delete
  4. kekacang tu yang best!! pemandangan pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan tu sikit makan ni sikit lama-lama boleh kenyang.

      Delete
  5. Ya Allah... terus gatal kaki ni rasa nak repeat ke sana. Nak borong kekacang, tapi tak mau safron...mahal heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap amie. Tapi masa tu cuma nak beli safron je jadi kacang semua tu buat dek je. Dah dapat rasa semua. hehehe

      Delete
  6. wahh nyaman rasa padang menghijau ditefian gunung ituuuu., ;p

    ReplyDelete