Tuesday, May 17, 2022

Jamuan Raya KKM

 


Assalamualaikum,

Haiiii lama cuti raya layu je nak buat citer dalam blog ni. Padahal minggu lepas dah start naik kerja tapi tu lah lemau nau nak buat citer.

Oleh kerana hari ni ada Jamuan raya KKM hah nak citer le sikit. Kali ni buat besaran le juga malahan mula-mula dengarnya Agong nak datang tapi Agong tiba-tiba tak dapat hadir. Lepas tu katanya Pm pulak nak datang. hah nampak tak meriahnya. Tapi memang meriah sebab makanan melimpah ruah dan banyak. kalau datang awal nak duduk sampai pukul 2 pun boleh selagi boleh makan hah makan,

Kali ni buat kat PICC dan memang best sebab kawasan besar dan tempat duduk pun banyak. 

Aku pergi dengan geng belakang. Lepas tu dapat tempat makan hah apa lagi mula mula sekali carik satay. 



Baru sampai dari lobi utama turun escalator menuju tempat jamuan Raya.


Meja kita orang. hah nampak tak satay dulu yang kami kejorkan. Udah lama ni tak makan satay. Ada satay kambing lagi tau.

Lepas tu nampak le KJ meronda kawasan dari satu meja ke satu meja. Bila sampai kat tempat kita orang apa lagi sibuk le kami nak berposing dengan dia.



                                                     
           Dengan berhimpit-himpit hanya ni je yang nampak muka aku...orang ramai berhimpit-himpit nak bergambo. Yang aku bengang ada satu matron asyik le menebeng sebelah KJ sampaikan muka aku pun hilang dek sebalik badan dia. Tapi dapat ni jadi le ya. 



Satay sedap....hah banyak lagi ni


aku ambil mee goreng mamak sedap.....kuey teow pun aku tenguk matron makan sedap. Ambik secuet rasa. Memang sedap.


Nampak rojak buah pun sodap. 

Aku rasa soto dia. Sedap. Dia buat potion kecil je bila tambah dengan sambal kicap perghhh sedap. Ada laksa Johor, Laksa Serawak. Nasi Mandey dengan rendang ayam pun aku nampak Yatt makan sedap. Lepas tu ada cendul emmm sedap pekat santan dia.



Dah kenyang apa lagi kita posing le kat deko raya dia. Skuter dia merah ang ang ko. Ni kalau bawak keliling kampung memang kena kejor lembu wak Warisan Petani le gamaknya sampai amsuk parit. hehehehe. Merah mak ngah ko 


Nampak Pengarah apa lagi sempat le kami ajak dia berposing. Nampak juga abang dia Datuk Seri Hishamudin Tun Husin. 

Banyak juga menteri kabinet yang datang sebab PM ada datang meraikan Jamuan raya KKM.


Masa nak balik bila naik ke lobi utama rupanya banyak dif terhormat sedang menunggu PM. hah dapat le DD bergambo dengan PM. Nampak mata Matron dengan Yatt je. Aku sebelah Yatt tak boleh nak menebeng sebab dia punya body guard keliling PM. 

PM turun ke majlis je kita orang pun balik le ke pejabat. Dah kenyang kan dah nampak KJ dan PM kan. Alhamdulillah

Selamat Hari raya Maaf zahir dan batin buat semua. 




18 comments:

  1. meriahnya..orang KKM makan kenalah berpada, jaga kesihatan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe makan yang kite suke je. Yang lain pandang dan jeling je

      Delete
  2. Selamat berhari raya orang KKM. Moga sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha orang KKM memang sihat memanjang jo. selamat hari raya amie

      Delete
  3. Replies
    1. PM datang wak kena meriah le. Naik skuter merah tu roun kampung wak mesti geger lembu-lembu wak. hahaha

      Delete
  4. Selamat Hari Raya, notie..maaf zahir & batin...wah, meriahhhh..makanan pun sedap2..lama x makan sate kambing...

    DD dpt port baik, tepi PM & bodyguard...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya nohas....alhamdulillah rezeki raya...dah lama tak pi jamuan raya tu lah orang comel selit je bleh...

      Delete
  5. wow meriahnya salam aidilfitri notie maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala biasak le sis bila jemputan special...big boss kkm pun baru gelemer lagi. Selamat hari raya maaf zahir batin sis

      Delete
  6. Replies
    1. hehehe 2 tahun tu tak celebrate raya...hehehehe selamat hari raya Ad

      Delete
  7. Apo laa masalah ni x leh nak komen guna nama sirik… ha ha ha… Selamat hari raya…

    ReplyDelete
  8. Meriah sungguh lah majlis ye.. siap ada KJ lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ kan big boss kita orang wajib le dia ada. Hilang seri nanti hehehehe

      Delete
  9. wahhhh belakang PM tu polis yg encem tu ke? apsal rambutnya seperti kukenal?

    ReplyDelete