Wednesday, January 11, 2023

Apa yang ada di Tangkak

 



Assalamualaikum,

Kalau korang jalan-jalan ke Daerah Tangkak, Johor tapi tak tahu nak makan dekat mana, boleh try singgah tempat-tempat makan ni.


1. Ramly Kopitiam
📍No. 1, Jalan Perdagangan 1, Pusat Perdagangan Bukit Gambir
📞 017-7170822
⌚ Waktu Operasi : 8.00 pagi - 3.00 petang
(Tutup : Selasa)




2. Dapur Cipuk
📍TK 100 Kg. Parit Sawah, Kundang Ulu
📞 013-7232627
⌚ Waktu Operasi : 8.00 pagi - 1.00 petang
(Tutup : Isnin)



 
3. Warung Yusof Parit Pulai
📍Pekan Parit Pulai, Bukit Gambir
📞 017-7755065
⌚ Waktu Operasi : 6.30 pagi - 12.00 Tengahari



4. Asam Pedas Kak Fyda
📍Lot 3674, Kampung Sagil Parit 2, Tangkak
📞012-3175344
⌚ Waktu Operasi : 10.30 pagi - 3.30 petang
(Tutup : Jumaat & Sabtu)




5. Restoran Mamaville Beriyani
📍Batu 17, Jalan Sengkang, Bukit Gambir (berhadapan PUSPEN)
📞 017-6969719
⌚Waktu Operasi : 11. 00 pagi - 4.00 petang
(Tutup : Jumaat)




6. Rumah Kopi Tangkak
📍No. 10, Jalan Muar/1, Tangkak
📞 018-3947793
⌚Waktu Operasi : 12.00 Tengahari - 8.00 Malam





7. Duo Kopi
📍Lot 9, Arked Mara, Jalan Solok, Tangkak
📞 012-7284105
⌚ Waktu Operasi : 12 Tengahari - 8.00 Malam
(Tutup : Selasa)




8. Pak Maon Western Tangkak
📍Lot 1607, Jalan Muar, Kampung Tanjung Batu 15, Tangkak
📞 019-6616036
⌚ Waktu Operasi : 5.00 petang - 12.00 malam
(Tutup : Isnin)




9. Asam Pedas Ledang
📍Lot 1976E, Jalan Segamat Kg. Payamas, Tangkak
📞 019-6843900
⌚Waktu Operasi : 11. 00 pagi - 7.00 malam
(Tutup : Jumaat)



10. Uptown Tangkak
📍Jalan Dataran 1 (Belakang Pejabat Daerah Tangkak)
📞 019-6577404
⌚Waktu Operasi : 5.00 petang - 12.00 malam
(Tutup : Isnin, Selasa & Rabu)



11. Jom Santai Corner
📍MTK 130, Batu 5 ¼ Rawang
📞 019-6996522/ 019-6696522
⌚Waktu Operasi : 12.00 Tengahari - 12.00 malam
(Tutup : Rabu)





12. Restoran Special Mee Bandung Udang Galah
📍No. 1-10, Jalan Tanjung Agas
📞 011-11850090
⌚Waktu Operasi : 11. 00 pagi - 10.00 malam
(Tutup : Rabu)



13. Kopiza. CO
📍Jalan Enggang, Taman Tanjung Gading, Tanjung Agas
📞 017-7160686
⌚Waktu Operasi : 4.30 petang - 11.00 malam
(Tutup : Rabu)

Dalam banyak-banyak tempat ni yang no 12 je yang aku dah pergi. Yang lain kena pi bukit gambir dengan tangkak. Kena ronda-ronda ni pi jalan-jalan cari makan. Rupanya banyak tempat makan yang baru dan sedap.

Sesekali pergi Bukit Gambir wah dah banyak perubahan kat pekan tersebut. Dahulu kecil je sekarang wah dah macam-macam kedai dan semakin meriah kat pekan Bukit Gambir tu. Dulu macam pekan cowboy je sekarang bila lalu wah toleh kiri toleh kanan sebab kagum dengan pembangunan di pekan Bukit Gambir.

Sejak perubahan kawasan pilihanraya, kalau lepas daripada jambatan Sultan Ismail je dah masuk dalam kawasan Tangkak. Dulu masih lagi dalam kawasan Muar. Jadi mee bandong udang galah tu kat area sederet dengan Sek Men Sains Muar. Kalau dari Melaka belah kiri selepas SM Sains dan sebelum petronas. Ada deretan kedai makan belah kiri tu termasuk lah murtabak singapore yang femes tu.

Apa pun kawasan Tangkak dah luas. Malahan Bandar tangkak pun banyak tempat makan aku tak pernah nampak. Bila beritahu dengan Julie, dia kata tak sempat nak JJCM bila balik kampung sebab selalu makan masakan mak. hehehehe Masakan Kak Jal memang sedap walaupun hanya sambal tumis biasa je. Menambah-nambah makan.

Jadi bagi sesiapa yang sesat area Tangkak tu boleh lah terjah tempat-tempat di atas tu.

Kredit FB Amazing Tangkak



12 comments:

  1. Sedap semuanya.. Kalau jalan2 ke sana, mmg awal2 lagi dah search mana tempat best nk makan. glemer dgn mee bandung dan roti kacang pool tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangkak dan muar femes dengan mee bandung. Roti kacang pool tu femes kat JB. Ni kena luaskan kawasan JJCM ni hehehe

      Delete
  2. Oh..sempadan Tangkak dah berubah ye. Dulu Tangkak femes kedai kain je. Bolehla cuti CNY nanti gi JJCM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sampaikan kalau pi tanjung Agas eh dah masuk Tangkak padahal seberang jambatan je. Tu yang kadang confius. Dulu-dulu memang femes berombongan bas datang menyoping sampaikan kedai basikal pun jadi kedai kain. Tapi sekarang dah sunyi dah. Tak macam dulu, Dulu Bandar Tangkak meriah dengan orang ramai datang bertandang.

      Delete
  3. wah xsusah nak jamu selera di Tangkak kalau jalan2 ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak je sis tempat makan sedap. Moh le ke Tangkak

      Delete
  4. Banyak daerah di Johor belum sempat diteroka. Dah ada panduan tempat makan ni memang best sangatlah berJJCM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai amie saya orang Johor pun tak habis pusing.

      Delete
  5. ammi pernah pergi tangkak ke tak ye? lupa pulak...yg banyak pasu2 tu tangkak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasu banyak-banyak tu dekat Air hitam jauh lagi. Tangkak dulu femes dengan kain. Rombongan orang datang memborong kain di suatu waktu dahulu.

      Delete
  6. Wah..banyak tempat makan menarik..

    ReplyDelete