Tuesday, April 27, 2021

Kenangan berpuasa ..rindu masakan aruah emak

 



Assalamualaikum,


Puasa dah masuk hari ke 16 lama sungguh tak mencoret rasa. Bila masuk ramadan je teringat aruah mak. Tahun ni 10hb april yang lalu dah 8 tahun aruah mak meninggal. Al Fatihah buat aruah Hajah Saifah Hj Zahari juga buat aruah bapak Hj Abdullah Majid. Al fatihah juga buat semua atuk dan nenek serta mak saudara dan bapa saudara. Semuga roh mereka semua tergolong dalam orang yang beriman dan beramal soleh.


EMAK...PENGORBANAN MU TERLALU BESAR.


NOSTALGIA BERSAHUR WAKTU KECIK² DULU...

Bila time puasa emaklah orang yang pertama sekali bangun...masak makanan, goreng ikan je kalau lauk ayam masa raya je dapat rasa sebab ada bela ayam sendiri, buat air dan siapkan hidangan untuk keluarga bersahur. Terkejar-kejar emak dinihari...Semuanya demi memastikan keluarganya menikmati makanan yang panas supaya anak-anaknya berselera ketika makan sahur walaupun ianya sekadar hangat semula lauk pauk lebihan berbuka puasa semalamnya. kalau lauk semalam dah habis masak lah lauk yang simple dan cepat masak. Dah selesai semua urusan, barulah emak kejutkan anak-anaknya bangun untuk makan.

Lauk semasa sahur selalunya lauk bening kesukaan aruah bapa samada bening kobis atau kentang dengan soohon dan sambal udang kering yang di perahkan air limau dan lawan dengan timun.  Telur dadar dengan air milo panas-panas. 

Kita yang bergelar anak-anak ni, bangun tido basuh-basuh muka terus je makan...kadang-kadang  tu makan dalam keadaan mamai dan mata pun tak berapa nak buka jer. Siap je makan, ada juga di kalangan kita yang pergi sambung tido semula...😅😅😅 


Perasan atau tidak, tugas emak kita tetap belum lagi selesai...selepas kita semua tinggalkan tempat makan, emak terpaksa kutip semua sisa-sisa makanan, lap tempat kita makan, sapu lantai kot-kot ada saki baki makanan yang tumpah dan mop jika perlu. Selesai semua tu, emak kene plak basuh pinggan mangkuk yang kita makan tadi termasuklah bekas-bekas yang isi lauk pauk yang sudah abis. Kesian kat emak...

Lepas tu aruah mak sambung buat kuih koya.  Dah siap tekan kat dulang siangnya boleh jemur di luar. Selesai buat kuih koya buat kuih deram  pula. Adun adunan kuih koya guna tepung beras buatan sendiri tau. Dah selesai adunan di simpan sekejap. Nanti tengahari bila anak-anak dah balik sekolah dah boleh di terap dan digoreng dengan bantuan anak-anak. 

Sementara menunggu  sessi buat kuih deram menjemur tepung dan gula untuk buat kuih bahulu bila dah nak dekat raya. Bila tenguk rutin ni banyak sunggu kerja aruah mak aku bila bulan puasa. Sebab bila bulan puasa je dia boleh mencari pendapatan sampingan buat keluarga dengan menjual kuih. Kuih deram aruah mak aku banyak peminat. Kadang dah siap ketepikan sedikit untuk keluarga bila orang order tambahan terpaksa jual kat pelanggan. Keluarga makan kuih raya apa yang ada. Sekarang bila makan kuih deram orang lain buat teringat-ingat kelembutan kuih deram aruah mak buat. Dulu dek kerana sebulan buat kuih deram sampai dah jelak tapi sekarang teringat-ingat nostalgia itu.  

KETAHUILAH SEMUA, PENGORBANAN SEORANG EMAK TERHADAP KELUARGA SEMEMANGNYA TIDAK BERPENGHUJUNG...KINI ADA DIKALANGAN KITA INI YANG BERGELAR SEORANG EMAK DAN SUDAH PASTINYA KITA MERASAI APA YANG PERNAH EMAK KITA LAKUKAN UNTUK KITA SUATU MASA DAHULU WALAUPUN KEHIDUPAN KITA PADA HARI INI TIDAK SERUPA SEPERTINYA.

PADA YANG MASIH ADA EMAK, HARGAILAH JASA DAN PENGOBANANNYA...PADA YANG SUDAH KEHILANGAN EMAK, SAMA-SAMALAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUATNYA.

 Tiba-tiba mata aku pulak masuk abuk  😢😢


kredit gambar dan ayat sikit dari

#ADMINMKDD @ MALAYSIA KU DULU DULU...


14 comments:

  1. Mata masuk habuk bila baca kenangan begini.
    Saya pun merasa juga makan ayam hanya waktu raya. Kejar ayam satu kebun, ayam keletihan masuk semak, kita kepenatan tercungap-cungap menangkapnya!
    Alfatihah untuk arwah mak abah Hajah Saifah Hj Zahari dan juga Hj Abdullah Majid. Moga rohnya tenang di sana dan dapat berkumpul semua ahli keluarga di jannah. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih amie doanya. Nostalgia waktu puasa dan raya dolu2 selalu mengamit memori apa lagi bila teringat aruah mak dan aruah bapa. Dolu-dolu hidup susah tapi bahgia dengan cara tersendiri.

      Delete
  2. Alahai.. Sedihnya baca kan. Pengorbanan seorang emak tak pernah habis. Saya pun dah takde mak, ada ibu tiri sahaja. Alhamdulillah tak pernah rasa kurang kasih sayang. Jarang jumpa kuih deram sedap dan lembut zaman ni. Alfatihah buat mereka yang dah pergi dahulu sebelum kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ibu tiri penganti seorang emak yang penuh kasih sayangnya buat sal. Tepung beras yang kami buat sendiri sebab tu kuihnya lembut. Sekarang orang pakai tepung beras kampit tu yang kering dan keras sikit.

      Delete
  3. nostalgia indah xpernah luput dari kenangan didoakan kbhgian ibu bapa notie di sana...amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis doanya. hanya kenangan sahaja yang kita ingat selagi ingatan tu tetap ada.

      Delete
  4. akakkk.. keluar air mata saya baca coretan kenangan ni.. setiap kali ramadhan mmg rasa terkesan rindu amat pada mereka yang dah tak ada. bagi saya.. arwah ayah. faham perasaan rindu tu macam terbayang2 jasad diorang sentiasa ada dengan kita. insyallah doa sentiasa moga syurga buat mereka.. ameen ya rabb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah juga buat ayah Siti. Rindu yang tak boleh di ubati ialah rindu pada orang yang telah tiada. Semuga Siti sihat-sihat sahaja. Thanks Siti.

      Delete
  5. wahh geng group malaysiaku dulu2., mesti sonok baca kisah boi kembali bercerita kann., hehehe

    alfatihah utk bonda

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali mengimbau kenangan lalu wak. Terima kasih doanya wak

      Delete
  6. Mak saya sudah sendirian. 3 tahun lepas abah meninggal dunia. Rumah tak jauh sangat. Tapi musim covid-19 ni jengok mak begitu je. Biasa bila datang, balik memang salam, peluk cium mak, tapi sekarang tak lagi. Mak pun faham. Musim sekolah tutup ni saya hantar 2 orang anak ke sana, biar teman mak, 2 orang lagi hantar rumah orang jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan mak Fairus sihat walafiat dan tidak di jangkiti. Mudahan semuanya ok. Risau juga kan bila orang tua dah tinggal seorang. Mudahan Allah jaga mak fairus. Aamiin

      Delete