Delhi kashmir hari ke 6 perjalanan balik ke Delhi
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dah sampai Delhi. Macam biasa lah Delhi panas berdenting. Kat kashmir nyaman-nyaman je bila sampai Delhi kepanasan semuanya. Merembes peluh gitu. Keluar dari airport kami di tunggu oleh tourist guide yang baru Mr Kiran Singh. Baru rasa macam pi Bollywood gitu sebab tourist guide nya ganteng. hahahahahaha cuci mata jap. Hah yang pakai spek hitam kat belakang tu lah Mr Singh. Ni tunggu bas datang dan kena jalan jauh sikit dari airport tu yang merembes semuanya. hehehe peluh lah.
Masa kami dah dalam bas nampakle pulak ramai askar kat luar kawasan Airport. Entah ada apa lah agaknya. Ni kami dah dalam bas dan nak menuju ke tempat lain. Dari Kashmir sampai ke Delhi manjang le askar dia kecoh ke sana ke sini. Tapi masa kami pi pun sebenarnya tengah berkofrantasi antara Delhi dengan kashmir. Tu yang kat kashmir banyak askar sana sini.
Rupanya kami di bawa makan tengahari kat sebuah hotel. Cantik dan besar dalamnya.
Besar kan lobinya. Kira gah juga lah dalamnya.
Ni macam sayur tapi aku tak tahu apa dia. Makan saje lah
Nasi goreng campur -campur hehehehe agaknya le tu. Kacang peas dia banyak dalam tu.
Yang ni macam ikan sweet sour gitu. Ikan tu di goreng salut apa aku tak pasti.
Tu dia....aku yang last jadi meja hujung. Oleh kerana dah lapar emmm semuanya sedap dan licinlah. hehehe. Seronok pulak makan beramai-ramai macam ni. Dengan lapor semuanya jadi sedap. hehehe.
Selesai makan kami menumpang solat. Takde tempat yang khas tapi di bagi bilik dewan yang belum kemas. Jadi lah kan solat jamak semua. Sebab lepas ni nak pergi tempat lain sebelum pi ke Agra. Lagi pun dah kenyang dah solat jalan pun jadi selesa gitu.
Jalan-jalan keliling bandar Delhi ... Tu dia ternampak ni. Muat-muat je jeep tu hish hish kalau aku le emmm memang bab parking undur belakang memang hauk...hehehe nak masukkan bontot kereta pun ber pusing-pusing stereng adjust tayar. Padahal tegakkan tayar je lepas tu undur. Adeh. Kalau side parking mesti bontot kereta terjojol keluar hish hish
Kat pintu masuk Qutub Minar. Ramai juga warga India petang-petang hari pi berjalan.
Mr Singh ni bagus. Banyak info yang dia ceritakan mengenai Qutub Minar ni. Qutub Minar ni rupanya ada kaitan dengan pemerintahan Islam di India satu masa dahulu. Kiranya sejarah lama yang ada di India. Depan pintu masuk pun sempat lagi bercerita.
Batu - batu tu pun boleh buat posing tau. Nak jadi model batu pun boleh...hehehe
Senibina lama yang masih ada.
Kawasan dia besar juga jenuh lah keliling kawasan dia sambil mendengar Mr singh bercerita.
Qutub Minar (bahasa Hindi : क़ुतुब मीनार bahasa Urdu: قطب منار) ialah menara utama terletak di dalam kompleks lebih besar di kawasan Mehrauli selatan New Delhi, India. Ia menara berasaskan bata tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 72.5m (237.8 kaki) dengan 379 anak tangga menuju ke puncak; binaan ini meruncing dari bahagian tapak ialah 14.3m manakala lantai teratas berdiameter 2.75m di puncaknya. Ia merupakan contoh seni bina India-Islam yang penting dalam sejarah India.
Keseluruhan Qutub Minar dan monumen-monumen sekelilingnya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tingkat pertama ia pernah dibuka kepada orang ramai sejak 1976. Namun, ia mengundang banyak kes kemalangan dan pembunuhan diri, lagi-lagi dengan suatu insiden huru-hara akibat kerosakan pencahayaan yang membunuh 41 orang pada 4 Disember 1981. Bahkan, pengawalan kemasukan ke dalam menara ini sangat ketat.
Sejarah
Diilhamkan oleh Menara Jam di Afghanistan dan mahu mengatasinya, Qutb al-Din Aibak, pemerintah Islam Delhi yang pertama, memulakan pembinaan Qutub Minar pada tahun 1193, tetapi hanya dapat menyiapkan tapaknya sahaja. Pewaris beliau, Iltutmish, menambah tiga tingkat lagi dan, pada tahun 1368, Firuz Shah Tughluq membina tingkat kelima dan terakhir. Perkembangan gaya seni bina dari zaman Aibak hingga Tughluq jelas ternyata dalam menara tersebut. Seperti menara-menara terdahulu yang didirikan oleh Bani Ghaznawi dan Bani Ghuri di Afghanistan, Qutub Minar mengandungi beberapa syaf bebibir berlapis dan silinder yang dipisahkan oleh beranda-beranda yang disokong oleh sangga-sangga Muqarnas. Menara tersebut dibina dengan menggunakan batu pasir merah berjejalur yang dihiasi dengan ukiran-ukiran rumit dan ayat-ayat al-Quran.
Tujuan pembinaan monumen yang indah ini telah diduga sekian lama. Ia dapat memainkan peranan umum sebagai sebuah menara yang memanggil orang ramai untuk bersolat di Masjid Quwwat al-Islam, masjid terawal yang masih yang dibina oleh sultan-sultan Delhi. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah sebagai menara kemenangan, monumen yang menandakan kehebatan Islam, atau sebagai menara pemerhati bagi pertahanan. Kontroversi juga menyelubungi asal-usul nama menara tersebut. Ramai sejarawan percaya bahawa Qutub Minar dinamakan sempena nama sultan berketurunan Turki pertama Qutb-ud-Din Aibak tetapi sejarawan lain menegaskan bahawa ia dinamakan sebagai menghormati Qutb al-Din Bakhtiar Kaki, seorang wali dari Baghdad yang datang untuk tinggal di India yang amat dimuliakan oleh Iltutmish.
Menurut inskripsi di atas permukaannya, ia dibaikpulih oleh Firuz Shah Tughluq (1351-1388) dan Sikandar Lodi (1489-1517). Major R.Smith juga membaikpulih menara tersebut pada tahun 1829.
Sumber wikipedia
Tamadun Islam yang ada di Delhi. Masih lagi berdiri kukuh walaupun terdapat bangunan yang lain yang dah runtuh
Cantik kan ukiran dan warna bangunan tersebut
Tenguklah ukiran yang terdapat pada bangunan di tembuk tu. Jenuh kan juru ukir zaman dahulu nak mereka bangunan. Dalamnya ada taman yang besar dan serba menghijau. Luas juga kawasannya.
Kalau tenguk pada sisa-sisa peninggalan zaman dahulu mesti dahulu satu peradaban Islam yang besar. Sayang sekali akhirnya ianya runtuh kalaulah India masih menjadi negara Islam dan tidak bergaduh alangkah bagusnya.
Pintu Gerbang masuk ke dalam kawasan taman yang indah didalamnya.
Bestnya kalau boleh piknik atas rumput hijau tu. hehehe Tekun masing-masing mendengar cerita Mr Singh.
Pintu gerbang yang masih wujud. Nampak juga ada runtuhan. Agaknya zaman dulu macamana lah rupa dia ya. Mungkin lagi banyak bangunan yang mengelilingi kawasan Qutub Minar tersebut.
Seronok juga mendengar cerita Mr Singh. Tapi masa ni aku tak ingat dah cerita pasal apa. hehehe
Senibina yang ada. Ukiran dia sungguh rumit tu nak buat. Memang Tabik spring le tukang-tukang ukir zaman dahulu.
Bergambar beramai-ramai di belakangnya Menara setinggi 6 tingkat. Di tengah-tengahnya pintu gerbang yang dah tinggal sekerat je setelah banyak yang telah musnah.
Posing di balik tiang bangunan. jangan runtuh sudah le. Di Jauhkan. Antik senibina dia.
Taman di sekeliling Qutub Minar pun cantik suka melihat kehijauannya. Bunga tak banyak macam kat kashmir tapi oklah. Ku lihat hijau....eh tersasul pulak nyanyi lagu Zainal Abidin
Bila buat posing macam ni Ya Allah dah serupa macam gergasi je aku...hehehe
Keindahan sekeliling kawasan Qutub Minar
Ni dah naik masa kat Kashmir
Keluar dari kawasan Qutub Minar kami pun naik bas dan meneruskan perjalanan menuju ke Agra. Sepanjang perjalanan yang memakan masa berapa lama aku pun tak ingat sebab bila naik bas je lepas tu sejuk aircond kami semua mula-mula dengar le juga cerita Mr Singh. Lepas tu agaknya dia tenguk masing-masing dah mula nak lelap mata je dia berhenti dan kami pun sambung lelapkan mata. Seharian perjalanan daripada Kashmir paginya naik kapal terbang dan terus berjalan sekitar Qutub Minar emm memang lelah le. Ok Taj Mahal tunggu kami.
MashaAllah Taj Mahal menunggu yang mahal tu. Hebat tu posing pegang puncak. Seronok ada Tourist guide, tolong bawa dan bercerita bagai bedtime story sampai terlelap hehe..
ReplyDeleteCantik bangunan penuh bersejarah, suka tengok, berposing tepi tiang, meriah.
Memang purpose nak tenguk Taj mahal tu yang tak sabo. Tourist guide dia peramah dan memang banyak cerita. Seronok dengar
DeleteSUBHANALLAH INDAHNYA SENIBINA TINGGALAN SEJARAH MENGAGUMKAN
ReplyDeleteKalau lah sejarah Islam berpanjangan lagi best
Deletecantik Qutub Minar..ukiran kat tiang nmpk very detail..Alhamdulillah, terpelihara monumen senibina Islam..
ReplyDeletecantik tapi sayang banyak dah runtuh. Kalau lah semuanya masih ada mesti lagi cantik kan.
DeleteCantiknya Qutub Minar. Tengok tiang-tiang berukir tu teringat secene filem Hindustan. Main cak cak dengan hero. Hehe. Bagus jugaklah kerajaan Delhi tak musnahkan monumen ni walaupun kerajaan Islam dah tak menguasai
ReplyDeletehahahaha scene ba ba cak kat tiang berukir. Tu lah nasib baik saki baki yang ada di jaga dengan rapi sambil menarik pelancong datang menjenguk
DeleteKeagungan dinasti Islam di India hanya tinggal sejarah
ReplyDeleteKan wak sayang sungguh. Maknanya disnasti tersebut menunjukkan ke agungan zaman Islam di India dahulu kala.
DeleteCantik sungguh senibinanya.. Kalau masih elok bagaimanalah keadaan bangunana dia agaknya.. sayangkan..
ReplyDeleteMemang cantik dengan ukirannya yang rumit. Tu lah terbayang-bayang juga bagaimana besarnya tamadun Islam di bumi India zaman dulu kala
DeleteCantiknya Qutub Minar, cantik je senibina warna batu bata gitu :) Boleh feeling-feeling video klip lagu hisdustan ni
ReplyDeleteBoleh golek-golek ala bollywood gitu sebab taman dia cantik
Deletejauh bjalan byk pengalaman 😅
ReplyDeleteMelihat keindahan ciptaan Tuhan supaya kita boleh selalu bersyukur atas nikmat yang Allah beri. Kadang di tempat orang buat kita rasa insaf diatas kedaifan orang lain.
Deletedpt tour guide yg betul2 berminat mmg best. Dia buat research utk deliver pada tourist. Takdelah kita ni terkulat2 nak membaca dan paham.
ReplyDeleteTapi memang bagus Mr Singh tu sampaikan kita orang ralit je dengar cerita dia.
DeleteKenapa waktu saya ke Kashmir banyak tempat kami tak pergi.... huhuhuuu kena banyak hari lawat Kashmir ni supaya puas hati.
ReplyDeleteAmie kena repeat lagi tu. Tu kalau lajak ke ladkh lagi best agaknya
Delete