Tuesday, October 18, 2022

KL JB Tumpat KB KL - Balik

 




Assalamualaikum,

Ya Allah rupanya aku lupa nak cerita hari last jenjalan aku  dari JB ke KB.  Bila tenguk nohas citer pi KB dan dok kat hotel yang kami tempah baru teringat eh yang last day tak habis lagi. Hah nampak tak manjang je tak nampak jalan pulang tu pasal kalau citer penutup jenjalan aku manjang je tak habis cerita. Maaf kan daku alahai maafkan daku. 


Gambar dah draf tapi tu le  nak mengarang ayat.....stress tau kadang eh napa pulak stress padahal syiok je nak balik rumah.  Emm entah le labu kadang ayat dah ada tapi tak mantul mantul pulak bila menaip. 
Apa da.....kalau kak su nampak ayat aku memang kena perambat tau sebab Kak su aka Noorsuraya tu munsyi bahasa Dewan Bahasa. Aku je yang simpang peranang  bahasa dalam blog. Janji orang paham lah ya. Tak paham nanti kena bagi kamus dewan yang tebal nak mampus tapi kalau ketuk kepala memang benjol. hehehehe 

Lepas dah kenyang makan nasi kerabu dengan ayam percik Kak Yati hah apa lagi terus ke airport. Tapi aku tenguk Anim dengan iejay dok tenguk waze....lepas tu jalan masuk jalan kampung. Hah sudah iejay ni nak bawak kita orang pi mana pulak. Dah tempatnya macam terpencil.


Pusing sana pusing sini masuk simpang masuk jalan kecil hah rupanya tempat ni yang di tuju dek iejay. Yang viral tu. Tapi kita orang tak boleh masuk dah kena pagar dan di tutup. Tapi tak pasti lah pulak sekarang open lagi ke tidak.

                                      
Lokasi ni macam kat Australia je. Sand surfing. Ingatkan sand surfing je yang tular rupanya ia juga  merupakan lokasi laut terbelah. Tapi masa kami pergi kat sini iejay cuma nak posing kat beting pasir tu je bila tak boleh masuk. Jadi lah janji dah sampai. Bila tak boleh masuk dah dapat posing terus kami pi airport.

Kereta sewa iejay bersihkan lap bagi cantik dan bersih. Gurisan putih yang ada akhirnya dapat di hilangkan. Kereta letak kat airport je. Kita orang terus masuk dalam bangunan airport nak check in. 




Masa check in tiket , Iejay dengan anim boleh check in kat koisk tapi aku tak boleh. Jenuh lah iejay tolong buatkan tapi error yang keluar. Pasrah aku. Sebab tiket iejay yang belikan jadi bila mereka berdua boleh self check in tapi aku yang tak boleh emmm gundah gulana juga aku. Jadi kena tunggu kaunter di buka lah. 


Aku lah yang risau sebab tak lepas lagi check in. Ada beberapa pelanggan yang nak buat self check in, iejay yang tolong tunjukkan. Patutnya ada juga orang Air Asia yang sedia kat kiosk tu kut kalau ada pelanggan yang menghadapi masalah nak check in tiket. Tapi nan ado ye. Terkial-kial lah mereka yang tak pandai nak buat. Kalau nasib baik ada orang tolong buatkan. Kalau tak ada hah mereput le depan kiosk tu. huwaaaaaa


 Sementara menunggu kaunter di buka hah melilau dulu tenguk apa yang ada.  Jualan salah satu kedai dalam airport. Murah tu. Kain bawal...cantik juga tu tapi dek kerana tak boleh check in lagi huh aku pandang dan lihat le. Takde hati nak shopping. 

                  Apa saje lah yang di sembang kan mereka tu. Aku tengah melilau tenguk tempat jualan dalam airport tapi tak beli hanya cuci-cuci mata je. 


Bagus lah promosi kedai ni. 

Bila kaunter di buka je apa lagi aku pun cepat je pi ke kaunter untuk check in. Aku pun beritahu lah masalah tak boleh check in kat kios. Dia pun gedebak gedebuk ping pong depan pc dia tak lama kemudian dia bagi pass masuk untuk aku....laaaaaa boleh lah pulak. Takde masalah pun tapi napa aku je yang tak boleh. Huh rasa macam aku ni bukan warga negara malaysia je sampaikan kena check in kat kaunter. Kalau boleh tadi lama dah kita orang lepak menunggu time boarding.

Beg dah selesai masuk dalam,  pass check in pun dah selesai hah apa lagi jom lepak sementara tunggu nak balik KL. Tak sabar ni. hehehe pada hal kata iejay ni kali ke 3 flight bertukar time. Aduhaiii. Iejay yang beli tiket jadi apa news yang dapat dari Air Asia dia tahu le. 


Dah selesai semuanya baru rasa nak lepak-lepak minum dan makan-makan. 


Ni makanan yang di beli kat pasar Siti Khatijah. Jagung tu di  campur dengan kelapa parut. em sedap. 
Hah buah yang hitam tu buah keranji. Tak pernah makan jadi cuba le beli. Jangan kata tak pernah rasa buah keranji tu tapi ok lah. Nak kata sedap emm bukan tekak aku. Apa pun dah pernah rasa.   

Dalam pukul 6 lebih baru kami naik flight pi balik KLIA. Jadi sampai je kat KLIA aku dan anim pi solat dulu sementara iejay terus je balik sebab kakak dia dah tunggu. Kami berpisah bila sampai je kat KLIA.

Selesai solat baru lah kami ambil beg dan seterusnya balik Ampang. Kali ni aku tumpang anim sebab anak perempuan dia dah menunggu menjemput maknya.

Alhamdulillah akhirnya sampai kat rumah. Home sweet home.

Bila aku belek-belek kat whatsapp group cho cho train ni tarikh dia 1 november 2021. Mak aiiiiii makan masa sampai 1 tahun. Bila aku tenguk draf-draf yang ada citer kat UK dah hampir 10 tahun lebih pun tak habis lagi. Ya Allah teruknya aku. Apa pun maaf le ye. Tuan rumah kedawung ni macam PM mengalahkan  Pm lah pulak eh PM  pun tak sibuk macam aku. hahahahaha

Apa pun baca je lah apa yang ada. Tengah nak rajinkan cari gambar-gambar lama yang aku simpan guna kamera lama. 




  

10 comments:

  1. Kalau gi Kelantan makan memang syok.. macam2 ada kat pasar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk Pasar Siti khatijah je dah rambang mata tenguk macam-macam makanan. Kuih-kuih tradisional dia emmm rasa semua nak di rasanya. Sedap dan murah

      Delete
  2. rasa tak puas gi kelantan haritu, tak dapat gi & makan tempat2 viral...saya pun beli jagung rebus + kelapa parut...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagung tu selalunya makan yang rebus je sekali masa kat pasar tu nampak dia campur dengan kelapa tu yang beli sebab tak penah makan macam tu. Sedap kan tapi bila campur dengan kelapa tak tahan lama kena makan cepat-cepat.

      Delete
  3. samalah kita kak. selalu cerita tergantung sebab excited bukak cerita baru. kalau urusan tergendala nak shopping pun takde mood kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk nau kan kita hehehehe. Mana tak risaunya sal nanti akak tak dapat balik naya je kena tinggal kat KB. Dah le besoknya kerja

      Delete
  4. Alaaaa.... lama tak naik AA. Memang nampak semakin tak mesra pelanggan laaaa. Susahlah macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA sekarang makin teruk. Suka hati depa je tukar-tukar flight. Tu yang nak pi terobang rasa nanti le dulu.

      Delete
  5. Saya hentam keromo saja kalau tulis entri. Simpang peranang berenang ke sana ke mari juga. Kadang-kadang memang ada yang lupa nak dijadikan entri. Itu disebabkan cuti tak menulis hahahaaa.... nak mulakan menulis tu yang payah sikit kalau dah berhenti sekejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hentam keromo ayat ekamie... tapi amie gigih menulis tabik spring la

      Delete